Steambot Murah : Selama Steambot & Grill

Assalamualaikum...

Entry kali ni nak share pasal satu port makan kat area Selama, Perak. Nama kedai ni Selama Steambot & of coz la makanan dia steambot. Lokasi kedai ni tepi jalan je kalau dari Kubu Gajah lokasi dia sebelum Pekan Selama.

Ni la nama kedai tu...tepi jalan je...
Steambot kat sini murah je, RM10.50 untuk dewasa, 12-7 tahun RM6.00 dan kanak -kanak 6 tahun ke bawah percuma. Murah kan? Tapi memang la dengan harga tu tak dapat la pilihan macam steambot yang mahal-mahal tu. Tapi bagi aku ok la. Ada jugak makanan pilih-pilih macam yong tau fu tu, daging burger, perut lembu, beberapa jenis mee, bihun & macaroni, sayur, jagung, cendawan, telur, ayam & daging untuk grill pun ada. Seafood takde tapi dia akan bagi sepiring udang, ada dalam 8 ekor. Ada sejenis air ais & air kosong.Ada jugak air panas untuk bancuh kopi sachet tu. Kalau nak air lain pun ada tapi cas lain la. Lepas tu ada jugak ABC self service. Paling penting boleh makan sampai kenyang, takde limit. OK la kan? So dengan RM10.50 kau dapat pilih selonggok makanan tanpa limit, apa lagi kau nak? Kau makan je la...#ketchupmakan....hahaha



Antara pilihan yang ada...tak banyak sangat tapi ok la kena dengan harga

Kuah pulak ada sup & tomyam. Kali ni aku & wife nak rasa tomyam dia. Sedap jugak rasa dia. So kiteorang pun mula la menggrill & masukkan semua  bahan yang dah dipilih tadi. Sos pulak ada sos black pepper, sos cili & mayonis. Ayam & daging dia perap biasa je tapi still ok bila cicah dengan sos yang disediakan tu. Last aku makan steambot dulu la masa zaman study, yang tu memang A la kat Sungai Buloh sana tu tapi harga pun 20 ringgit lebih. Sekarang tak tau la berapa.

Kalau nak compare dengan steambot mainstream macam Johny's, Soul Garden & steambot lain yang feymes-feymes tu, memang tak boleh nak lawan la. Cuma bagi aku, dengan harga yang macam tu kau boleh makan berapa banyak yang larat, ok la tu. Tambah pulak sini area kampung. Tapi area kampung pun, masa aku datang ni penuh jugak. Sampai ada yang kena tunggu meja kosong. Maybe sebab malam minggu kot.





Ada grill yang best tu...tapi tak dapat la kambing & seafood dengan harga gitu...
Jadi kalau dinisbahkan dengan harga, pilihan makanan & rasa, aku rasa berbaloi jugak RM10.50 ni sebenarnya. Yelah kalau beli yong tau fu tu pun, orang tu gunting-gunting pastu bagitau harga yang kau pun tak kira berapa masa pilih tapi dekat RM10. Baik makan steambot & grill ni kan? Air & ABC pun dapat sekali..hahaha


Semua layan diri kat sini...yang penting unlimited...hehe
Akhir sekali, aku nak ucapkan terima kasih sebab masa aku makan kat sini, ada pakcik tu bayarkan. Aku takdelah kenal sangat sebab jumpa dia pun masa dia join program tempat kerja aku. Tapi aku ingat wajahnya dan masa dia salam aku masa dia nak balik tu la dia bisik "da settle ni".  Identiti pakcik tersebut terpaksa dirahsiakan demi menjaga kod etika jurnalistik..hahaha tapi apa-apa pun semoga rezeki pakcik ni dimurahkan oleh Allah s.w.t...amin...

#thisisselama
#steambotngrillmurah
#akuinginkembaralagi

p/s: Diharap para pembaca dapat klik iklan yang dipaparkan sebagai tanda sokongan kepada penulisan blog ini. Terima kasih.
Aku juga baru buat channel di Youtube pada Julai 2020. Harap para pembaca boleh bantu dan support aku dengan klik butang like dan subscribe channel aku tu. Search Akmal Adli di youtube atau klik di sini
Terima kasih sekali lagi.



Comments

Popular posts from this blog

Travel Ke Hat Yai : 3 Hari 2 Malam

Menarik Di Batu Kurau : Lata Sempeneh

Bercuti Di Bukit Tinggi, Pahang : 2 Hari 1 Malam Di Colmar Tropicale