Posts

Showing posts from April, 2019

Burger Bakar Cheese Banjir Murah Ipoh : Restoran Bintara, Ampang

Image
Assalamualaikum... Hai semua..Kali ni aku nak share dengan anda satu tempat makan yang boleh kata best juga kat Ipoh ni. Namanya ialah Restoran Bintara. Lokasinya kat Ampang, Ipoh. Bukan Ampang KL tau..Nak senang tempatnya ialah di belakang Restoran Naina Ampang yang famous dengan naan cheese tu... klik sini untuk baca Ni lah tempatnya..betul2 belakang Di Naina Ampang Ok restoran ni konsep dia macam food court. Ada banyak stall kat sini so memang sesuai kalau bawak family yang ada pelbagai citarasa. Ada roti john, yong tau fu, sizzling, western, makanan berkuah & macam-macam lah. Panjang pulak nak taip satu-satu..hehe..Konsep kat sini anda duduklah kat meja mana-mana. Pergi order kat stall yang anda minat tu lepas tu bagitau nombor meja je.So apa yang aku makan kat sini? Ada satu stall kat sini dia jual burger bakar cheese leleh. Aku tengok ramai jugak yang makan burger kat sini. Maybe sebab harganya murah kot? Jom tengok berbaloi ke tak apa yang aku order ni.. Ada

Famous Cheesy Hot Chicken & Mix Platter : Brotherhood & Co Shah Alam

Image
Assalamualaikum... Sekali lagi blog ini menyajikan anda dengan port makan best di area Shah Alam. Kali ni tempatnya ialah di Seksyen 7 berdekatan dengan Jakel. Ha area sini banyak tempat makan dan sangatlah sesak di waktu petang. Kalau drive kereta manual memang tension sikit lah..hahaha Ramai orang makan sini Jadi untuk entry kali ni aku n wifey telah cuba makan di satu kedai western iaitu Brotherhood & Co. Tempat ni agak famous la aku rasa sebab ramai orang makan kat sini. Aku pun tau kedai ni lepas tengok review dari channel Laparpo. Masa mencari parking, aku tengok banyak kedai makan area sini ada jual ayam goreng cheesy yang ala-ala korea tu. Adakah benda ni tengah trending di kalangan penduduk Shah Alam? Kira tak susah la nak cari benda ni, kalau kat tempat aku benda ni masih kategori rare lagi sebab susah nak jumpa orang jual....hahaha. Ni kira hot stuff la kat sini Sesampainya aku kat Brotherhood & Co ni memang ramai orang. Nasib je la kalau datang tu ada