Jalan - Jalan Pasar Serikin, Sarawak

Assalamualaikum...

Entry kali ni adalah kesinambungan aku ke Sarawak dengan  rakan-rakan sekerja aku tempoh hari (klik sini untuk baca). So aku nak share lah pasal satu tempat menarik di Sarawak ni iaitu Pasar Serikin. Pasar ni terletak di daerah Bau dan hanya beroperasi pada hari sabtu dan ahad je. Tempat ni sebenarnya bersempadan dengan Indonesia, dan para peniaga kat sini pun majoriti orang Indonesia. But don't worry, masih boleh berbahasa melayu kat sini...hahaha.

Secara umumnya, pasar ni bagi aku lebih kurang macam pasar-pasar yang lain cuma kat sini banyak barangan dari Indonesia terutamanya kain batik dan kain sarung. Kedai makan pun tak banyak ada beberapa gerai je. Takde menu yang menarik untuk dicuba pun. Selain tu ada la jual produk sarawak macam lada hitam & beberapa jenis herba. Barang kraftangan pun banyak juga. Secara jujur aku datang ke Sarawak nak beli kek batik dan ikan terubuk masin tapi kat sini takde jual. So aku hanya beli lada hitam dan sehelai baju je kat sini untuk kenangan..tu pun bukan untuk aku, tapi untuk wife aku...huhu

So untuk entry kali ni aku tak nak menulis panjang, biar gambar yang berbicara. So korang boleh imagine lah suasana dan barang apa yang ada jual kat sini berdasarkan gambar. Best ke tak best? Jom scroll ke bawah tengok gambar-gambar yang sempat aku snap. So kalau ada yang berhasrat nak membeli-belah kat sini boleh la tau apa yang ada kat sini kan? Let's scroll down....(klik gambar untuk melihat imej yang lebih besar)


Kedai tikar dan karpet

Aku tengok je tak beli pun...hehe

Batik indonesia memang banyak




Kedai kain pasang
Keropok kering pun ada

Kedai pakaian jeans ada tapi tak banyak


Bantal kekabu
Kedai mesin pun ada...banyak jual mesin parut kelapa



Sotong kering pun ada walaupun jauh dari laut
Kedai Tshirt
cenderahati
Batik indonesia
Kraft tangan sarawak
Pelbagai jenis kerepek ada kat sini termasuk kerepek sukun
Kasut dan selipar
Kedai kraft tangan
Kedai telekung
Ikan kering pun ada...tapi ikan terubuk masin takde jual kat sini 

Mungkin kulit kambing kot??
Ni mesti tanaman pekebun kecil
Ni langsir bukan jala atau pukat ikan tau
Lada hitam sarawak
makanan ringan timbang kilo

Kedai pakaian
Pelbagai jenis rempah dan produk kering
Kedai mainan

Kedai pakaian jeans
Ni bahagian pasar basah...banyak jual hasil pertanian


Berdasarkan gambar-gambar ni, aku harap para pembaca yang nak datang sini boleh imagine lah apa yang ada kat Pasar Serikin ni. Bagi aku tempat ni sama macam kat Wang Kelian atau mana-mana bazar sempadan Malaysia - Thailand. Kalau nak cari barang rumah dan kain ok lah. Kalau macam aku ni dari semenanjung, beli barang kecik-kecik & sedikit cenderahati cukuplah. Pasar ni agak panjang juga, dan ada tandas awam disediakan. Barang makanan tak berapa banyak, kedai makan pun tak banyak sangat. Yang ada aku nampak pun jual bakso. So aku takdelah berminat nak makan..huhu. Sebagai kesimpulan, tempat ni menarik untuk dikunjungi dan tengok suasananya, tapi bagi aku barangannya tak berapa menarik untuk dibeli. Kalau orang perempuan ok lah boleh beli kain...hehehe

Sekian.

#travelsarawak
#pasarserikin
#akuinginkembaralagi

p/s: Diharap para pembaca dapat klik iklan yang dipaparkan sebagai tanda sokongan kepada penulisan blog ini. Terima kasih.
Aku juga baru buat channel di Youtube pada Julai 2020. Harap para pembaca boleh bantu dan support aku dengan klik butang like dan subscribe channel aku tu. Search Akmal Adli di youtube atau klik di sini
Terima kasih sekali lagi.


















































Comments

Popular posts from this blog

Travel Ke Hat Yai : 3 Hari 2 Malam

Nasi Kandar Deen Maju Jelutong

Laksa Lubuk Kuala Kangsar