Menarik Di Batu Kurau : Lata Sempeneh
Entry kali ni nak share sikit pasal Batu Kurau, Perak. Tempat ni feymes dengan durian sebenarnya. Dulu kalau musim durian memang ramai la pemborong datang beli durian kat sini sebab banyak dusun. Tapi semenjak gejala penjualan durian secara timbang kilo tanpa tanda harga ni berleluasa, nak dapat harga macam dulu memang tak la cerita dia kan.....hahaha
Tapi aku bukan nak cerita pasal durian, kali ni nak cerita pasal air terjun Lata Sempeneh kat Batu Kurau ni. Kalau dari Kamunting pergi sampai kat Pekan Batu Kurau tu ada traffic light lepas masjid, pastu ke kiri. Terus je sampai jumpa Kg Sempeneh pastu masuk lorong kiri. View gunung-ganang masa on the way tu cantik jugak aku tengok.
View gunung-ganang yang cantik. Indah ciptaan Yang Maha Esa. |
Kat pintu gerbang Kg Sempeneh ni ada la lukisan-lukisan macam ni...ok jugak kan... |
Ni kawasan parking berbayar...ada gerai jualan & tandas...tapi aku tak parking sini la... |
Ni la chalet tu..depan chalet ni air terjun...kalau tidur sini confirm boleh dengar bunyi air terjun tu... |
Aku pun parking je la tepi-tepi jalan ni free tak payah bayar. Masa aku pergi ni cuti umum so ramai jugak orang. Kat area chalet ni pun ada jugak gerai jual makanan ringan. Tapi aku bawak bekal harini wife aku buat sandwich, jimat la sikit kan...hehe
Gerai jualan dekat area chalet tu... |
Dah la sejuk, redup pulak tu...tak payah risau sunburn macam mandi pantai.... |
Bagi aku Lata Sempeneh ni best jugak, sebab ada banyak kemudahan. Tambah pulak ada chalet tu so orang luar memang boleh stay sini la. Ada jugak port yang boleh terjun-terjun, tapi takde la dalam sangat. Just nice je la. Air dia pun sejuk je... air terjun tu kat mana-mana pun memang sejukkan?? Tak penah lagi jumpa air terjun panas...hehe..Best la orang kampung mesti jimat bil air diorang kan...hehe Ni kalau pegi musim durian boleh la berkelah makan durian. Orang kata durian Batu Kurau ni antara yang A jugak la rasa dia. Lain kali la aku try kalau musim durian lagi.
Sekian....
#akuinginkembaralagi
p/s: Diharap para pembaca dapat klik iklan yang dipaparkan sebagai tanda sokongan kepada penulisan blog ini. Terima kasih.
Aku juga baru buat channel di Youtube pada Julai 2020. Harap para pembaca boleh bantu dan support aku dengan klik butang like dan subscribe channel aku tu. Search Akmal Adli di youtube atau klik di sini
Comments
Post a Comment