Posts

Showing posts from March, 2020

Restoran Ramly Burger Setaraf Jenama Antarabangsa

Image
Assalamaualaikum... Entry kali ni aku nak share pengalaman makan di fast food milik bumiputera iaitu Restoran Ramly Burger. Kali ni aku singgah di RnR Semanggol. Restoran Ramly Burger ni tak banyak sangat, kebanyakannya ada di Lembah Kelang dan juga hentian RnR lebuhraya lah. Siapa yang tak kenal jenama Ramly ni kan? Tapi untuk restoran ni maybe ramai yang belum cuba. So apa yang ada kat sini? ni dekat RnR Semanggol arah selatan Konsep restoran ni lebih kurang sama dengan fast food yang lain. Order di kaunter, bayar dan ambil makanan. Cuma ada beberapa menu yang akan dihantar ke meja pelanggan. Menu apa yang ada kat sini? Semestinya burger, fries dan nugget tapi ada juga menu lain macam chicken chop, lamb chop dan menu nasi. Menu ni boleh pilih ala carte atau pun set. kaunter sama macam kat fast food lain Jadi aku telah mencuba beberapa menu iaitu burger daging, burger oblong ayam, burger ikan, fries, cheezy wedges, dan juga nasi serai untuk Arfa. Untuk burger, harganya s