Tempat Makan Popular Gerik - Restoran Ikan Bakar KEBUN
Hi,
Assalamualikum, rasa lama betul tak update, semenjak musim-musim Covid ni, jarang lah sikit nak berjalan. Tapi sebab memang aku suka berjalan maka untuk mengakhiri tahun 2020 yang penuh cabaran ini, aku dengan wife aku decide untuk bercuti dengan tema ‘Eco-tourism’. Musim Covid pun tak habis lagi, jadi kami tak mahu lah tempat yang famous & ramai orang, tambah aku ada anak kecil. Percutian kali ini juga aku bawa parents mertua aku, jadi golongan vulnerable ni kita kena lah jaga.
Pada kali ini, destinasi yang kami pilih adalah Gerik, Perak. Ha ada ke benda menarik dekat Gerik ni? Kalau nak tahu, Gerik ni terletak di dalam daerah Hulu Perak, daerah terbesar dalam negeri Perak. Banyak benda menarik sebenarnya di Gerik ini, Kalau dari Ipoh hanya mengambil masa dalam satu jam setengah ke dua jam, ikut speed masing-masing lah.hahaha.
![]() |
parking yang luas |
Port pertama yang aku nak suggest adalah kedai untuk makan tengahari. Siapa yang teringin nak makan-makan dengan pilihan lauk yang banyak dan sedap, bolehlah berkunjung ke kedai Kebun Ikan Bakar. Lokasi dia adalah di laluan utama dari jalan Lenggong- Gerik, lane belah kiri jalan dan terletak dekat Kampung Padang Kunyit. Memang tak jauh dah nak masuk pekan Gerik. Cuma kedainya terletak di atas bukit, memang tak nampak dari jalan utama tu. Tapi jangan risau sepanjang nak masuk akan ada signboard besar-besar tulis Kebun Ikan Bakar. Kalau arah dari Lenggong tu, berhampiran traffic light Kampung Padang Kunyit Gerik, akan ada satu signboard tulis Kebun Ikan Bakar 100 meter lagi.
![]() |
banyak lauk kat sini |
First impression bila masuk kawasan kedai tu, korang akan rasa selesa sebab parking dia luas, kawasan dia bersih, meja makan banyak dan deco kedai pun kemas je. Dan yang paling best, lauk-pauk yang dihidangkan pun banyak, mau juga ada hampir 50 jenis lauk pauk. Siap ada gulai kawah dan pelbagai ayam dan ikan bakar dihidangkan. Untuk ayam dan ikan bakar tu, dia bakar secara live depan mata. Pilihan ikan pun banyak. Seleksi sambal dan pencicah pun banyak, ada sambal belacan, sambal tempoyak, budu, sambal kicap, air asam dan kuah percik disediakan untuk melengkapkan juadah yang diambil. Tinggal pilih sahaja mana yang kena dengan selera tekak.
![]() |
ikan bakar pun banyak pilihan |
Kalini aku ambil lauk gulai ikan keli dan ulam dan sambal belacan sikit , wife aku pula ambil pari bakar yang besar size dia, pecal, dan sambal tempoyak sikit. Kemudian untuk cicah ikan pari tu, wife aku ambil air asam dan sambal kicap.
![]() |
kambing bakar pun ada |
Lepas dah makan ni tunggu aku post apa aktiviti yang aku buat dekat Gerik ni.hehe.
Nota: Diharap para pembaca boleh klik iklan yang dipaparkan pada blog ini sebagai tanda sokongan kepada penulis. Terima kasih.
Aku juga ada channel youtube. Search akmal adli atau klik di sini
Boleh la Like, Comment & Subscribe. Terima kasih sekali lagi.
Lama tak ke Gerik. Last lalu sana pun sebab nak pergi ke Baling, Kedah 😁.
ReplyDelete