Laksa Lubuk Kuala Kangsar
Assalamualaikum...
Entry kali ni nak share sikit pasal satu port makan laksa kat Kuala Kangsar. Sebenarnya kuala ni memang feymes dengan laksa. Tapi masing-masing ada rasa & daya tarikan tersendiri. So kali ni aku try satu warung laksa namanya Laksa Lubuk kat area kampung Lubuk Merbau.
Sebenarnya banyak lagi warung laksa lain yang feymes, tapi aritu aku sampai kuala tengahari so banyak tak bukak lagi sebab mostly diorang bukak petang. Setelah bertanya kat kawan-kawan, diorang mensuggest laksa lubuk ni la. Maka mencari la aku ke pelosok kampung Lubuk Merbau mencari laksa ni.
Kat dalam tu la tempat masak laksa...tapi aku tak tengok la...hehe |
Warung ni dalam kampung & jalan nak masuk tu pun kecik. Kalau selisih kereta tu pandai-pandai la bagi laluan ye...Kalau dari kuala atau exit tol kuala, terus menghala ke lenggong. Nanti nampak la signboard kecik warna merah belah kanan, masuk la situ. Kalau nak senang tanya orang, kalau malu bertanya search je la kat waze ke google maps ke...hahaha
Warung ni buka pukul 11am - 7pm. For your information, warung ni ada satu menu je iaitu laksa biasa. Takde menu lain & takde laksa sarang atau laksa telur goreng sarang tu tau. So aku order la laksa dengan ABC. Dua benda ni macam pasangan la kalau makan laksa. Kalau tak ABC mesti cendol. Tapi ikut citarasa la nak order teh ais pun boleh..hahaha
Laksa lubuk ni dihidang macam laksa biasa, tapi disertakan dengan cili potong, pes otak udang, limau & telur rebus. So kalau nak tambah sendiri la, telur tu pun buang la kulit sendiri. Tapi kalau makan telur tu kira harga lain tau. First look, kuah laksa ni nampak cair je tapi bila kacau baru isi ikan tu naik. Sebab dia punya particle tu kasar & boleh nampak tu isi ikan. Sedap jugak. Laksa dia pulak kenyal sebab dia buat laksa pakai tepung beras. Laksa ni home made owner kedai buat sendiri. Difahamkan laksa kat sini masak pakai dapur kayu api lagi. Rare la tu kan?? Lepas tu kalau untuk budak-budak yang makan tak banyak tu boleh order laksa separuh. Takdelah membazir kalau tak habiskan...Untuk ABC pulak biasa je, takde yang special sangat pun. Tapi aku suka sebab kurang manis, Bagi yang minat manis tu maybe ABC ni akan mengecewakan korang la.
Harini aku order 2 laksa, amik telur rebus tu 2 bijik, ABC satu dengan air suam total RM9.50 je. Tapi ia menjadi RM16.50 sebab aku beli kerepek ubi sebungkus RM7.00...hehe.. So secara keseluruhannya laksa dia memang sedap. Tapi cadangan aku maybe owner boleh pelbagaikan lagi menu, manalah tau orang yang datang tu bukan semua minat laksa kan? Dari segi persembahan laksa biasa je la maybe rasa laksa tu yang menjadi tarikan orang ramai...Ewah macam juri masterchef pulak, nasib baik takde komen laksa tak crispy...hahaha...
Cuba tengok laksa dia...lain kan dari laksa kalau beli kat kedai tu... |
Tengok particle ikan tu nampak jelas kan ...hehe |
Telur rebus tu buang kulit sendiri kalau nak makan...tapi kira RM1.00 sebiji.. |
Kali ni sempat try laksa lubuk ni je, lain kali nak try laksa lain pulak sebab banyak laksa viral kat Kuala Kangsar ni. Sebabnya lepas ni aku nak pergi satu port riadah kat kuala ni...Kalau nak tau kat mana sila klik sini untuk baca hehe...
Sekian.
#laksalubuk
#akuinginkembaralagi
p/s: Diharap para pembaca dapat klik iklan yang dipaparkan sebagai tanda sokongan kepada penulisan blog ini. Terima kasih.
Aku juga baru buat channel di Youtube pada Julai 2020. Harap para pembaca boleh bantu dan support aku dengan klik butang like dan subscribe channel aku tu. Search Akmal Adli di youtube atau klik di sini
Tepung tu guna tepung gandum dik..
ReplyDeleteowh...ye ke...sy tak tau sangat
DeleteSedih p cari xjumpa kedai laksa ni..yg jumpa jalan kecil muat 1 Keta je.. last2.. patahbalik
ReplyDelete