Travel Ke Hat Yai : 3 Hari 2 Malam

Assalamualaikum para pembaca sekalian....

Untuk entry kali ni aku nak share pengalaman aku pergi Hat Yai.. Aku pergi ni da lama, tapi baru ni sempat nak tulis kat blog. Harap dapat menjadi inspirasi kat sapa-sapa untuk pergi travel. Tambah-tambah yang jenis suka makanan macam aku ni..hehe..Kali ni aku nak share a few tips by the end of every chapter..semoga bermanfaat...

Aku dengan wife pergi sendiri je, takde pakai travel agency. So aku gerak ke sempadan Bukit Kayu Hitam naik kereta. Sampai kat pekan Changlun tu aku pun singgah kedai money changer untuk tukar duit dan beli borang putih (aku tak tau nama betul borang ni apa...)tapi borang tu kena bagi kat imigresen nanti. So isi siap-siap supaya cepat proses nanti. Boleh isi sendiri atau kalau nak orang tu isikan pun boleh. Bayar je RM 2.00. Duit pulak nilai tak tentu, so kena rajin cari la. Kalau nasib baik dapat la tukar yang mahal sikit. Lepas tu aku terus ke sempadan. Kereta aku parking kat kompleks bebas cukai Bukit Kayu Hitam. Tapi kena bayarlah tiket sehari RM16. Tak kisah lah sebab secure sikit sebab kompleks berpagar. Dari situ jalan kaki je ke imigresen tak sampai 500 meter pun. Maka berbaris lah kiteorang menunggu giliran untuk cop passport. (masa aku pergi dulu kena selit RM2 dalam passport,sekarang rasanya dah takde amalan kurang murni ni).

Jalan kaki ke imigresen Thailand...kalau ada cuti perayaan memang ramai orang Malaysia masuk sana...

Ni kat Pekan Danok...memang lain suasana berbanding Malaysia walaupun dulu tanah ni sebahagian dari Tanah Melayu..
Lepas cop passport, maka aku dah pun masuk ke Pekan Danok. Kat sini pun banyak kedai makan, makanan kering & kedai cenderahati. Kedai jual simkad pun banyak tapi aku tak beli pun. Aku terus cari ejen van sewa untuk ke Hat Yai. Banyak je ada, ikut lah nak ambik yang mana tapi tanya la dulu harga. Yang aku ambik tu RM8 je sorang. So aku terus bayar & naik van. Tapi kongsi la dengan orang lain. Van dah penuh baru dia jalan. Tak lama pun nak tunggu penuh tu. Aku pun cakap nak turun kat stesen keretapi. Perjalanan dari Danok ke Hat Yai lebih kurang dalam sejam juga, bergantung pada traffic la.

Tips :
1. Ada tempat parking murah tepi jalan sebelum kompleks bebas cukai tu tapi tak sure tahap keselamatannya. Better parking kat kompleks bebas cukai tu walaupun mahal sikit.
2. Beli & isi borang putih tu siap-siap sebab yang beratur kat imigresen tu ramai. Kalau kat situ baru nak isi kesian orang belakang kita menunggu.
3. Tukar duit kat Changlun pun ok tapi kena rajin survey. Tapi nak tukar kat Hat Yai pun boleh rate dia mahal jugak. Tapi prepare sikit untuk guna masa kat Pekan Danok.

DAY 1


Aku stay kat The Train Hotel, betul-betul sebelah stesen keretapi. Hotel ni booking kat traveloka, murah jugak rate dia dalam RM100 semalam. Bilik pun besar jugak. Cuma bising sikit la dengar bunyi keretapi tu. Check in pastu rehat dulu lah. Petang tu kiteorang decide nak pergi explore walking street kat Lee Garden. Tempat ni memang feymes & hotspot jugak. Landmark dia Lee Garden Hotel tu la. Memang banyak street food kat sini. Konsep macam pasar malam tapi hati-hati la sebab ada juga yang jual makanan tak halal. Senangnya cari la peniaga melayu yang cakap macam orang kelantan tu. Aku takde rasa nak makan lagi tapi tengok udang galah & ayam goreng kat situ memang heaven. So aku try je minum teh ais kat satu warung area situ. Memang kaww & murah. Aku beli kebab je share dengan wife sebab harini plan nak makan kat tempat lain..hehe

Ni la area Lee Garden..macam pasar malam suasananya...
Tu dia udang galah.. memang bersepah ada orang jual...

Pulut mangga ni pun benda paling common & senang nak jumpa...
Ayam ni sebenarnya separuh masak..kalau nak beli baru dia goreng lagi sekali...
Ni pulak kalau nak makan instant mee..so boleh pilih nak isi apa...
Pekena teh ais & teh tarik & kebab..belakang tu bas Malaysia..
Abis pusing-pusing kat Lee Garden tu, kiteorang nak pergi ke Asean Night Bazaar. Tempat ni jauh sikit so kena amik tuk-tuk la kalau nak murah. Dalam 15 minit sampai la. Tempat ni macam uptown sebenarnya. Banyak jual pakaian, barangan kulit & makanan. Aku pun apa lagi mencari la apa-apa yang patut. Wife aku beli seluar jeans, aku beli kemeja jeans..sebab memang plan nak cari tu je. Benda lain tu tak minat pulak nak beli. Lepas tu pergi ke foodcourt nak makan. Foodcourt ni kat tingkat atas. Banyak betul makanan, rasa nak try semua je..murah pulak tu. Cuma nilai duit Malaysia dah murah je sebab tu rasa macam mahal sikit, tapi still murah kalau nak banding dengan harga makanan kat Malaysia. So aku saja beli salad ayam sebab nak bagi wife aku rasa. Dulu aku da penah makan kat Pattani, memang sedap. So malam ni aku beli salad ayam & coconut shake. Lepas tu aku beli buah potong. Tu pun da kenyang tak larat nak cuba makanan lain...Tapi memang heaven la spesis makanan dia..hehe

Ada taman mini kat bazaar ni..

Tips:
1. Elakkan la travel agent yang panggil & offer amik pakej dia. Kebanyakannya mahal-mahal. Baik buat research & gerak sendiri. Contohnya baca blog ni sampai habis..haha..tak susah sangat travel kat Hat Yai ni sebenarnya..
2. Nak naik tuk-tuk kena nego..memula memang dia bagi harga mahal sikit..kalau nego mesti dapat kurang punya...acah-acah la kau tak jadi naik kalau dia tak bagi kurang...
3. Beli barang kat Asean Night Bazaar tu pun boleh nego..makanan tak payah la nego pulak..
4. Nak beli makanan especially berunsur daging kena cek dulu...sebab daging khinzir ni agak berleluasa jugak..yang nampak macam satay daging pun ada..haha biasanya kat area tepi-tepi jalan la...

Beli coconut shake...

Tempat duduk terhad...siapa cepat dia dapat la...

Ni la kedai jual salad ayam tu.. macam ayam uncle bob tu dia gunting lepas tu campur dengan sayur & kuah macam somtam..

DAY 2

Hari ni kiteorang plan nak naik gajah & pergi floating market. Tapi nak pergi ni kena naik tuk-tuk sebab jauh. Kiteorang pun berjalan-jalan la mencari tuk-tuk yang murah sebab rate diorang ni tak sama. Pandai tawar murah la. Cari punya cari, jumpa sorang pakcik ni, umur dalam 60-an kot. Dia tak pandai speaking cuma pandai sebut nilai duit je. Nak pergi mana pun tunjuk gambar. Tapi yang bagusnya, dia bawak aku pergi kat satu lobi hotel, cakap kat receptionist tu pastu dia tolong cakapkan kat pakcik tu. Ok la asalkan dia faham. Aku cakap aku nak pergi Chang Puak Camp dengan floating market, dia kata boleh. Tapi tengahari nak pergi masjid, dia kata ok. So on je la.. #bismillahfirst

Main entrance Chang Puak Camp
Pakcik tu bawak la ke Chang Puak Camp. On the way tu nampak la beberapa tempat menarik yang orang lain pergi (aku baca blog orang) tapi tak minat nak pegi sebab kebanyakannya Buddha Temple..Chang Puak tu tempat nak naik gajah, rare la sikitkan? hehe.. Selain tu ada jugak aktiviti lain macam ATV, memanah & gun shooting. Tapi aku nak rasa naik gajah je. Sementara tunggu giliran tu, aku beli pisang untuk bagi makan kat gajah tu. Laju je gajah tu makan..haha..Sampai giliran aku, aku pun naik la gajah tu. Tinggi jugak, tapi da disediakan menara yang sama level dengan tinggi gajah tu, so tak susah sangat. Kerusi atas gajah tu boleh muat 2-3 orang. Maka berjalanlah gajah itu membawa kami. Satu trip tu 4 ekor sekali jalan. Trek dia takde la jauh sangat, tapi sebab gajah tu jalan slow so lama la juga. Kat tengah-tengah trek gajah ni akan lalu lopak berair. Takut jugak kot gajah tu terjatuh ke saja-saja nak berendam pulak. Dah la aku tengok air tu macam tak mengalir & agak kotor jugak sebenarnya. Nasib baik ok je. Dalam setengah jam jugak elephant ride ni. Lepas turun dari gajah, kiteorang disajikan dengan beberapa hiris nanas & tembikai. Tu termasuk sekali pakej. Souvenier kiteorang kat sini of coz la gambar masa ride gajah tadi. Memang ada jurukamera yang tolong tangkapkan. So kiteorang beli la satu gambar yang da siap frame. Lepas tu disebabkan lapar, aku mengorder nasi goreng kat gerai dalam kem ni. Ada la makanan lain macam sup-sup tu. Sedap jugak nasi goreng telur mata... Sekejap je aku da abis makan...hahaha...

Tempat duduk ni tak safety sangat sebenarnya...nasib la gajah ni jalan slow je...hehe
Pakcik tuk-tuk tadi setia menunggu kat luar kem. Kesian jugak aku tengok dia duduk sorang. Amanah betul dia tunggu, padahal kalau dia nak balik cari costumer lain boleh je. Aku cakap nak pergi masjid dia tak faham, aku pun buat la gaya angkat takbir tu & cakap muslim prayer. Dia angguk sambil cakap big-big mosque. So aku pun iakan je la. Pakcik tu pun bawak la kiteorang menuju ke masjid. Lama juga nak sampai, rupanya dia bawak kiteorang ke Central Mosque of Songkla. Cantik betul masjid tu. Kena naik anak tangga & bahagian depannya ada air terjun mini dan kolam air yang besar. Kelilingnya ada pokok tamar. Sekali lagi pakcik tu setia menunggu kat luar masjid sambil menghisap rokok. Kalau dia muda mesti dia dah main mobile legend time ni...

Bahagian depan masjid ada kolam besar..kalau malam mesti lagi cantik...

Central Mosque of Songkla
Next, kiteorang pergi ke tempat yang feymes jugak kat Hat Yai ni iaitu pasar terapung dia. Nama betulnya Klong Hae Floating Market. Tempat ni memang banyak jual makanan dari dalam sampan. Tapi dia start petang la. Ada juga jual souvenier tapi kat darat tepi sungai ni je. Cara nak bayar kalau beli makanan kat sini unik sikit orang tu akan hulur bekas so kita masukkan je duit dalam bekas tu.So tak batal air sembahyang la...hahaha...Memang banyak jenis makanan ada kat sini, rasa nak try semua je..tapi apakan daya bukan takde duit, tapi tak larat nak makan banyak..benda yang aku paling suka makan kat sini ialah cucur udang yang tepung dia sikit, udang dia banyak. Dah macam udang goreng tepung. Rangup pulak tu. Lepas tu aku try ais krim kelapa n teh ais dalam bekas tanah liat tu. Yang bestnya,bekas tu boleh bawak balik. Tak payah beli souvenier dah kat sini..hehe...Pondok untuk duduk & makan pun ada tepi sungai ni..Lepas da puas makan, kami pun nak balik ke hotel. On the way tu, aku minta pakcik tu bawak pergi kedai nak beli pes tom yam dalam botol. Tapi disebabkan dia cuma faham tom yam je, dibawaknya kami pergi restoran tomyam muslim. Sampai dua kedai dia bawak sebab aku cakap bukan nak makan tomyam..haha...akhirnya dia suruh aku cakap kat tuan kedai restoran tu mintak dia translate..baru la pakcik tu faham...susah jugak nak berkomunikasi macam ni....lepas da dapat beli pes tu, kami pun balik hotel..kepada pakcik yang aku tak tahu namanya apa, terima kasih sebab setia jadi pemandu kiteorang harini..


Kat belakang kiteorang tu la floating market..tak panjang sangat sebenarnya...

Benda ni la aku suka makan...macam cucur udang tapi tepung sikit je...

Kalau beli air kat sini bekas tu boleh bawak balik terus...bagus kan?

Macam -macam ada jual..larat tak larat je nak makan....hehe
Ni la pakcik tu bersama tuk-tuk beliau...dari pagi sampai petang dia tunggu kiteorang...maybe dia pun dah tak payah cari customer lain dah hari tu...
Malamnya, kiteorang pergi lagi kat area Lee Garden tu untuk makan malam. Sebelum makan tu cuci mata dulu tengok udang galah & ayam goreng tu. Tapi kiteorang cuma makan ayam goreng dengan som tam je malam ni. Udang tu mahal la pulak sebab dia jual sepinggan, nak beli seekor nanti tak puas pulak. Lepas makan tu jalan-jalan lagi cari souvenier sebab esok nak balik da...But wait, sebelum tu kiteorang pergi cari kedai urut kaki dulu. Memang puas hati RM20 je sejam. Tapi aku cari kedai yang ada tukang urut lelaki & perempuan la. Yang bestnya, mula-mula dia rendam kaki aku dalam air suam, lepas tu dia cuci pakai berus. Then baru urut kaki. Wife aku pulak rupanya dia urut satu badan kat dalam bilik. Lagi la best, nasib baik harga sama...huhu...

Buat passport cover...boleh letak nama atau tulisan

Yang ni memang susah nak lupa...next time nak try jugak walau seekor pun...hehe

Jalan-jalan tengok makanan je...hehe

Suasana macam pasar malam kat malaysia tapi diorang tak pasang payung..kalau hujan maybe tutup terus kot??

Try ayam goreng & somtam..

Penampakan sekumpulan RX-Z..konfem dari Malaysia...memang Still The Boss...
Benda ni pun ada jual...

Apam balik versi Hatyai...
Tips :
1. Makanan kat floating market ni insyaAllah semua halal, kecuali yang jual kat gerai tepi-tepi area floating market tu.
2. Masa naik elephant ride tu orang tu akan offer a few kind of souvenier yg hand made rasanya..tapi mahal jugak...so kalau tak beli pun sedekah la sikit sebab kesian tengok diorang ni tinggal dalam pondok je kat kem ni. Maybe kerja makan gaji je dengan owner Chang Puak Camp ni.
3. Kat Chang Puak Camp & floating market ni ramai yang boleh cakap melayu, so kurang masalah komunikasi.


DAY 3.

Hari ni last day, so kiteorang cadang nak rileks je la. Nanti check out terus bawak barang & balik je. Tengahari tu kiteorang pun check out, tanya orang hotel tu dia cakap kena naik tuk tuk pergi ke stesen van sewa tu. Tapi sebelum tu for the last time, kiteorang nak pergi makan tom yam dulu kat restoran muslim la. Tak sah la datang sini tak pekena tom yam dia kan? So naik tuk tuk dia bawak la pergi kat satu kedai ni. Kat sini kalau cakap je nak pergi kedai muslim, memang diorang akan bawa kat kedai yang feymes la sebab sini memang dah jadi tumpuan pelancong Malaysia. Sedap baq hang tom yam dia. Walaupun harga dia agak mahal la dalam RM10 semangkuk, tapi padu beb. Sotong dia pun banyak & sotong besar-besar pulak tu. Kiteorang order lauk biasa je la, tomyam sotong, telur bungkus, nasi putih & air teh ais berbuih kat atas. Memang puas hati la..tapi kalau tengahari tu memang ramai sikit la orang. Makanan lain ada jugak, standard macam kedai tomyam kat Malaysia jugak. Tapi ada la yang masakan thai punya jugak. Lepas tu kiteorang pun cari la tuk tuk, jarak nak pergi stesen van tu dalam 30 minit jugak. Sampai kat stesen, aku pun cari la platform mana yang pergi ke Danok. Dalam 15 minit menunggu, kiteorang pun bergerak meninggalkan Hat Yai...Sebenarnya tak puas pergi Hat Yai ni, harap dapat pergi lagi. Kalau pergi lagi, memang nak pergi cari makanan je....huhu

Kembali ke tanah air Malaysia...


Tips:
1. Makanan halal banyak je kat Hatyai ni..kalau yang tak halal tu boleh kenal & peniaga tu akan tulis apa yang dia jual. Restoran makanan melayu siam pun banyak.
2. Masjid / tempat solat pun banyak. Tanya je orang atau bagitau je driver tuk-tuk tu, dia akan bawak.
3. Kena rajin survey & tawar menawar untuk menjimatkan wang anda. Jangan jumpa je barang terus nak beli.
4. Baca blog untuk baca pengalaman orang lain. It's very helpful untuk jadi kita punya guide. Macam kiteorang tak payah pun beli simkad thai untuk guna google maps, guna wifi hotel je..hehe

Sekian...
#udanggalahtakcubalagi
#akuinginkembaralagi
p/s: Diharap para pembaca dapat klik iklan yang dipaparkan sebagai tanda sokongan kepada penulisan blog ini. Terima kasih.
Aku juga baru buat channel di Youtube pada Julai 2020. Harap para pembaca boleh bantu dan support aku dengan klik butang like dan subscribe channel aku tu. Search Akmal Adli di youtube atau klik di sini
Terima kasih sekali lagi.




Comments

  1. thanks 4 the info & story...

    ReplyDelete
  2. tq bro info yg sangat berguna, dan sy jadikan panduan dengan wife semasa ke Hatyai.. tapi hari isnin Asean Night Market tutup hahaha xda rezki..

    ReplyDelete
  3. terbaik. jelas dan padat, blog tak syok sendiri..haha

    ReplyDelete
  4. hari kedua tu yg pakcik tu bawak berapa rate sehari ye?

    ReplyDelete
  5. Sewa tuktuk brpa yer untk pegi elephnt riding & floating mrket?

    ReplyDelete
  6. salam mama nak tanya sikit Trip Bercuti ke Hatyai & Songkhla: Itinerari 3 Hari 2 Malam Yang mama pi bulan lepas tu bajet malaysia ke sana berapa yang kita perlu.

    ReplyDelete
  7. Kami sewa tuktuk tu sehari, sebab dia boleh bawa macam-macam tempat dan ikut masa kita, tapi kena pandai cari, sebab ada pemandu yang ambil sampai 1000baht, rezeki kami haritu pakcik tu bagi dalam 600bhat/sehari :)

    ReplyDelete
  8. Bajet kami dalam RM 600 untuk dua orang. Termasuk hotel, pengangkutan untuk ketiga-tiga hari dan makanan. Tapi ini tak termasuk barangan souvenir. Bajet boleh murah/mahal lagi bergantung pada hotel dan makanan yang dimakan disana :)

    ReplyDelete
  9. Hi semua. Saya nak pergi Hatyai bulan 12 ni (6-9 Dec 2019) by bus. Ikut trip #AkuTravel agency. RM299/pax termasuk transport, hotel,tour guide & travel insurance. Kalau berminat nak tahu full itinerary boleh contact sye 018-9581995(najwa) or najwaakutravel@gmail.com

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Nasi Kandar Deen Maju Jelutong

Laksa Lubuk Kuala Kangsar