Empire Sushi : Makanan Jepun Murah??

Assalamualaikum...

Entry kali ni berbeza sikit sebab selalunya aku try local food je kan...So kali ni aku telah mencubakan diri untuk makan makanan jepun. Aku sebenarnya tak minat pun sebab nampak macam pelik je...makanan jepun yang aku selalu makan pun takoyaki je kat pasar malam...hahaha...

So, disebabkan wife aku nak sangat makan dan aku tengok food review kedai family mart by Ketchup Makan tu, aku pun pergi la ke Aeon Mall Taiping untuk makan kat Empire Sushi. Ha restoran ni tengah naik jugak sekarang ni. Dulu yang feymes of coz la Sushi King. Jom tengok apa yang aku makan.

Semua ni harganya 20 ringgit lebih...murah ke mahal??
Empire sushi ni restoran dia simple je, air pun ada jual air botol je. Lepas tu makanan dia semua da ready made, korang boleh pilih je nak yang mana. Banyak jugak pilihan sushi kat sini. Harga dia agak murah jugak, wife aku pun kata murah dari Sushi King. Aku tak tau la sebab tak penah pun makan. So wife aku pun ambik la beberapa jenis sushi. Lepas tu kat sini ada jugak Oden Food iaitu makanan celup-celup macam yong tau fu tu. Tapi kat sini makan dengan kuah tomyam. Sedap jugak la tomyam dia walaupun tak sesedap tomyam kat Hatyai...hehehe. Pilihan cucuk-cucuk ni tak berapa banyak tapi boleh la...

Aku tak tau namanya..semua wife aku yang pilih...hehe
Untuk makan sushi ni ada beberapa jenis cicah tapi kena tambah duit la seringgit lebih je. Wife aku pun ambik kicap masin & wasabi. Jadi apakah rasanya? Dalam banyak-banyak tu yang aku suka yang perisa takoyaki je, walaupun ada nasi dalamnya. Yang lain tu tak berapa sesuai dengan tekak aku ni, tambah pulak kalau cicah dengan wasabi tu...perghh...pedas dia lain macam, tak macam pedas sambal belacan..huhuhu

banyak jugak pilihan..mostly harga bawah RM3.00

Tengok sushi ni colourful dan menyelerakan je kan....

Ni la Oden tu...tak sebanyak pilihan yong tau fu

Oden ni pun bawah RM3.00 jugak..
Secara keseluruhan, sushi ni bukan la makanan favourite aku, tapi kalau orang yang suka makan sushi ni maybe Empire Sushi ni satu option yang best la, sebab kedai dia simple je & cepat sebab makanan dia dah ready made. Cuma bagi aku kalau ada open house lepas tu dia hidang sushi dengan ayam goreng, aku akan ambik sushi seketul lepastu ayam goreng 4 ketul..hahaha. Ni la bukti aku tak mudah terpengaruh dengan budaya luar...hahaha

Sekian...

#internationalfood
#japanesefoodinmalaysia
#tautausampai
#akuinginkembaralagi

p/s: Diharap para pembaca dapat klik iklan yang dipaparkan sebagai tanda sokongan kepada penulisan blog ini. Terima kasih.
Aku juga baru buat channel di Youtube pada Julai 2020. Harap para pembaca boleh bantu dan support aku dengan klik butang like dan subscribe channel aku tu. Search Akmal Adli di youtube atau klik di sini
Terima kasih sekali lagi.





Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Travel Ke Hat Yai : 3 Hari 2 Malam

Nasi Kandar Deen Maju Jelutong

Laksa Lubuk Kuala Kangsar