Nasi Lemak Sambal Strawberry : 200 Seeds Cafe, Cameron Highland

Assalamualaikum...

Ha biasa dengarkan nasi lemak sambal strawberry ni? Memang famous tempat ni sebab penah viral kat media sosial. Para peng'review' makanan kat youtube pun ramai yang dah try. Rata-rata cakap sedap. Oleh sebab tu la aku telah pergi ke Cameron Highland untuk try nasi lemak ni. Sedap sangat ke macam yang diceritakan?

Bawak Arfa tapi parents dia yang makan...hahaha
Bahagian depan kedai ada jual strawberry, strawberry coklat & marshmellow
Nasi lemak ni masuk kategori rare sebab sambal dia iaitu sambal strawberry. Tempatnya adalah di Taman Sedia, Tanah Rata, Cameron Highland. Untuk pengetahuan, Taman Sedia ni memang kawasan majoriti melayu dan cafe-cafe yang ada kat sini memang diusahakan oleh melayu Islam. So tak perlu ragulah makanan kat sini. Area sini pun ada homestay tapi tak banyak sangat. Antara cafe yang famous ialah 200 Seeds Cafe atau dikenali juga dengan nama Abang Strawberry.

Beratur untuk bagi order dan bayar dulu
Waktu pagi memang ramai orang
Cafe ni ada menyediakan menu sarapan dan juga western. Tapi untuk western hanya ada waktu petang sahaja. Selain tu, kat sini ada juga jual strawberry dan juga produk berasaskan strawberry. Yang paling famous adalah sambal strawberry tu la. Kat sini nak order kena tulis sendiri kat dalam kertas yang disediakan, lepastu beratur kat kaunter & bayar dulu. Nanti pekerja dia hantarlah ikut nombor meja yang kita tulis tu.So disebabkan tujuan aku datang sini nak makan nasi lemak yang viral tu, aku pun mengorder nasi lemak sambal strawberry. Aku punya lauk rendang daging & wife aku order lauk ayam goreng.
Ni la rupa nasi lemak sambal strawberry tu..nampak menarik kan?
First impression, nasi lemak ni memang nampak menarik. Ada sepotong strawberry kat atas dia, nasi pun warna pink. Ayam goreng dia pulak boleh tahan besar, rendang daging pun banyak jugak. Portion ni memang berbaloi la dengan harga dia iaitu RM9.90. Rupanya ada 2 jenis sambal dalam satu hidangan, iaitu sambal biasa dan juga sambal strawberry tu. Cuma bagi aku sambal strawberry dia sikit sangat, tak puas nak menikmati rasanya.

Nasi lemak, mee kari & air coklat strawberry



Secara jujurnya bagi aku nasi lemak ni biasa je. Expectation aku tinggi jugak sebab ramai youtuber yang dah try tapi aku agak kecewa sikitlah. Warna pink tu takde effect pada rasa pun, cuma sebagai pemikat mata je. Sambal, ayam goreng dan rendang dia pun biasa je bagi aku. Maybe nasi lemak famous kat tempat yang memang jual nasi lemak lagi sedap. Satu-satunya daya tarikan kat nasi lemak ni ialah sambal strawberry tu je. Rasa dia tak pedas sangat pastu ada manis-manis masam strawberry tu. Sapa sangka rasa tu sesuai dimakan dengan nasi lemak kan? Kalau nak extra pedas, makan sekali dengan sambal biasa tu. Cuma sambal strawberry tu sikit sangat. Tapi portion nasi dia banyak dan ayam goreng dia memang besar. Cuma ayam dia goreng bertepung, kalau buat goreng berempah maybe lagi sedap.

Portion nasi lemak tu boleh makan 2 orang kalau jenis tak kuat makan macam aku la..hehe


Secara total, keunikan nasi lemak ni hanya pada sambal strawberry tu je. Kalau sambal tu takde, maybe nasi lemak yang biasa aku beli kat tempat aku tu lagi sedap. Tapi kredit jugak kat owner sebab menjadi seorang yang inovatif dan menambahkan lagi variasi nasi lemak kat Malaysia ni. Cuma bagi aku, lepas dah rasa sekali, tak lah menjadikan ia sebagai menu wajib bila datang ke Cameron Highland.  Kalau datang lagi ke sini, maybe aku nak try western food atau pun mee kari dia pulak. Sebab adik ipar aku order mee kari. Aku rasa la sikit kuah mee kari tu macam sedap juga...hehe. Selain menu berat tu, ada juga pelbagai jenis dessert kat sini.


Kat belakang cafe ada menjual produk berasaskan strawberry..sambal strawberry tu pun ada jual

Kalau anda seorang food hunter yang suka mencuba makanan, bolehlah try nasi lemak sambal strawberry ni at least sekali. Sebabnya dia rare, bukan semua tempat ada jual. Even kat Cameron Highland ni pun bukan semua kedai ada. Untuk pengetahuan, 200 Seeds Cafe ni buka setiap hari, 8.00am - 8.00pm kalau tak silap. Kalau dia nak tutup dia akan bagitau kat page facebook, so sebelum datang better cek dululah kat fb dia, boleh cek kat sini. ( klik sini untuk baca )

Ni port untuk bergambar..hehe

Sekian.

#nasilemaksambalstrawberry
#akuinginkembaralagi

p/s: Diharap para pembaca dapat klik iklan yang dipaparkan sebagai tanda sokongan kepada penulisan blog ini. Terima kasih.
Aku juga baru buat channel di Youtube pada Julai 2020. Harap para pembaca boleh bantu dan support aku dengan klik butang like dan subscribe channel aku tu. Search Akmal Adli di youtube atau klik di sini
Terima kasih sekali lagi.


Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Travel Ke Hat Yai : 3 Hari 2 Malam

Nasi Kandar Deen Maju Jelutong

Laksa Lubuk Kuala Kangsar