Bercuti Di Bukit Tinggi, Pahang : 2 Hari 1 Malam Di Colmar Tropicale

Assalamualaikum gaiss...Entry baru gais...hahaha

Bukit Tinggi atau nama lainnya Berjaya Hills ni adalah salah satu tempat peranginan popular. Di kalangan mat motor pulak tempat ni dikenali sebagai Bukit Tinggi International Circuit (BTIC). Sebabnya korang boleh agak la kot. Walaupun kat Pahang, tapi dekat je dengan KL. So memang jadi port untuk short vacay lah. Dan spot yang famous kat sini ialah Colmar Tropicale. Sebuah hotel yang landscape nya bertemakan gaya Perancis. So, apa yang best sangat ramai orang datang sini ni?

Bahagian depan hotel
Biasanya yang datang sini sebab nak ambik gambarlah. Sebab cantik dan udara nyaman. Untuk datang sini perlu ikut highway karak dan cari signboard Berjaya Hill. Tak jauh dari Janda Baik. Nak masuk, dikenakan bayaran RM16 untuk dewasa & RM8 untuk kanak-kanak(kalau tak silap). Dengan adanya tiket ni bolehlah pergi ke Taman Jepun, Taman Arnab atau mini zoo dan juga ke Colmar Tropicale. Kalau check in hotel, duit tiket ni boleh refund. Masa aku datang ni cuti umum, hanya penginap hotel je boleh naik sampai atas. Pengunjung lain kena parking kat golf club lepas tu naik bus yang disediakan.

entrance taman jepun


cantik tapi ikan koi tu sikit sangat

kemain happy lagi arfa tu

ada spa tapi macam dah tutup



ada beberapa rumah design tradisional jepun kat sini



kena mendaki sikit nak ke taman jepun ni
Tempat first yang aku pergi ialah Taman Jepun. Saja je bawak wife sebab dia tak pernah pergi. Kat sini kena mendaki sikitlah naik tangga. Then kat taman ni ada kedai souvenier. Taman ni cantik juga macam kat Jepun. Cuma kolam ikan dia kecik dan ikan koi dia tak banyak. Kat sini banyak pokok herba. Ada juga rumah Jepun tapi kecik je lah. Kalau nak try pakai kimono pun boleh dengan bayaran RM20. Tapi aku tak minat pulak nak pakai..hahaha. Nak tangkap gambar kat sini memang cantik lah.

design bangunan hotel
jalan-jalan sekitar hotel

Arfa cuba kasut baru..hehe
Lepas Taman Jepun, kami terus check-in hotel iaitu Colmar Tropicale. Ada satu lagi hotel iaitu The Chateu tapi tu lagi mahal kot. Tapi situ tak lawa..hehe. Bilik yang kami dapat luas jugak, ada balcony menghadap gunung dan swimming pool. Disebabkan lapar, kami makan dululah sebab ada bawa bekal. Kat bawah hotel memang ada banyak cafe ala-ala Perancis dia punya suasana tapi of coz la mahal dan mostly makanan western. Lepas makan barulah kami jalan-jalan sekitar hotel untuk tangkap gambar. Yang cantiknya tempat ni sebab building dia warna -warni. Lepas tu dia ada pintu gerbang macam nak masuk ke sebuah kota yang ada tembok. Banyak spot menarik untuk tangkap gambar dengan udara yang segar. Cuma masa kami pergi ni jerebu lah. Ada juga kolam yang ada 3 ekor swan kat situ. Sapa nak tengok swan boleh lah datang sini.

ni swan bukan itik serati tau


landscape kat sini macam kota perancis zaman dulu-dulu


ada 3 ekor swan...2 putih & 1 hitam

antara cafe yang ada


Arfa suka tengok air



Waktu malam pulak, tak banyak aktiviti boleh buat kat sini. Sama je tangkap gambar juga cuma suasana malam banyak lampu. Cafe bukak sampai pukul 10.00 dan 11.00. Tapi 7E dia tutup 8.30 malam..ape cerr?? Untuk malam ni kami cuma try minum kat satu cafe ni jual french bread dengan coffee. Sebabnya kami dah bedal nasi beriani jenama Brahim's yang ready to eat tu. Cuma panaskan je..hehe. Makanan kat cafe lain biaslah western food macam spageti, pizza, chicken chop, burger. Makanan melayu memang takdelah. Kalau ada pun nasi yang telah di western kan. Tapi bestlah view dia pastu udara pun nyaman je.

kedai souvenier di waktu malam


banyak lampu malam-malam ni

suasana cafe di waktu malam
ni kat cafe french bread tu
Keesokan harinya, aktiviti kami start dangan breakfast. Ok jugaklah breakfast yang disediakan cuma tak banyak pilihan sangat. Antara menu dia ialah nasi dagang, kari, sambal, kue tiau goreng, bubur nasi, roti, muffin, cereals, sosej, hash brown, buah, salad dan lempeng. Ada 2 tingkat tempat breakfast. Kalau kat atas penuh, boleh turun ke bawah ada lagi disediakan tempat makan. Arfa pun seronok makan tapi bersepah la makan macam-macam..huhuhu

bersepah arfa makan tu sebenarnya..makan sambil main

kat sini pun ada mini fun fair
Lepas breakfast kami sambung lagi jalan-jalan & tangkap gambar sekitar hotel. So memang kalau datang sini tak banyak aktiviti lah. Nak relax ok. Aktiviti lain ada macam wall climbing, flying fox, jungle trekking tapi tu kena bayar lain lah. Sementara nak tunggu check out, kami lepak di swimming pool bagi Arfa rendam kaki je. Seronok betul dia main air...

seronok dia dapat rendam kaki

tak luas sangat kolam ni tapi boleh lah...

Masa nak check out, receptionist tu tanya nak pergi ke Taman Arnab? Kalau nak pergi dia akan bagi tiket lain sebab taman tu kat luar kawasan hotel. Tapi kami tak pergilah sebab nak pergi tepat lain. So dia pulangkanlah balik duit tiket RM32 sebab kami stay kat hotel ni. Secara total, tempat ni sesuai untuk leisure & relax lah. Nak berehat tenangkan fikiran ok je. Kalau nak beraktiviti sangat tak sesuai sebab tak banyak benda boleh buat. Lastly, mahal ke hotel Colmar Tropicale ni? Kalau booking last minit kena pulak weekend atau public holiday memang boleh cecah RM400 lebih. Tapi sebab aku booking 2 bulan awal dapatlah murah, seratus lebih je semalam. Dan yang pasti aku book guna apps traveloka. Korang cubalah! Bagi aku rate dia antara yang termurah lah even compared with trivago pun still traveloka ni murah lagi.
view dari atas menara
P/s: Diharap para pembaca boleh klik iklan yang dipaparkan sebagai tanda sokongan kepada penulisan blog ini. Terima kasih.
Aku juga baru buat channel di Youtube pada Julai 2020. Harap para pembaca boleh bantu dan support aku dengan klik butang like dan subscribe channel aku tu. Search Akmal Adli di youtube atau klik di sini
Terima kasih sekali lagi.




Comments

  1. Good entry, ayuh ride ke sana 😁

    ReplyDelete
  2. kiranya memang stay kt hotel colmar tropicale tu kaaa??bising x sbb org rmai amk gmbq??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Malam x ramai orang..tinggal org yg stay kat hotel aje

      Delete
  3. Kalau kita x duduk dekat hotel colmar tu, bayaran masuk dia tu utk seharian or sekali keluar kena bayar lagi?

    ReplyDelete
  4. Salam..izin promot kat laman ni,kami sinar alam wisata tour and travel di padang bukittingggi indon,bila tuan/puan nak merancang melancong kat padang bukittinggi kami menyediakan perkhidmatan pakej percutian dan sewa pelbagai kereta dengan harga jimat dan berbaloi.
    Wassap +6285356000747
    Emel sinaralamwisata1409@gmail.com

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Travel Ke Hat Yai : 3 Hari 2 Malam

Nasi Kandar Deen Maju Jelutong

Laksa Lubuk Kuala Kangsar