Posts

Showing posts from 2019

Tempat Sarapan Sedap Di Melaka : Roti Canai Kayu Arang

Image
Assalamualaikum.. Untuk entry kali ni aku telah ke luar Perak dan pergi ke negeri Melaka. Ha dasyat kan pergi Melaka sebab nak makan.Hehe Takdelah sebenarnya aku pergi sebab kerja, dapatlah makan-makan sekali.hehe ni la suasana kedai ni penuh orang Jadi tempat yang famous untuk sarapan kat Melaka ni antaranya ialah kedai Roti Canai Kayu Arang. Uii rare ni. Apa kelainannya? Aku tengok memang betul dia masak roti canai ni guna arang bukan guna api gas. Sebab tu ramai orang datang kot. ni la kedainya Kedai ni kecil je kat tepi jalan. Tapi aku tak tahu area mana tapi dalam waze ada. Punya la penuh orang tapi nasib baik ada meja kosong dan service pun cepat. Banyak pilihan sarapan kat sini macam-macam ada. Kuih-muih pun banyak jenis ada. Tapi sebab dia viral dengan roti canai, maka aku pun order canai lah. Yang aku order ialah Roti Dol iaitu roti canai banjir dengan 2 biji telur mata separuh masak. ni lah dia roti dol Dari segi presentation roti dol ni memang

Menarik di Bagan Datuk : Ada Apa Di Jeti Bagan Datuk?

Image
Assalamualaiakum... Entry kali ni ialah sambungan untuk entry sup tersedap di Bagan Datuk.  klik sini untuk baca Jadi kalau ke Bagan Datuk ni apa yang ada? Ha ni nak share nih... Dulu Bagan Datuk ni cuma pekan kecil je. Kalau orang luar datang pun mungkin nak memancing kat jeti je. Tapi sekarang dah ada perubahan. Pekan Bagan Datuk dah ada taman permainan ataupun tempat riadah untuk seisi keluarga. Tapi mungkin sesuai datang watu petang lah kot sebab dah redup sikit. Aku datang ni pukul 10 lebih, memang panas lah. ni la dataran Bagan Datuk Jeti Bagan Datuk Lanskap sekitar jeti ni dah berubah. Cantiklah berbanding dulu. Kalau anda kaki pancing, boleh lah cuba untuk memancing kat jeti ni. Aku tak pasti kat sini ada perkhidmatan bot atau tak kalau nak memancing. Maybe ada tapi kena tanya orang tempatan lah. Di sekitar jeti ni pulak dah ada dataran. Ada taman permainan kanak-kanak dan juga stall peniaga. Aku rasa petang baru ada orang meniaga ni. Ada juga beberapa kedai mak

Sup Tersedap Bagan Datuk : Awal Pagi Makan Soto, Pecal & Satay

Image
Assalamualaikum... Nampaknya entry kali ni adalah mengenai sarapan. Jauh betul aku pergi sarapan kali ni.hehe. Bagan Datuk ni taklah terkenal sebagai tempat pelancongan sangat. Tapi ada sesuatu aku nak share. First ialah sup. Ya, Bagan Datuk ni sebenarnya feymes dengan sup soto dikalangan penduduk setempat. Aku pulak dah lama tahu sebab dulu selalu pergi makan. Sup soto ni pulak bukan kedai atau restoran tapi warung yang dibuka kat pasar je. Ni la pasar Selekoh..dulu takde bumbung tu Kali ni aku pergi hari sabtu pagi, pasarnya terletak di Selekoh (ni nama tempat). Dulu-dulu biasanya aku pergi awal, pukul 8 dah sampai sebab awal tu orang tak ramai lagi. Kali ni aku sampai lambat sikit dalam 9.30 dan memang nasib baiklah betul-betul tinggal 2 mangkuk je sup soto tu untuk aku & wife. Orang selepas aku semua pulang hampa. Ha nampak tak betapa ramai orang yang menginginkan sup soto ini.hehehe Ada jual ubi Aku tak pasti sup ni ada di setiap pasar atau tak tapi yang aku

Bercuti Di Bukit Tinggi, Pahang : 2 Hari 1 Malam Di Colmar Tropicale

Image
Assalamualaikum gaiss...Entry baru gais...hahaha Bukit Tinggi atau nama lainnya Berjaya Hills ni adalah salah satu tempat peranginan popular. Di kalangan mat motor pulak tempat ni dikenali sebagai Bukit Tinggi International Circuit (BTIC). Sebabnya korang boleh agak la kot. Walaupun kat Pahang, tapi dekat je dengan KL. So memang jadi port untuk short vacay lah. Dan spot yang famous kat sini ialah Colmar Tropicale. Sebuah hotel yang landscape nya bertemakan gaya Perancis. So, apa yang best sangat ramai orang datang sini ni? Bahagian depan hotel Biasanya yang datang sini sebab nak ambik gambarlah. Sebab cantik dan udara nyaman. Untuk datang sini perlu ikut highway karak dan cari signboard Berjaya Hill. Tak jauh dari Janda Baik. Nak masuk, dikenakan bayaran RM16 untuk dewasa & RM8 untuk kanak-kanak(kalau tak silap). Dengan adanya tiket ni bolehlah pergi ke Taman Jepun, Taman Arnab atau mini zoo dan juga ke Colmar Tropicale. Kalau check in hotel, duit tiket ni boleh ref