Posts

Showing posts from April, 2018

Nasi Kandar Deen Maju Jelutong

Image
Assalamualaikum... Penang ni memang feymes dengan makanan. Antara yang feymesnya ialah nasi kandaq la kan baq hang...haha...Ada banyak kedai nasi kandar kat Penang ni...yang feymes & sedap pun banyak. Nak cuba semua dalam masa sehari memang tak la kan. So entry kali ni aku nak share 1 tempat je la iaitu Nasi Kandar Deen Maju Jelutong... Ni dia Deen Maju Jelutong...bukak 24 jam... Aku banyak kali da makan nasi kandar kat Penang ni, tapi dulu takde blog lagi...hehe. Aku pergi kedai ni sebab recommended by one of my old friend yang dok Penang. Dia cakap try la Deen Maju, tapi dia cakap ada 2 kedai. Cuba pergi yang kat Jelutong katanya. Kalau taip kat waze Deen Maju memang keluar yang kat Jalan Gudwara (which is famous jugak), so kena taip Deen Maju Jelutong kat waze tu. Sesampainya aku kat kedai ni dalam pukul 10.00 malam, takdelah ramai orang sangat. Maybe sebab aku pegi weekdays. Tapi tak ramai pun kena beratur la jugak walaupun tak panjang barisannya. Macam biasa la kalau

Kolam Renang Kuala Kangsar : Aktiviti Riadah Keluarga

Image
Assalamualaikum... Ha ni sambungan lepas makan laksa lubuk tu.. klik sini untuk baca .. Memang niat asal nak datang sini je tapi alang-alang dah sampai so try la laksa dulu..hehe.. Kolam renang ni sebenarnya milik Majlis Perbandaran Kuala Kangsar (MPKK). Lokasi dia kat depan Sekolah Raja Perempuan Kalsom, Bukit Chandan, atau pun kalau ikut jalan nak ke Galeri Sultan Azlan tu nanti ada nampak model kereta kebal tepi jalan...ha masuk lorong tu la. Ni entrance kolam renang ni...beli tiket kat sini la... Kolam renang ni buka setiap hari. Ada dua sesi iaitu sesi pagi (9.00am - 12.30pm) & sesi petang (2.30 - 6.00). Setiap petang jumaat pulak ada ladies hour (5.00pm-6.45pm). Kadar bayaran pulak Dewasa RM3.00, kanak-kanak RM2.00, warga emas / OKU RM1.00. Aku tengok kat website MPKK ada perkhidmatan loker & towel tapi masa aku datang takde pun. Maybe dia nak upgrade kot. Tapi tandas & bilik persalinan ada la. Make sure pakai pakaian yang sesuai untuk berenang. Baju jersey &a

Laksa Lubuk Kuala Kangsar

Image
Assalamualaikum... Entry kali ni nak share sikit pasal satu port makan laksa kat Kuala Kangsar. Sebenarnya kuala ni memang feymes dengan laksa. Tapi masing-masing ada rasa & daya tarikan tersendiri. So kali ni aku try satu warung laksa namanya Laksa Lubuk kat area kampung Lubuk Merbau. Kat dalam tu la tempat masak laksa...tapi aku tak tengok la...hehe Sebenarnya banyak lagi warung laksa lain yang feymes, tapi aritu aku sampai kuala tengahari so banyak tak bukak lagi sebab mostly diorang bukak petang. Setelah bertanya kat kawan-kawan, diorang mensuggest laksa lubuk ni la. Maka mencari la aku ke pelosok kampung Lubuk Merbau mencari laksa ni. Warung ni dalam kampung & jalan nak masuk tu pun kecik. Kalau selisih kereta tu pandai-pandai la bagi laluan ye...Kalau dari kuala atau exit tol kuala, terus menghala ke lenggong. Nanti nampak la signboard kecik warna merah belah kanan, masuk la situ. Kalau nak senang tanya orang, kalau malu bertanya search je la kat waze ke goo

Travel Ke Hat Yai : 3 Hari 2 Malam

Image
Assalamualaikum para pembaca sekalian.... Untuk entry kali ni aku nak share pengalaman aku pergi Hat Yai.. Aku pergi ni da lama, tapi baru ni sempat nak tulis kat blog. Harap dapat menjadi inspirasi kat sapa-sapa untuk pergi travel. Tambah-tambah yang jenis suka makanan macam aku ni..hehe..Kali ni aku nak share a few tips by the end of every chapter..semoga bermanfaat... Aku dengan wife pergi sendiri je, takde pakai travel agency. So aku gerak ke sempadan Bukit Kayu Hitam naik kereta. Sampai kat pekan Changlun tu aku pun singgah kedai money changer untuk tukar duit dan beli borang putih (aku tak tau nama betul borang ni apa...)tapi borang tu kena bagi kat imigresen nanti. So isi siap-siap supaya cepat proses nanti. Boleh isi sendiri atau kalau nak orang tu isikan pun boleh. Bayar je RM 2.00. Duit pulak nilai tak tentu, so kena rajin cari la. Kalau nasib baik dapat la tukar yang mahal sikit. Lepas tu aku terus ke sempadan. Kereta aku parking kat kompleks bebas cukai Bukit Kayu Hitam