Assalamualaikum....
Hai gais..Pernah dengar nama Tanjung Dawai? Mungkin tak sepopular Pantai Merdeka sebab ada jadi tajuk lagu kumpulan Jinbara iaitu Cinta Pantai Merdeka...hehe. Sebenarnya Tanjung Dawai ni dekat je dengan Pantai Merdeka tu kalau naik bot. Macam menyeberang sungai aje. So, apa yang ada kat sini?
 |
ni la kedainya |
 |
meja ada banyak dan luas |
Tanjung Dawai ni area Sungai Petani, dan kawasan laut la sebenarnya. Kalau nak dapatkan hasil laut macam ikan kering, ikan bilis dan lain-lain boleh lah datang ke sini. Selain tu yang popular kat sini ialah ikan bakar lah apa lagi.
 |
ada pondok juga untuk makan |
 |
belakang tu laut |
Ada banyak pilihan kedai makan sebenarnya, tapi kali ni aku singgah di Warung Mak Njang Ikan Bakar Warisan. Boleh tahan popular juga kedai ni. Lokasi dia tepi jalan aje dan belakangnya laut. Kedai ni agak besar dan banyak meja, jadi sesuailah kalau datang dengan family yang ramai. Cuma kalau time ramai orang jadi sesak juga.
 |
ada ketam, sotong, udang dan kerang |
 |
ruangan ni di hadapan kedai |
 |
ikan siakap adalah ikan paling common sekali |
Datang kedai ikan bakar tepi laut of course lah order seafood. Untuk ikan, sotong, udang, ketam dan lain-lain ada disediakan di hadapan kedai. Cuma pilih dan beritahu nak di masak apa. Kat sini ada ikan yang perlu ditimbang dan ada juga yang dah siap harga termasuk upah masak. Kali ni menu yang diorder ialah ikan siakap masak steam, kerang bakar, sotong goreng tepung, tomyam dan juga ikan yang macam ikan temenung tapi besar sikit dibakar(aku lupa nama ikan ni apa...hahaha)
 |
ikan bakar |
 |
tomyam dan siakap masak stim |
 |
kerang bakar..sotong goreng tak sempat snap gambar sebab habis dengan cepat..hehe |
Dari segi servis, boleh tahan lama juga nak menunggu sebab ramai orang. Kalau kurang sabar boleh menyebabkan marah juga tapi kita tengok ramai orang tu kita fahamlah..huhu. Dari segi rasa tomyam dia sedap, siakap steam biasa-biasa aje, sotong goreng tepung rangup, kerang bakar cicah air asam sedap dan ikan yang macam ikan temenung bakar tu sedap. Rasanya ada pedas-pedas manis sikit macam rasa ayam percik pun ada. Cuma semua menu ni tak sampai sekali, so ada lauk yang dah dimakan dulu. Harap owner kedai bolehlah lajukan sikit servis terutama waktu cuti memang ramai orang.
 |
sempat celebrate anniversary ke-37 ayah & mama |
Tapi kalau korang boring menunggu makanan, lepas order tu bolehlah berjalan-jalan tengok laut dulu. Ada juga peniaga kecil-kecilan kat tepi laut ni. Nak tangkap gambar tengok sunset ok lah. Nak mandi tak sesuai sebab bukan tempat untuk mandi. Jadi kalau ke Tanjung Dawai, bolehlah cuma makan di deretan kedai tepi laut ni. Feel dia lain sikit dari makan dekat tengah bandar..hehe
 |
jalan -jalan tepi pantai |
 |
ada jual layang-layang |
 |
ramai peniaga kecil tepi pantai ni |
 |
ada taman permainan |
 |
ini memang tak lepas dari pandangan |
Sekian.
p/s: Diharap para pembaca dapat klik iklan yang dipaparkan sebagai tanda sokongan kepada penulisan blog ini. Terima kasih.
Aku juga baru buat channel di Youtube pada Julai 2020. Harap para pembaca boleh bantu dan support aku dengan klik butang like dan subscribe channel aku tu. Search Akmal Adli di youtube atau
klik di sini
Terima kasih sekali lagi.
This comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDelete