Posts

Showing posts from March, 2018

Disiniland Agrofarm Batu Kurau

Image
Assalamualaikum... Entry sebelum ni aku ada cerita pasal Lata Sempeneh kan??  (klik sini untuk baca) Kali ni nak share pasal Disiniland Agrofarm kat Batu Kurau juga. Jalan nak perginya sama macam nak ke Kampung Sempeneh, cuma sebelum pintu gerbang tu ada lorong kecik belah kanan, masuk ikut situ la. Signboard Disiniland ni agak kecil, so maybe tak nampak. Boleh tanya orang kampung atau tanya pak cik waze je lah. Ada tulis parrot...tapi tak nampak pulak mana burungnya... Jalan nak masuk tu memang sempit. Aku tak tau la macam mana kalau hari cuti nak masuk sini sebab katanya ramai orang kalau cuti. Tapi aku pergi time hari bekerja so tak ramai la orang. Aku difahamkan kalau cuti sekolah kadang-kadang ada budak-budak buat aktiviti camping kat sini. Ni tiket masuk..kira murah la kan? ayam mutiara pun ada tu... Tiket masuk tu tulis RM6.00 tapi maybe aku datang hari bekerja,so RM4.00 je untuk dewasa. Kalau kanak-kanak separuh harga rasanya. Kat sini ada beberapa jenis haiwan

Menarik Di Selama : Air Terjun

Image
Assalamualaikum & selamat sejahtera para pembaca sekalian.... Awal tahun 2018 ni nampaknya musim hujan. Boleh kata tiap hari hujan, tapi hujan-hujan pun aku masih sempat mengexplorasi tempat-tempat yang kurang menjadi tumpuan umum ni. Entry kali ni aku nak share pasal beberapa lagi tempat menarik yang ada kat Selama, Perak ni. Area Selama ni dekat dengan kawasan gunung Banjaran Titiwangsa, maybe sebab tu jugak selalu hujan. Bila dah banyak gunung ni, confirm la ada air terjun kan? Memang area sini banyak air terjun, cuma orang tempatan je tau, orang luar tak berapa tau sangat. Maka, dengan semangat satria baja hitam aku pun mengexplore beberapa air terjun yang ada kat area Selama ni. LATA RAMBONG Lata Rambong ni terletak kat Kg Teluk Mas, Selama. Kalau dari Pekan Selama tu jalan menghala ke Sg Bayor. Terus je sampai penghujung jalan tu nnt jumpa la kampung ni. Lepastu ada la lorong kecik nak ke Lata Rambong ni. Bunyi deruan air memang kuat sebab lata ni banyak batu. memang