Assalamualaikum...
Ha ni sambungan lepas makan laksa lubuk tu..
klik sini untuk baca.. Memang niat asal nak datang sini je tapi alang-alang dah sampai so try la laksa dulu..hehe.. Kolam renang ni sebenarnya milik Majlis Perbandaran Kuala Kangsar (MPKK). Lokasi dia kat depan Sekolah Raja Perempuan Kalsom, Bukit Chandan, atau pun kalau ikut jalan nak ke Galeri Sultan Azlan tu nanti ada nampak model kereta kebal tepi jalan...ha masuk lorong tu la.
|
Ni entrance kolam renang ni...beli tiket kat sini la... |
Kolam renang ni buka setiap hari. Ada dua sesi iaitu sesi pagi (9.00am - 12.30pm) & sesi petang (2.30 - 6.00). Setiap petang jumaat pulak ada ladies hour (5.00pm-6.45pm). Kadar bayaran pulak Dewasa RM3.00, kanak-kanak RM2.00, warga emas / OKU RM1.00. Aku tengok kat website MPKK ada perkhidmatan loker & towel tapi masa aku datang takde pun. Maybe dia nak upgrade kot. Tapi tandas & bilik persalinan ada la. Make sure pakai pakaian yang sesuai untuk berenang. Baju jersey & seluar track dibenarkan. BAJU COTTON TIDAK DIBENARKAN yeh....
Kolam kat sini luas jugak, kalau datang weekdays memang puas la mandi sebab tak ramai orang sangat. Cuma kalau tengahari tu panas la sikit sebab takde bumbung. Bila petang sikit baru ramai orang. Rasanya the best time to come here is in the morning. Ada 3 bahagian kolam kat sini, untuk dewasa & kanak-kanak. Dalam kolam ni 1.2-1.35 meter je.Ok la tu boleh terjun tiruk..haha.. Untuk kanak-kanak ada la air hujan & gelongsor sikit. Kalau lapar ke haus ke ada cafe kat sini jual makanan ringan & air. Maybe kalau weekend lagi meriah kot.
|
Ni kolam untuk dewasa...luas jugak kan?? |
|
Sini untuk kanak-kanak..ada gelongsor tapi pendek je la.. |
|
Ni pun kolam kanak-kanak...ada 2 bahagian kat sini.. |
Time aku datang ni weekdays, tengahari pulak tu. So tak ramai orang sangat. Memang aku conquer la kolam ni...hahaha...Tapi yang kurang best kalau cuasa panas terik tu la. Sebab takde bumbung langsung. Maybe MPKK boleh tambah sikit bumbung kat tepi-tepi kolam ke. Ada shading sikit pun jadi la kan. Tapi overall best la kolam ni sebab bersih & besar jugak. Bayar pun murah je RM3 je pun..apa lagi kau nak? Parking pun free. Nak murah lagi mandi kat sungai la, tu pun kadang-kadang kena bayar parking...huhu...
|
Budak-budak mesti suka tempat macam ni kan... |
So sapa-sapa yang dekat dengan Kuala Kangsar nak belajar berenang ke, nak exercise berenang ke, nak bawak family mandi-manda ke, boleh la datang sini. Bagi aku best la tambah pulak masa aku datang tu ada 5 orang je mandi. Dah petang dalam pukul 5 baru ramai family datang bawak anak-anak diorang. Kalau weekend mesti ramai ni, tapi kalau ramai sangat pun tak best jugak kan?
Note : 1. Swimming is one of the best exercise but, of coz you need a lot of water to do it...hahaha
2. By swimming, calories burned without sweating...lol
Sekian.
|
belanja gambar sikit kat Masjid Ubudiah, Kuala Kangsar...hehe |
#berenangrenangketepian
#akuinginkembaralagi
p/s: Diharap para pembaca dapat klik iklan yang dipaparkan sebagai tanda sokongan kepada penulisan blog ini. Terima kasih.
Aku juga baru buat channel di Youtube pada Julai 2020. Harap para pembaca boleh bantu dan support aku dengan klik butang like dan subscribe channel aku tu. Search Akmal Adli di youtube atau
klik di sini
Terima kasih sekali lagi.
Comments
Post a Comment