Sarapan Popular Di Ipoh : Telur Goyang Dataran Dato Sagor

Assalamualaikum...

Entry kali ini nak share pasal port sarapan yang famous kat Ipoh. Sebenarnya aku ke sini sebab nak bawak one of my best friend masa study dulu iaitu Liyana (bukan nama sebenar). Dia datang Ipoh sebab nak melawat anak aku, Nur Arfa Zulaika..hehe. So aku dengan wife pun decide nak bawak dia ke Dataran Dato Sagor, Ipoh. So apa yang bestnya kat sini nih??

Liyana, Jimmy & Kareef
Dataran Dato Sagor ni terletak betul-betul sebelah masjid negeri, berdekatan dengan mahkamah & stesen KTM Ipoh. So area sini memang cantik la bangunan dia memang design zaman colonial dulu. Pastu kat sini ada jugak tower clock yang di bina sebagai tugu peringatan J.W.W Birch. Nak tangkap gambar kat sini memang cantiklah. Gelaran bagi kawasan ni ialah Jejak Warisan Ipoh @ Ipoh Heritage Trail. Kat sini jugak ada sebaris food court yang menyediakan pelbagai jenis makanan. Yang berniaga kat sini ada Melayu, Cina & India juga.

amaisidious.blogspot.com
Ni namanya family Unisel sebab semua ni student Unisel...hahaha
Untuk sarapan, yang famous kat sini ialah telur goyang. Ha benda ni simple je tapi bukan semua kedai ada jual kan? Mostly kedai cina je ada. Kat sini pun yang jualnya Cina juga tapi insyaAllah bersih dan halal. So aku n Yana order telur goyang, wife aku order roti bakar & husband Yana order nasi goreng udang. Kat sini ada banyak gerai, tapi boleh je nak duduk kat meja mana-mana. Pastu order je kat gerai & bayar terus kalau nak senang.

Ni la dia telur goyang, nasi goreng udang yang ada lala, dan roti bakar

Sesuai la makan sarapan kan...hehe
Cantik je dia masak telur tu...kuning tu yang sedap tu..
Aku first time makan telur goyang ni, dia telur yang separuh masak tu tapi hidang bersama roti bakar. Nak berperisa sikit tuang pepper & kicap masin. Bagi aku ok la sedap jugak cuma maybe aku tuang kicap banyak sangat, so agak masin. Masa pecahkan kuning telur tu memang cantik je kuning dia..hahaha... So bagi aku kalau korang datang ke Ipoh Heritage Trail ni, boleh sarapan dulu pekena telur goyang ni sebab dia light je tak macam makan nasi, tapi boleh membekalkan tenaga untuk korang berjalan, explore & tangkap gambar kat area sini..hehe

Ipoh Heritage Trail @ Jejak Warisan Ipoh
Lepas sarapan kat sini, aku ada 1 port lagi aku pergi, tapi aku sambung kat entry lain la ye...hehe

Sekian.

#ipohmali
#sarapandimana
#akuinginkembaralagi

p/s: Diharap para pembaca dapat klik iklan yang dipaparkan sebagai tanda sokongan kepada penulisan blog ini. Terima kasih.
Aku juga baru buat channel di Youtube pada Julai 2020. Harap para pembaca boleh bantu dan support aku dengan klik butang like dan subscribe channel aku tu. Search Akmal Adli di youtube atau klik di sini
Terima kasih sekali lagi.




Comments

Popular posts from this blog

Travel Ke Hat Yai : 3 Hari 2 Malam

Nasi Kandar Deen Maju Jelutong

Laksa Lubuk Kuala Kangsar