Posts

Showing posts from January, 2019

Ayam Goreng Pedas Ala Korea : Milo Viral Parit Buntar

Image
Assalamualaikum.. Untuk entry kali ni aku masih dalam Malaysia, walaupun gaya tajuk macam internasional...hehe..Port makan kali ni ialah kat Titi Serong, Parit Buntar. Cafe ni namanya Milo Viral Parit Buntar. Alamatnya No 40, Jln Aman 1, Taman Desa Aman, 34200 Parit Buntar. Aku cari guna waze tak jumpa, so aku waze Taman Desa Aman je. Dah sampai tu aku cari je lah rumah no 40. Ni la cafe tu, kecik je niaga pun kat porch rumah je. Cafe ni kecik je sebenarnya, owner ni niaga pun dalam kawasan rumah je. Tapi walaupun kecik tapi menu dia boleh tahan banyak. Ada lebih kurang 50 menu kat sini. Ha dahsyat tu kan. Dan kat sini juga ada delivery tapi untuk kawasan sekitar je lah. Cafe ni takde deco-deco..meja pun tak banyak sangat.. Macammana aku jumpa kedai ni? Wife aku tengok kawan dia makan kat sini, tu la dapat tau tu.hahaha.. So apakah menu yang kiteorang order? Kalau tengok senarai tu macam nak order semua je sebab semua macam sedap je. So akhirnya kiteorang order Lara Chick

Kebab Kotaraya Kuala Lumpur

Image
Assalamualaikum.... Selamat Tahun Baru 2019 para pembaca sekalian.. Semoga tahun ni lebih baik dari tahun lepas. Untuk entry pertama tahun baru ni, aku nak share pasal makanan ala-ala timur tengah..hehe.. Tapi benda yang aku makan ni bukannya kebab, sebenarnya sandwich ala-ala subway dan juga shawarma. Kebab tu kalau original dia macam skewer tu, tapi kat Malaysia kalau pergi pasar malam kebab dia guna roti frankfurter atau roti pita tu. Berdasarkan tajuk di atas, jelaslah aku telah ke Kuala Lumpur kerana ada urusan. Tapi peluang mencuba makanan yang menarik tak juga dilupakan...hehe. Restoran ni kecil je dan hanya ada 2-3 meja je. Namanya Restoran Sandwichy dan terletak di ground floor Pertama Kompleks menghadap bangunan MARA Digital. Ni la nama restoran tu..kecil je macam saiz restoran kat RnR highway PLUS  Ni la daya penarik dia..kalau boleh nak makan yang ni je tak nak roti..hehe Menu kat sini ada beberapa pilihan. Ada shawarma, sandwich dan juga burger. Nasi arab p