Hiking Gunung Semanggol

Assalamualaikum...

Sebelum ni aku biasa singgah RnR Semanggol je, kali ni aku nak tengok RnR tu dari atas Gunung Semanggol pulak...Caranya ialah dengan hiking...hehe..

Sebenarnya hiking ni aku join JKKK Semanggol ni. Sebabnya ialah dapat makan & dapat sijil..Hahaha..ramai-ramai best la sikit. Aku pergi ni dengan rakan sekerja aku 6 orang. Aku solat subuh kat masjid betul-betul tepi gunung ni. Selain kiteorang, ada jugak ahli KOSPEN, staf Klinik Kesihatan Semanggol & ahli JKKK Semanggol la yang naik sekali. Sebelum naik tu, ada sikit taklimat & of course dapat bekalan sikit untuk sarapan..hehe..

Maka bermulanya kisah pendakian epik penuh misteri (mengarut apa nih?)haha...Gunung Semanggol ni takde la tinggi sangat, 390 meter je dari aras laut. Ok la untuk beginner, cuma track dia ada part yang mencabar jugak. Kat sini takde check point, so kiteorang pun main berenti je la kat mana yang ada view cantik. Track kat sini ada beberapa part yang redup, means pokok cover track tu & ada juga area yang botak. So kat situ panas sikit la kalau gerak naik tu lambat...huhu

Pendakian bermula....
Area sini memang takde pokok tinggi...tapi time ni cuaca mendung so tak panas sangat...
Kena memanjat sikit...tapi takde la sikit...kat atas tu banyak lagi batu nak dipanjat..
Dalam tak sampai setengah jam, maybe suku ketinggian gunung tu dah boleh nampak view sawah padi. Cantik sebab boleh tengok sawah yang terbentang luas tu. Tapi pemandangan kat track pun cantik jugak. Kalau orang tak biasa masuk hutan maybe akan rasa keterujaan yang luar biasa..hahaha.. Track sini ada part yang kena panjat batu,lalu lereng bukit & walaupun nak mendaki tapi kena turun bukit dulu baru naik. Mana part yang susah & bahaya tu, ada disediakan tali. So tak la susah sangat. Tapi hiking kali ni track kering, so tak bahaya sangat. Kalau malam tadi hujan, mesti licin & bahaya sikit.

Kat sini dah boleh nampak view sawah padi.. sambil tu rehat kejap..hehe
Alasan nak tengok view & tangkap gambar memang sesuai digunakan untuk rehat lama sikit...hahaha

Kalau ada bawak megi layan jugak kat atas ni...hehe
Untuk sampai atas tu, kiteorang berhenti beberapa kali jugak. Sebab nak tengok view & nak tunggu komrad lain yang tak larat...huhu..Yang paling aku respek ialah doktor klinik kesihatan tu sebab dia hiking dengan suami & anak-anak kecik dia 3 orang. Paling kecik tu baby umur 9 bulan. Aku umur yang dah 2* (rahsia) tahun ni baru nak naik tau. Semoga nanti da besar adik-adik ni mampu mendaki puncak kejayaan pulak ye..

Ni antara pendaki cilik yang join...seronok betul dia sebab kadang-kadang ada orang tolong dukung..haha

Tengok track tu boleh mematahkan semangat...kalau ada orang jual air tin kat sini mesti laku...haha
Pokok-pokok besar ni la yang memayungi bumi...tapi lenjun jugak la keluar peluh...
Rasanya abang tu dukung adik tu lagi lama dari adik tu jalan sendiri...respect!!
Antara ayat-ayat penipuan popular masa hiking ialah "sikit lagi", "nak sampai dah", "dalam 10 minit lagi", dan bermacam lagi penipuan yang berleluasa. 10 kali dengar ayat tu tapi tak sampai pun...hahaha... Tapi demi menangkap gambar untuk di upload kat media sosial, pendakian diteruskan walaupun beberapa kali ditipu...Akhirnya, sampailah ke puncak Gunung Semanggol.

View sawah lagi luas kat atas ni...
Pendaki termuda berusia 9 bulan...nanti adik da besar baca blog abang tau...

Cantik jugak view dia...cuma tak sejuk la sebab pemanasan global sedang meruncing...hehe

Kat puncak ni tak luas sangat. Tapi view dia cantik jugak. Boleh nampak Tasik Bukit Merah, kampung sekitar & sawah padi, dan boleh nampak lebuhraya utara selatan. Maka bergambarlah kiteorang kat mercu tanda Gunung Semanggol ni iaitu signboard dia & bendera Malaysia yang ada kat situ. Dah puas tangkap gambar & tengok view, maka turunlah kiteorang ke bawah semula. Turun tu pun bahaya jugak sebenarnya sebab ada part yang curam. Tapi alhamdulillah semuanya selamat.

Tu mercu tanda Gunung Semanggol...kalau tak sampai ni tak dapat la upload masuk instagram...haha

Dari sini boleh nampak Tasik Bukit Merah...ni nak turun dah ni...
Sampai kat bawah, kiteorang pun mencari air ais yang dah tersedia, ada teh o ais & air oren. Ada jugak orang bukak gerai jual air kat bawah tu. Sambil nak sejukkan badan tu ada sedikit taklimat mengenai kesihatan. Lepas tu acara penyampaian sijil & dapat nasi bungkus sorang satu..Alhamdulillah syukur..ok la kalau nak beli mau 5-6 ringgit jugak...hehe...

Dapat la sijil kenang-kenangan...mana tau nak apply kerja dengan KOSPEN...hehe
Ni gambar first time aku hiking dengan wife dulu...saja upload kat sini bagi dia senyum sikit sebab second trip ni dia tak ikut..hehe


Sekian...

#badancergasmindacerdas
#tautausampai
#akuinginkembaralagi

p/s: Diharap para pembaca dapat klik iklan yang dipaparkan sebagai tanda sokongan kepada penulisan blog ini. Terima kasih.
Aku juga baru buat channel di Youtube pada Julai 2020. Harap para pembaca boleh bantu dan support aku dengan klik butang like dan subscribe channel aku tu. Search Akmal Adli di youtube atau klik di sini
Terima kasih sekali lagi.


Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Travel Ke Hat Yai : 3 Hari 2 Malam

Menarik Di Batu Kurau : Lata Sempeneh

Bercuti Di Bukit Tinggi, Pahang : 2 Hari 1 Malam Di Colmar Tropicale