Assalamualaikum...
Pasar malam ni adalah satu port yang aku suka pergi. Sebabnya ada banyak jenis barangan termasuklah makanan. So untuk entry kali ni, nak share sikit pasal pasar malam kat Cameron Highland. Pasar ni merupakan pasar malam paling sejuk di Malaysia. Ini merupakan kali pertama aku ke pasar malam Cameron Highland sejak dia tukar lokasi iaitu di Golden Hill, Tanah Rata. Dulu lokasinya kat Brinchang. So jom kita tengok apa yang ada jual kat sini, maybe boleh bagi gambaran sikit kat para pembaca blog ni.
Pasar malam ni start petang dalam pukul 3 tu dah ada yang mula berniaga sampai 10 malam. Pasar ni setiap hari jumaat & sabtu. Tapi kalau masa cuti sekolah memang ada setiap hari. Yang bestnya kali ni aku stay di Dreamscape Apartment, betul-betul berdepan dengan pasar malam ni. Kedai makan & kedai runcit pun banyak, semua walking distance je. Waktu petang selalu hujan, lagi la bertambah sejuk kat sini. Nasib baik hujan tak sampai ke malam. Jom tengok ada jual apa kat pasar malam ni. (klik gambar untuk imej yang lebih besar)
|
Pandangan dari balkoni apartment...betul-betul dekat pasar malam |
|
Arfa dibaluti selimut sebab takde sweater... |
|
Strawberry coklat memang banyak ada jual |
|
Walaupun macam tomato tapi dia sejenis pisang?? |
|
Cendarahati Cameron Highland pun banyak |
|
Bunga yang segar mewangi |
|
Ubi manis ni banyak betul kat sini..tempat lain yang aku jumpa kat Aeon Mall je ada jual |
|
Ni mercu tanda Cameron Highland la ni |
|
Kambing & ayam grill pun banyak orang jual |
|
Ni benda common la kan rangka ayam ni |
|
Produk hasil tempatan pun banyak especially yang berasaskan strawberry |
|
Ni antara favourite aku kalau datang Cameron ni |
|
Buah ni sebenarnya jambu batu yang dah direndam dengan pewarna dan dijerukkan...bukannya jambu epal ya |
|
celup tepung ada cendawan, brokoli & kim chan |
|
Buah limau pun banyak |
|
Jagung mutiara...tapi hati-hati sebab ada jagung biasa dari ipoh je |
|
Nasi goreng ayam berempah |
|
Ni rare jugak..madu dijual sekali dengan sarang... |
|
Sotong goreng tepung |
|
Aku beli green tea tu...sedap jugak walaupun tak sesedap kat Hat Yai |
|
Kambing grill lagi |
|
Walaupun kat tanah tinggi tapi banyak jual celup tepung udang, sotong n ketam |
|
Madu dalam botol pun ada |
|
Ni la suasana dalam studio apartment tu..kelengkapan dapur semua ada termasuk microwave |
|
Strawberry tu dapat harga RM15 untuk dua bekas..pastu coklat tu RM5 sebekas...murah la tu |
Secara jujur bagi aku pasar malam ni sama je macam pasar malam tempat lain. Yang lainnya ialah dari segi cuaca. Malam tu lepas hujan memang cecah 16 degree celcius tambah pulak ada angin-angin. Lepastu kat sini memang banyak jual strawberry dan jugak sayuran. Memang murah la tapi kena rajin tanya harga kat semua peniaga dulu pastu baru bandingkan mana yang murah.hehe..Kecewanya aku ialah nak mencari burger ayam grill macam Laparpo makan tu tapi takde pulak...Tapi memang best lah sebab tak berpeluh pun jalan kat pasar ni walaupun sesak dengan ramai orang. Kalau berlari pun tak berpeluh..huhuhu
Sekian...
#pasarmalamsejuk
#goldenhill
#akuinginkembaralagi
p/s: Diharap para pembaca dapat klik iklan yang dipaparkan sebagai tanda sokongan kepada penulisan blog ini. Terima kasih.
Aku juga baru buat channel di Youtube pada Julai 2020. Harap para pembaca boleh bantu dan support aku dengan klik butang like dan subscribe channel aku tu. Search Akmal Adli di youtube atau
klik di sini
Terima kasih sekali lagi.
Comments
Post a Comment