Western Murah Taiping : Pendek Burger Corners

Assalamualaikum...

Dah lama takde entry makanan western kan? Maklum la makanan western ni biasanya mahal-mahal. Tapi ada satu port ni menu western dia boleh tahan murah jugak. Ha macam best je kan? Yelah sekarang ni kita memang nak cari makanan yang murah tapi sedap. Kalau mahal & sedap tu normal. Kalau mahal tapi tak sedap tu yang paranormal tu...hahaha. So, ke mana kita?

Bahagian depan ada stall tempat masak burger
Ok tempat ni terletak kat Taiping iaitu di Taman Sungai Emas, Taiping. Nama kedai dia Pendek Burger Corners. Bole waze tempat ni kalau nak senang. Dia terletak dalam taman perumahan dan memang meniaga depan rumah pun. Owner renovate sikit bahagian depan rumah then jadikan tempat makan. Kat sini menu yang ada ialah burger, western dan goreng-goreng.





banyak jugak menu dia kan? klik gambar untuk view lebih besar
So apa yang bestnya kedai ni? Bagi aku sebab harganya murah dan portion dia pun takdelah sikit sangat. Berbaloi dengan harga. Kali ni aku datang bawak wife & baby si Arfa tu..hehe. Aku telah mengorder Chicken Chop Meatball dan wife aku order set Burger Ayam Goreng. Untuk Arfa pulak minum susu botol je lah...hehehe.

Chicken Chop Meatball ni RM7.00
Set burger ayam goreng ni RM7.50
Dari segi rasa dia boleh tahan sedap dan portion dia besar jugak. Menu aku tu cuma RM7.00 je. Set burger ayam goreng ala chicken mc deluxe pulak cuma RM7.50, tapi dia pakai bun burger biasa tu je la. Murah la tu kan? Ok la bagi family yang kurang berkemampuan, tapi dia nak bawak anak-anak dia 4 orang makan western boleh la merasa. Macam aku yang layak menerima BRIM ni pun dapat la jugak nak makan western ni...hehe. Untuk menu aku, ayam dia takdelah besar sangat, lepas tu ada meatball 5 biji, fries dan coleslaw. Kenyang la juga. So makan 2 orang sekali air tak sampai RM20 pun. Tapi kalau nak kenyang melampau ada je menu yang harga atas RM10, tapi still berbaloi la.

Dua menu ni dengan air tak sampai RM20.00 pun...murah la tu kan??
Ok la portion dia macam ni kan...
So kalau korang datang Taiping, nak makan western tapi bajet lari sebab banyak sangat port makan best boleh la cuba makan kat kedai ni. Boleh tengok FB dia taip je Pendek Burger Corners atau guna waze. Kalau cari signboard memang tak jumpa la sebab dalam taman perumahan. Abang yang buat burger tu pun sangat peramah dan terima kasih kat adik yang ambik order sebab tolong payungkan Arfa masuk kereta sebab hujan. Semoga perniagaan anda success!!

Sekian.

#westernmurahtaiping
#pendekburgercorners
#akuinginkembaralagi

p/s: Diharap para pembaca dapat klik iklan yang dipaparkan sebagai tanda sokongan kepada penulisan blog ini. Terima kasih.
Aku juga baru buat channel di Youtube pada Julai 2020. Harap para pembaca boleh bantu dan support aku dengan klik butang like dan subscribe channel aku tu. Search Akmal Adli di youtube atau klik di sini
Terima kasih sekali lagi.


Comments

Popular posts from this blog

Travel Ke Hat Yai : 3 Hari 2 Malam

Nasi Kandar Deen Maju Jelutong

Laksa Lubuk Kuala Kangsar