Opah Strawberry : Petik Strawberry Murah Cameron Highland

Assalamualaikum...

Kalau anda datang ke Cameron Highland, try la petik strawberry. Sebabnya pengalaman ni susah nak dapat kat tempat lain dalam Malaysia ni. By the way, banyak je tempat untuk petik sendiri kat sini. Cuma harga yang berbeza. Ada yang mencecah sampai RM70 sekilo. Ada pulak yang hanya boleh petik time hujung minggu je. So kalau ada jumpa ladang strawberry yang ada tulis 'Pick Your Own Strawberry' tu tanya lah dulu harganya. Tapi kalau minat makan je beli je lah kat pasar-pasar sekitar Cameron ni.
Ni la tempatnya...
Setelah aku menyiasat ladang-ladang yang menawarkan pengalaman memetik strawberry ni, aku telah jumpa satu port murah berbanding tempat lain. Even tempat yang kat area yang sama pun ada yang harga RM60-RM70 sekilo. Tempat ni namanya Opah Strawberries & Jam yang terletak di Taman Sedia, Tanah Rata. Nak senangnya tempat ni sebaris dengan Cafe Abang Strawberry tu.

RM40 sekilo...by the way sekilo tu banyak jugak sebenarnya
Berapa harga nak petik strawberry kat sini? Cuma RM40 sekilo, termurah dalam kelasnya..hahaha.. So far ni la tempat paling murah aku jumpa. Walaupun nampak mahal tapi aku rasa murah la tu, sebab kalau nak beli kat pasar pun setengah kilo RM25. Kat sini ada jugak cafe kalau nak makan scone ke ada jugak. Kalau nak banyak lagi tempat makan menarik, boleh baca kat entry aku sebelum ni (klik sini untuk baca ).

Antara makanan yang ada kat cafe opah ni
Kat sini, nak masuk ladang free je. Bayaran nanti ikut berat strawberry yang kita petik tu. Nanti dia bagilah bakul dengan gunting. Luas jugak ladang strawberyy kat sini, dia tanam belakang rumah je. Maka, aku pun mencarilah strawberry yang merah pekat sebab tu tanda dah ranum dan manis sikit. Kalau pudar-pudar tu baru nak masak tak berapa manis. Aku dengan wife saja je nak try petik ni, bukannya nak banyak pun nak buat makan-makan je. So kiteorang pun petik agak2 jelah kalau dapat setengah kilo pun dah ok.





Garangnya tengok strawberry je pun...hahaha
Lepas rasa macam dah agak banyak, kiteorang pun bawaklah strawberry tu ke kaunter timbang. Pekerja tu masukkan dalam bekas dan timbang, rupanya RM12 je sebekas. Aku ingatkan dah sampai setengah kilo. Tapi takdelah aku nak tambah, penuh sebekas tu pun dah cukup untuk buat makan. Ok lah kan? Sekadar nak kumpul pengalaman je.

Sebekas macam tu RM12 je...ok lah tu
So sapa yang nak rasa petik strawberry sendiri boleh la datang sini. Buat apa pergi yang mahal kalau ada yang murah? Strawberry tu sama je yang mahal pun macam tu juga buahnya..hahaha.. Kat Opah strawberry ni aku nak rekomen jem strawberry home made dia. Murah je RM6.50 ada real fruit dalam tu. Means dia masukkan beberapa biji strawberry la dalam jem tu. Aku pun beli bawak balik pastu makan dengan roti pastu letak letak coklat sekali. Barulah rasa macam makan wafer perisa strawberry coklat..hehehe

Antara produk home made kat sini..jem strawberry tu memang recomended

Bahagian depan ada signboard petik strawberry

Sekian.

#petikstrawberrymurah
#opahstrawberry
#petikyangkecikdapatbanyak
#akuinginkembaralagi
p/s: Diharap para pembaca dapat klik iklan yang dipaparkan sebagai tanda sokongan kepada penulisan blog ini. Terima kasih.
Aku juga baru buat channel di Youtube pada Julai 2020. Harap para pembaca boleh bantu dan support aku dengan klik butang like dan subscribe channel aku tu. Search Akmal Adli di youtube atau klik di sini
Terima kasih sekali lagi.


Comments

  1. Replies
    1. sama je rasa mcm kat tempat lain...yang merah gelap manis..kalau merah muda masam

      Delete
  2. Replies
    1. kat area taman sedia ni memang banyak bilik untuk disewa...cuma selalu penuh better booking awal2

      Delete
  3. Harga scone dia dalam brp rm ya? 😊

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Travel Ke Hat Yai : 3 Hari 2 Malam

Nasi Kandar Deen Maju Jelutong

Laksa Lubuk Kuala Kangsar