Posts

Showing posts from 2018

Opah Strawberry : Petik Strawberry Murah Cameron Highland

Image
Assalamualaikum... Kalau anda datang ke Cameron Highland, try la petik strawberry. Sebabnya pengalaman ni susah nak dapat kat tempat lain dalam Malaysia ni. By the way, banyak je tempat untuk petik sendiri kat sini. Cuma harga yang berbeza. Ada yang mencecah sampai RM70 sekilo. Ada pulak yang hanya boleh petik time hujung minggu je. So kalau ada jumpa ladang strawberry yang ada tulis 'Pick Your Own Strawberry' tu tanya lah dulu harganya. Tapi kalau minat makan je beli je lah kat pasar-pasar sekitar Cameron ni. Ni la tempatnya... Setelah aku menyiasat ladang-ladang yang menawarkan pengalaman memetik strawberry ni, aku telah jumpa satu port murah berbanding tempat lain. Even tempat yang kat area yang sama pun ada yang harga RM60-RM70 sekilo. Tempat ni namanya Opah Strawberries & Jam yang terletak di Taman Sedia, Tanah Rata. Nak senangnya tempat ni sebaris dengan Cafe Abang Strawberry tu. RM40 sekilo...by the way sekilo tu banyak jugak sebenarnya Berapa harga na

Pasar Malam Cameron Highland, Golden Hill Tanah Rata

Image
Assalamualaikum... Pasar malam ni adalah satu port yang aku suka pergi. Sebabnya ada banyak jenis barangan termasuklah makanan. So untuk entry kali ni, nak share sikit pasal pasar malam kat Cameron Highland. Pasar ni merupakan pasar malam paling sejuk di Malaysia. Ini merupakan kali pertama aku ke pasar malam Cameron Highland sejak dia tukar lokasi iaitu di Golden Hill, Tanah Rata. Dulu lokasinya kat Brinchang. So jom kita tengok apa yang ada jual kat sini, maybe boleh bagi gambaran sikit kat para pembaca blog ni. Pasar malam ni start petang dalam pukul 3 tu dah ada yang mula berniaga sampai 10 malam. Pasar ni setiap hari jumaat & sabtu. Tapi kalau masa cuti sekolah memang ada setiap hari. Yang bestnya kali ni aku stay di Dreamscape Apartment, betul-betul berdepan dengan pasar malam ni. Kedai makan & kedai runcit pun banyak, semua walking distance je. Waktu petang selalu hujan, lagi la bertambah sejuk kat sini. Nasib baik hujan tak sampai ke malam. Jom tengok ada jual apa k

Nasi Lemak Sambal Strawberry : 200 Seeds Cafe, Cameron Highland

Image
Assalamualaikum... Ha biasa dengarkan nasi lemak sambal strawberry ni? Memang famous tempat ni sebab penah viral kat media sosial. Para peng'review' makanan kat youtube pun ramai yang dah try. Rata-rata cakap sedap. Oleh sebab tu la aku telah pergi ke Cameron Highland untuk try nasi lemak ni. Sedap sangat ke macam yang diceritakan? Bawak Arfa tapi parents dia yang makan...hahaha Bahagian depan kedai ada jual strawberry, strawberry coklat & marshmellow Nasi lemak ni masuk kategori rare sebab sambal dia iaitu sambal strawberry. Tempatnya adalah di Taman Sedia, Tanah Rata, Cameron Highland. Untuk pengetahuan, Taman Sedia ni memang kawasan majoriti melayu dan cafe-cafe yang ada kat sini memang diusahakan oleh melayu Islam. So tak perlu ragulah makanan kat sini. Area sini pun ada homestay tapi tak banyak sangat. Antara cafe yang famous ialah 200 Seeds Cafe atau dikenali juga dengan nama Abang Strawberry. Beratur untuk bagi order dan bayar dulu Waktu pagi mema