Roti Bakar Arang Taiping : Fadzil House

Assalamualaikum....

Untuk entry kali ni sekali lagi aku telah mencuba roti goyang yang special dan rare. Apa yang rarenya? Sebab kali ni rotinya dibakar dengan menggunakan arang. Ha kira rare la tu bukan semua kedai buat camtu kan?hehehe

Pagi memang ramai orang..
Meja luar pun penuh jugak
So, kat mana pulak port breakfast ni? Tempatnya ialah kat Fadzil House Roti Bakar Arang, Taiping. Sebenarnya kedai ni terletak kat area Pokok Assam. Boleh guna waze kalau tak familiar sebab kedainya bukan tengah bandar. Kedai ni sebenarnya sangat famous kat Taiping, maybe disebabkan ke'rare'annya...hahaha. So jom kita tengok menu apa yang ada...hehe

Antara menu yanga ada kat sini
Sebenarnya kedai ni ada banyak lagi menu untuk sarapan macam nasi lemak, bihun sup, mee kari dan lain-lain. Banyak pilihan so memang sesuailah jadi port sarapan. Disebabkan yang famous kat sini ialah roti bakar arang tu, so aku pun order roti bakar special. Apa yang special tu? Lebihnya ialah ada kacang panggang ataupun baked beans tu. Aku pergi ni dengan kawan-kawan sekerja, one of them la yang suggest tempat ni. Kawan -kawan aku ada yang order macam aku, ada yang order nasi lemak rendang ayam sebab orang kata sedap tapi habis pulak. So order nasi lemak ayam goreng je dan ada yang order bihun sup.

Bihun sup je tak sampai lagi
Untuk roti goyang ni, bagi aku secara jujur rasanya lebih kurang je dengan kat tempat lain sebab bahan dia sama je. Roti yang dibakar dengan telur suku masak. Pastu nak flavour sikit letak kicap masin dengan pepper. So sama jelah rasanya. Yang lebihnya kat sini ada kacang panggang dan roti tu dibakar dengan arang. Memang jujurnya aku tak dapat rasa apa uniknya roti yang dibakar dengan arang ni sebab nak kata ada smokey taste tu pun macam takde je. Mungkin kaedah membakar tu unik yang buatkan orang datang.. huhuhu...Atau maybe deria rasa aku yang kurang peka. Tapi sarapan roti goyang ni memang tak ramai orang jual macam roti canai tu, sebab tu la dia masuk kategori rare.hehehe


Ni lah dia roti goyang yang disertakan dengan kacang panggang
Bagi aku kedai ni memang sesuai lah kalau nak bawak family datang sebab ada banyak pilihan menu. Ok lah dalam satu family belum tentu semua nak makan roti goyang ye tak? Srvice pun bagus tak lama sangat menunggu. Tempat ni memang terkenal kat area Taiping ni. Sarapan roti goyang tu pun aku rasa sesuai kalau nak pergi hiking ke Bukit Larut. Dia light breakfast with energy la kiranya..hehe

So ada 1 lagi menu yang dikatakan sedap kat sini iaitu nasi lemak rendang ayam dia. Maybe lain kali aku datang sini nak try yang tu pulak ataupun nasi lemak paru. Sebab aku tengok orang makan macam power je. Kalau dah try nanti baru aku buat entry...hehehe

Sebenarnya kami sarapan pukul 10 lebih jadi ia dikira sebagai brunch

Sekian..


#rotibakarangtaiping
#rotigoyangspecial
#famousintaiping
#akuinginkembaralagi

p/s: Diharap para pembaca dapat klik iklan yang dipaparkan sebagai tanda sokongan kepada penulisan blog ini. Terima kasih.
Aku juga baru buat channel di Youtube pada Julai 2020. Harap para pembaca boleh bantu dan support aku dengan klik butang like dan subscribe channel aku tu. Search Akmal Adli di youtube atau klik di sini
Terima kasih sekali lagi.


Comments

Popular posts from this blog

Travel Ke Hat Yai : 3 Hari 2 Malam

Nasi Kandar Deen Maju Jelutong

Laksa Lubuk Kuala Kangsar