Posts

Showing posts from November, 2019

Menarik di Bagan Datuk : Ada Apa Di Jeti Bagan Datuk?

Image
Assalamualaiakum... Entry kali ni ialah sambungan untuk entry sup tersedap di Bagan Datuk.  klik sini untuk baca Jadi kalau ke Bagan Datuk ni apa yang ada? Ha ni nak share nih... Dulu Bagan Datuk ni cuma pekan kecil je. Kalau orang luar datang pun mungkin nak memancing kat jeti je. Tapi sekarang dah ada perubahan. Pekan Bagan Datuk dah ada taman permainan ataupun tempat riadah untuk seisi keluarga. Tapi mungkin sesuai datang watu petang lah kot sebab dah redup sikit. Aku datang ni pukul 10 lebih, memang panas lah. ni la dataran Bagan Datuk Jeti Bagan Datuk Lanskap sekitar jeti ni dah berubah. Cantiklah berbanding dulu. Kalau anda kaki pancing, boleh lah cuba untuk memancing kat jeti ni. Aku tak pasti kat sini ada perkhidmatan bot atau tak kalau nak memancing. Maybe ada tapi kena tanya orang tempatan lah. Di sekitar jeti ni pulak dah ada dataran. Ada taman permainan kanak-kanak dan juga stall peniaga. Aku rasa petang baru ada orang meniaga ni. Ada juga beberapa kedai mak

Sup Tersedap Bagan Datuk : Awal Pagi Makan Soto, Pecal & Satay

Image
Assalamualaikum... Nampaknya entry kali ni adalah mengenai sarapan. Jauh betul aku pergi sarapan kali ni.hehe. Bagan Datuk ni taklah terkenal sebagai tempat pelancongan sangat. Tapi ada sesuatu aku nak share. First ialah sup. Ya, Bagan Datuk ni sebenarnya feymes dengan sup soto dikalangan penduduk setempat. Aku pulak dah lama tahu sebab dulu selalu pergi makan. Sup soto ni pulak bukan kedai atau restoran tapi warung yang dibuka kat pasar je. Ni la pasar Selekoh..dulu takde bumbung tu Kali ni aku pergi hari sabtu pagi, pasarnya terletak di Selekoh (ni nama tempat). Dulu-dulu biasanya aku pergi awal, pukul 8 dah sampai sebab awal tu orang tak ramai lagi. Kali ni aku sampai lambat sikit dalam 9.30 dan memang nasib baiklah betul-betul tinggal 2 mangkuk je sup soto tu untuk aku & wife. Orang selepas aku semua pulang hampa. Ha nampak tak betapa ramai orang yang menginginkan sup soto ini.hehehe Ada jual ubi Aku tak pasti sup ni ada di setiap pasar atau tak tapi yang aku