Assalamualaikum...
Penang ni memang feymes dengan makanan. Antara yang feymesnya ialah nasi kandaq la kan baq hang...haha...Ada banyak kedai nasi kandar kat Penang ni...yang feymes & sedap pun banyak. Nak cuba semua dalam masa sehari memang tak la kan. So entry kali ni aku nak share 1 tempat je la iaitu Nasi Kandar Deen Maju Jelutong...
|
Ni dia Deen Maju Jelutong...bukak 24 jam... |
Aku banyak kali da makan nasi kandar kat Penang ni, tapi dulu takde blog lagi...hehe. Aku pergi kedai ni sebab recommended by one of my old friend yang dok Penang. Dia cakap try la Deen Maju, tapi dia cakap ada 2 kedai. Cuba pergi yang kat Jelutong katanya. Kalau taip kat waze Deen Maju memang keluar yang kat Jalan Gudwara (which is famous jugak), so kena taip Deen Maju Jelutong kat waze tu.
Sesampainya aku kat kedai ni dalam pukul 10.00 malam, takdelah ramai orang sangat. Maybe sebab aku pegi weekdays. Tapi tak ramai pun kena beratur la jugak walaupun tak panjang barisannya. Macam biasa la kalau nasi kandar ni macam-macam lauk ada. Aku pun order la yang common sekali iaitu nasi kuah campur banjir, ayam goreng & bendi rebus. Wife aku pulak order nasi macam aku, sayur kobis tumis dengan ayam masak kicap (aku rasa masak kicap la sebab kuahnya hitam)....
|
Beratur jugak walaupun weekdays pukul 10 malam...amalan kurang baik makan lewat nih...hehe |
|
Lauk lebih kurang sama je dengan kedai nasi kandar lain..standard la tu kan.. |
|
makan nasi kandar kena kuah campur...aku pulak suka kuah banjir.. |
|
Kari kepala ikan ada..telur ikan ada...tapi paling standard order lauk ayam goreng je la... |
Nak makan nasik kandar ni kena gaul-gaul dulu nasi dengan kuah tu bagi sekata...hehe...maka aku pun mencuba la nasi tu dengan suapan pertama. PADU BEB!! Kuah dia pekat, pedas & hangatnya ku terasa...Ni bukan pedas cili tapi pedas rempah. Berpeluh aku makan..haha... Ayam goreng dia biasa je, kuah dia tu yang padu. Aku try rasa sikit ayam masak kicap wife aku tu. Yang ni memang A sebab kuah dia tu meresap ke dalam. Orang kata ukuran kesedapan nasi kandar tu pada kuah & ayam masak kicap dia la...hahaha
|
Tu dia nasi kuah banjir..biar lama sikit bagi kuah tu meresap dalam nasi...hehe |
|
lauk simple, sedap & cepat...maybe sebab tu la orang suka nasi kandar... |
Aku penah jugak makan kat kedai nasi kandar lain kat Penang ni sebelum ni. Deen Maju Jelutong ni pulak aku boleh katakan masuk kategori sedap la..hehe...Nanti lain kali aku nak try lagi kedai lain pulak, pastu baru buat entry carta nasi kandar tersedap di Penang...hehe..
Sekian.
#malampunjamm
#roadblockbuatdualinetakbolehke
#akuinginkembaralagi
p/s: Diharap para pembaca dapat klik iklan yang dipaparkan sebagai tanda sokongan kepada penulisan blog ini. Terima kasih.
Aku juga baru buat channel di Youtube pada Julai 2020. Harap para pembaca boleh bantu dan support aku dengan klik butang like dan subscribe channel aku tu. Search Akmal Adli di youtube atau
klik di sini
Terima kasih sekali lagi.
Comments
Post a Comment