Posts

Showing posts from June, 2019

Menarik Di Selama : Lata Lubuk Gajah

Image
Assalamualaikum.... Adakah korang suka beriadah sambil menikmati keindahan alam semula jadi? Jika ya, entry kali ni aku nak share satu port air terjun yang belum diteroka. Maksudnya kawasan ni belum ada pembangunan, secara tidak langsung tiadalah juga pencemaran. Ni la signboard lorong nak masuk Lubuk Gajah ni Mana tempatnya? Ha kat Daerah Selama, Perak lah. Tempat ni hanya orang tempatan je tau sebab papan tanda pun takde. Specifically, tempat ni terletak kat Kg Sungai Siputeh. Kalau ternampak lorong kecil bernama Jalan Lubuk Gajah, boleh la masuk situ atau tanya orang kampung. Kalau waze belum tentu jumpa lagi..hahaha Luas kan kawasan nak mandi dia...main kayak pun boleh ni kalau ada Apa yang bestnya tempat ni? Yang best ialah kawasan mandi dia yang luas dan tak banyak batu. Ada yang cetek dan ada yang dalam tapi tak dalam sangat. Boleh la nak berenang-renang. Tepian sungai pun boleh jadi tempat berkelah. Kat tengah sungai pulak ada dataran berbatu semulajadi. Sekeli

Family Day Di Ulu Yam : Desa Kaloi Farmhouse

Image
Assalamualaikum... Selamat Hari Raya Aidilfitri...Maaf Zahir dan Batin. Untuk entry pertama di Bulan Syawal 2019 ni, aku nak share pasal satu tempat bercuti yang agak feymes di Ulu Yam, Selangor iaitu Desa Kaloi Farmhouse. Ha area Hulu Selangor ni sebenarnya banyak tempat menarik sebab kat sini banyak air terjun semula jadi. pandangan atas banglow ada 6 buah chalet kat sini..tepinya ada anak sungai depannya kolam ikan anak sungai tepi chalet surau yang agak open..ada tempat ambil wuduk sekali Sebenarnya aku ke sini sebab ada family gathering belah wife aku. So tempat ni menjadi pilihan selepas mengambil kira dari segi facilities & harga. Tempat ni memang sesuai kalau nak lari dari kesibukan kota (ayat ni klise kan), family gathering, camping, picnic, nak buat reunion pun boleh. Lokasi pun tak jauh dari pekan Batang Kali. Kami datang ke sini pada hari raya ke-4. kolam pancing Kami sampai sini lewat sebab jalan jem jadi rugi beberapa jam lah sebab check