Posts

Showing posts from October, 2018

Western Murah Taiping : Pendek Burger Corners

Image
Assalamualaikum... Dah lama takde entry makanan western kan? Maklum la makanan western ni biasanya mahal-mahal. Tapi ada satu port ni menu western dia boleh tahan murah jugak. Ha macam best je kan? Yelah sekarang ni kita memang nak cari makanan yang murah tapi sedap. Kalau mahal & sedap tu normal. Kalau mahal tapi tak sedap tu yang paranormal tu...hahaha. So, ke mana kita? Bahagian depan ada stall tempat masak burger Ok tempat ni terletak kat Taiping iaitu di Taman Sungai Emas, Taiping. Nama kedai dia Pendek Burger Corners. Bole waze tempat ni kalau nak senang. Dia terletak dalam taman perumahan dan memang meniaga depan rumah pun. Owner renovate sikit bahagian depan rumah then jadikan tempat makan. Kat sini menu yang ada ialah burger, western dan goreng-goreng. banyak jugak menu dia kan? klik gambar untuk view lebih besar So apa yang bestnya kedai ni? Bagi aku sebab harganya murah dan portion dia pun takdelah sikit sangat. Berbaloi dengan harga. Kali ni ak

Sarapan Popular Di Ipoh : Telur Goyang Dataran Dato Sagor

Image
Assalamualaikum... Entry kali ini nak share pasal port sarapan yang famous kat Ipoh. Sebenarnya aku ke sini sebab nak bawak one of my best friend masa study dulu iaitu Liyana (bukan nama sebenar). Dia datang Ipoh sebab nak melawat anak aku, Nur Arfa Zulaika..hehe. So aku dengan wife pun decide nak bawak dia ke Dataran Dato Sagor, Ipoh. So apa yang bestnya kat sini nih?? Liyana, Jimmy & Kareef Dataran Dato Sagor ni terletak betul-betul sebelah masjid negeri, berdekatan dengan mahkamah & stesen KTM Ipoh. So area sini memang cantik la bangunan dia memang design zaman colonial dulu. Pastu kat sini ada jugak tower clock yang di bina sebagai tugu peringatan J.W.W Birch. Nak tangkap gambar kat sini memang cantiklah. Gelaran bagi kawasan ni ialah Jejak Warisan Ipoh @ Ipoh Heritage Trail. Kat sini jugak ada sebaris food court yang menyediakan pelbagai jenis makanan. Yang berniaga kat sini ada Melayu, Cina & India juga. Ni namanya family Unisel sebab semua ni student Unis

Empire Sushi : Makanan Jepun Murah??

Image
Assalamualaikum... Entry kali ni berbeza sikit sebab selalunya aku try local food je kan...So kali ni aku telah mencubakan diri untuk makan makanan jepun. Aku sebenarnya tak minat pun sebab nampak macam pelik je...makanan jepun yang aku selalu makan pun takoyaki je kat pasar malam...hahaha... So, disebabkan wife aku nak sangat makan dan aku tengok food review kedai family mart by Ketchup Makan tu, aku pun pergi la ke Aeon Mall Taiping untuk makan kat Empire Sushi. Ha restoran ni tengah naik jugak sekarang ni. Dulu yang feymes of coz la Sushi King. Jom tengok apa yang aku makan. Semua ni harganya 20 ringgit lebih...murah ke mahal?? Empire sushi ni restoran dia simple je, air pun ada jual air botol je. Lepas tu makanan dia semua da ready made, korang boleh pilih je nak yang mana. Banyak jugak pilihan sushi kat sini. Harga dia agak murah jugak, wife aku pun kata murah dari Sushi King. Aku tak tau la sebab tak penah pun makan. So wife aku pun ambik la beberapa jenis sushi. Lepas

Nasi Kandar Ali Parit Buntar

Image
Assalamualaikum... Sekarang ni musim hujan jadi aktiviti outdoor agak terhad. Namun, akibat terlalu banyak menonton food review dari Ketchup Makan, Laparpo dan juga Padu Beb, ia telah menaikkan semangat untuk mencari makanan yang mampu di repeat berkali-kali. Ni la kedainya..walaupun hujan aku tangkap jugak gambar signboard kedai ni..hehe Walaupun hujan ku redah jua sebab naik kereta, so takde hal sangat la kan..hehe. Berdasarkan penyiasatan, so aku nak cuba satu restoran yang popular di Parit Buntar iaitu Restoran Nasi Kandar Ali. Orang kata kat sini memang orang akan beratur panjang. Bagi aku kalau dah sampai beratur tu kira sedap la kan? Tu la nak cuba tu. Hari hujan pun orang beratur macam ni..kalau tak hujan? meja semua penuh pulak tu Restoran ni terletak sebaris dengan Bank Islam, boleh waze kalau nak senang. Aku sampai dekat-dekat pukul 9 malam. Memang orang tengah beratur pun walaupun hujan, teruja betul aku tengok sebab mesti padu ni kan. Lepas cari parking aku p