Menarik di Lumut : Medan Ikan Bakar Teluk Muroh

Assalamualaikum...

Penghujung tahun 2017 haritu, aku bawak wife pergi short vacay ke Lumut, Perak. Kali ni just pergi nak relax je, so kiteorang decided pergi yang dekat je la. Kiteorang stay dekat The Orient Star Resort. Ok jugak resort ni, ada swimming pool & sebelahnya laut. Jarak dengan jeti nak pergi Pangkor pun tak jauh, walking distance je. Tapi kiteorg tak nak la pergi Pangkor. Cuti sekolah ni ramai orang, malas nak bersesak-sesak.

Swimming pool ni luas jugak...paling dalam 1.8meter...

Ni laut sebelah resort...boleh tengok feri nak ke Pangkor tu lalu sini...
Boleh tengok sunset tepi laut ni......

Entry kali ni bukan nak cerita pasal resort tu, tapi nak review sikit pasal satu port makan ni. Landmark paling senang ikut jalan menghala ke Teluk Batik. Nampak je Marina Cove Resort, masuk lorong tu. Restoran ni tersorok sikit, tapi tepi laut belakang resort tu.. Namanya Medan Ikan Bakar Teluk Muroh. Banyak jugak aku baca orang review pasal restoran ni, so aku nak try la jugak.

Kalau masuk lorong kat Marina Cove tu nanti nampak la signboard ni...


Masuk je lorong tu nampak macam sunyi, tapi bila sampai restoran tu banyak jugak kereta. Tapi malam ni gelap je la laut nampak lampu-lampu kat Marina Island tu je. Kat restoran ni kalau nak order jangan tunggu orang ambik order, kena pergi order kat tempat nak pilih-pilih ikan tu. Kiteorang pun pergi la beratur sebab malam tu agak ramai jugak orang. Pilihan ikan tak berapa banyak, tapi boleh la. Bukannya nak makan ikan yang rare sangat pun. Ada jugak sotong, ketam, udang & kerang. Kalau nak makan sotong atau udang goreng tepung tak payah pilih, dia dah ada set sepinggan. Kalau nak masak selain goreng tepung boleh la pilih sendiri. So malam ni kiteorang order nasi putih, sotong goreng tepung 1 set, udang 6 ekor masak sambal, ikan siakap bakar & tomyam seafood.

Pilihan ikan yang ada tak banyak sangat...tapi boleh la tu kan....

sotong, udang, ketam & kerang...


Lama jugak menunggu dekat 20 minit baru makanan sampai. Nasib la aku ni penyabar orangnya, so sambil tunggu tu layan fb la, sambil sedut sikit-sikit air yang aku order tu. Sambil tu aku tanya jugak pelayan tu restoran ni tutup hari apa. Dia cakap tiap hari bukak, kalau weekend lagi ramai orang.

Bila makanan da sampai, apa lagi serang la. Tapi bila tengok sotong goreng tepung tu macam banyak pulak. Rasanya 1 set ni boleh makan 3-4 orang. Nasi sepinggan pun dah banyak. Aku dengan wife ni bukan jenis makan banyak sangat, tapi terpaksa la habiskan....hahahaha (ayat cover line).

Tomyam dia takde la padu sangat, tapi isi dia banyak. Takde la macam sesetengah kedai tu, serai dengan cili je banyak. Ikan bakar dia kosong je, tapi cicah dengan air asam sedap juga. Sotong goreng tepung pun sedap & rangup. Cuma sos cicah dia tak berapa la...Sedap lagi sos cicah keropok lekor tu...hahaha.. Udang sambal pun ok. Tapi serius banyak lauk kiteorang ni, sesuai makan untuk 4 orang sebenarnya. Tambah pulak sotong tu, puas hati la walaupun sepinggan je. Bukan macam kedai seafood yang jauh dari area laut tu, sepinggan 6 ringgit ada la 6 ketul kecik sotong. Yang besarnya tepung dia je....hehe...

Boleh makan 4 orang ni sebenarnya....sotong tu banyak jugak 1 set...
Tomyam seafood yang banyak isi...ada sotong, udang, fish ball & cendawan


So...bagi aku makan kat sini puas hati jugak, walaupun makanan dia agak lambat nak siap.Kalau jenis rushing memang tak sesuai la datang sini.  Pilihan ikan pun tak berapa banyak, tapi ikan-ikan yang common tu ada ok la tu. Kalau nak makan ikan ke lobster ke yang rare tu pergi hotel la, takpun restoran 5 bintang. Harga kat sini pun tak mahal sangat kan, still masuk akal la...haha.. Cuma aku rasa lagi cun kalau datang petang, boleh la duduk rileks diiringi bayu menghempas sambil tengok laut ke sunset ke...hehe...

Total hidangan ni semua dalam RM62.00...ok la kot...tapi kalau kat pantai timur murah lagi rasanya....hehe


Banyak lagi port makan sebenarnya kat Lumut ni, tapi ni je yang sempat try. Nama pun short vacay kan...ok setakat ni je la review pasal Medan Ikan Bakar Teluk Muroh ni. Lain kali datang Lumut aku nak try tempat lain pulak. Tapi bila tak tau lagi la...haha....

Sekian.
#akuinginkembaralagi
p/s: Diharap para pembaca dapat klik iklan yang dipaparkan sebagai tanda sokongan kepada penulisan blog ini. Terima kasih.
Aku juga baru buat channel di Youtube pada Julai 2020. Harap para pembaca boleh bantu dan support aku dengan klik butang like dan subscribe channel aku tu. Search Akmal Adli di youtube atau klik di sini
Terima kasih sekali lagi.



Comments

  1. Mahal makan kt tmpt ni..makan 3org..ambik sotong 500gram(4ekor)rm30..act xsmpai 500gram pn��..udang 350gram..(12ekor)rm42.00..ketam 700gram(3 ekor) saiz biase..rm42.00..nasi putih 2 rm3.00..kerang celur 1 mgkuk kecik rm7..air kosong rm0.20..itu je..tb2 blk tgk resit..ade nsi lemak rm2.50..tapi xujud.pun nasi lemak tu..xtau sape.punya die tambah..semua.rm126.70..kedai pun xbersih mana..kucing byk..lampu pun kurang..toilet xbersih..yg plg2 teruk bhsa dgn pelanggan..agk biadap..!

    ReplyDelete
  2. Mahal makan kt tmpt ni..makan 3org..ambik sotong 500gram(4ekor)rm30..act xsmpai 500gram pn🤣..udang 350gram..(12ekor)rm42.00..ketam 700gram(3 ekor) saiz biase..rm42.00..nasi putih 2 rm3.00..kerang celur 1 mgkuk kecik rm7..air kosong rm0.20..itu je..tb2 blk tgk resit..ade nsi lemak rm2.50..tapi xujud.pun nasi lemak tu..xtau sape.punya die tambah..semua.rm126.70..kedai pun xbersih mana..kucing byk..lampu pun kurang..toilet xbersih..yg plg2 teruk bhsa dgn pelanggan..agk biadap..!

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Travel Ke Hat Yai : 3 Hari 2 Malam

Nasi Kandar Deen Maju Jelutong

Laksa Lubuk Kuala Kangsar