Posts

Showing posts from January, 2020

Ikan Bakar Tanjung Dawai : Warung Mak Njang Ikan Bakar Warisan

Image
Assalamualaikum.... Hai gais..Pernah dengar nama Tanjung Dawai? Mungkin tak sepopular Pantai Merdeka sebab ada jadi tajuk lagu kumpulan Jinbara iaitu Cinta Pantai Merdeka...hehe. Sebenarnya Tanjung Dawai ni dekat je dengan Pantai Merdeka tu kalau naik bot. Macam menyeberang sungai aje. So, apa yang ada kat sini? ni la kedainya meja ada banyak dan luas Tanjung Dawai ni area Sungai Petani, dan kawasan laut la sebenarnya. Kalau nak dapatkan hasil laut macam ikan kering, ikan bilis dan lain-lain boleh lah datang ke sini. Selain tu yang popular kat sini ialah ikan bakar lah apa lagi. ada pondok juga untuk makan belakang tu laut Ada banyak pilihan kedai makan sebenarnya, tapi kali ni aku singgah di Warung Mak Njang Ikan Bakar Warisan. Boleh tahan popular juga kedai ni. Lokasi dia tepi jalan aje dan belakangnya laut. Kedai ni agak besar dan banyak meja, jadi sesuailah kalau datang dengan family yang ramai. Cuma kalau time ramai orang jadi sesak juga. ada ketam, sotong

Kuih Keria Viral Melaka : Kuih Keria Antarabangsa Limbongan Hjh Rahmah

Image
Assalamualaikum.. Hai gais..mesti ramai yang dah tau kat Melaka ni antara makanan famous dia ialah kuih keria kan? Maka aku pun nak cubalah kuih keria ni. Negeri lain ada jugak kuih keria tapi sebab aku dah ke Melaka so try yang kat sini lah. ni la kedainya Banyak jugak orang jual kuih keria ni tapi anatara yang famous ialah Kuih Keria Antarabangsa Limbongan. Ha sini memang viral. Masa aku datang ni aku ingatkan salah tempat sebab tak ramai orang pun. Ada la 4-5 orang tengah beratur tunggu kuih tu. Takkan dah tak famous dah? terletak di sebelah masjid Rupanya bila aku datang dekat, ada 1 line panjang customer dia tengah beratur kat dalam kedai. Adui kena beratur jugak lah nampaknya. Owner kedai sediakan kerusi panjang kat dalam kedai supaya orang yang beratur boleh tunggu sambil duduk. Panjang jugak beratur dan aku tunggu dalam 20 minit jugak la. ni semua tengah beratur kat dalam kedai Kenapa beratur lama? Aku rasa pelanggan yang ramai tu satu hal lah, tapi na

Asam Pedas Yang Sedap Di Melaka : Asam Pedas Selera Kampung

Image
Assalamualaikum.. Hai para pembaca semua... Entry kali ni maybe aku simple sebab tak banyak gambar sempat diambil. Tapi tempat ni memang recommended lah sebab bagi aku memang sedap. hehe ni la kedainya Tempatnya ialah kat Bandar Hilir, Melaka. Ala seberang jalan je dengan Menara Taming Sari tu. Nama restoran ni ialah Restoran Asam Pedas Selera Kampung. Ramai orang juga kat sini. Special kat sini mestilah Asam Pedas dia dan kalau datang Melaka kenalah cuba Asam Pedas kan? ramai orang waktu lunch So menu aku harini ialah nasi putih dan asam pedas ikan pari. Seketul harganya RM10. Kat sini untuk hidangan asam pedas dia dah siap letak dalam piring kecil. So pilihlah nak yang mana. Ada juga asam pedas daging dan lauk masakan kampung yang lain. Tapi aku nak rasa asam pedas je. ni la menu aku...simple tapi sedap Dari segi rasa memang sedap, maybe tempat lain ada juga yang sedap lagi tapi ni antara kedai yang sedap dan famous la. Apa buktinya? Sebab aku tengok banyak gamb