Nasi Kandar Ali Parit Buntar

Assalamualaikum...

Sekarang ni musim hujan jadi aktiviti outdoor agak terhad. Namun, akibat terlalu banyak menonton food review dari Ketchup Makan, Laparpo dan juga Padu Beb, ia telah menaikkan semangat untuk mencari makanan yang mampu di repeat berkali-kali.

Ni la kedainya..walaupun hujan aku tangkap jugak gambar signboard kedai ni..hehe
Walaupun hujan ku redah jua sebab naik kereta, so takde hal sangat la kan..hehe. Berdasarkan penyiasatan, so aku nak cuba satu restoran yang popular di Parit Buntar iaitu Restoran Nasi Kandar Ali. Orang kata kat sini memang orang akan beratur panjang. Bagi aku kalau dah sampai beratur tu kira sedap la kan? Tu la nak cuba tu.

Hari hujan pun orang beratur macam ni..kalau tak hujan? meja semua penuh pulak tu
Restoran ni terletak sebaris dengan Bank Islam, boleh waze kalau nak senang. Aku sampai dekat-dekat pukul 9 malam. Memang orang tengah beratur pun walaupun hujan, teruja betul aku tengok sebab mesti padu ni kan. Lepas cari parking aku pun beratur tapi tak lama sangat ada la dalam 20 minit. Aku tengok banyak jugak lauk dia. Ada yang dalam tray, ada juga yang dalam periuk.

Banyak jugak lauk dia, tapi mostly kari dan ada kari ikan keli kat sini.
Disebabkan takde tempat nak duduk sebab penuh so aku pun bungkus je la. Aku minta nasi kuah campur, ayam goreng, telur masin & sayur bendi. Ni kira lauk paling common la kan. Harganya RM7.00. Lauk kat sini lebih kurang sama macam nasi kandar lain, cuma kat sini ada kari ikan keli dan yang aku perasan kat sini takde ayam masak kicap. So basically semua kari, ada la ayam masak macam rendang & ayam masak merah kot, aku pun tak pasti.

Ni ayam yang nampak macam rendang, kambing pun ada

Udang kat sini saiz biasa je

Ni sotong goreng tepung
So, sedap ke tak? To be honest, nasi kandar ni tak memenuhi expectation aku. Kuah dia agak cair dan kurang rasa rempah dan takde rasa pedas rempah pun. Lepas tu kuah pun walaupun campur tapi still kari je semua. Ayam goreng dia dah sedap dah, maybe sebab panas lagi kan. Adakah sebab aku beli bungkus? Takkan la sebab penah juga aku beli nasi kandar lain tu bungkus but still sedap.

Walaupun kuah campur tapi semua kari dan kurang berempah..belum sampai level padu lagi
So bagi aku nasi kandar kat sini biasa je, bukan la tak sedap cuma belum sampai level padu lagi. Jadi ramai orang beratur tu bukanlah kayu ukur yang valid..hahaha. Maybe sebab tak banyak kedai nasi kandar yang sediakan lauk panas-panas waktu malam kat sini, sebab tu ramai orang kot. Ni yang membuatkan aku nak pergi Penang jugak nih...hehehe

Sekian.
#nasikandarberatur
#biasabiasaje
#bismillahfirst
#tautausampai
#akuinginkembaralagi

p/s: Diharap para pembaca dapat klik iklan yang dipaparkan sebagai tanda sokongan kepada penulisan blog ini. Terima kasih.
Aku juga baru buat channel di Youtube pada Julai 2020. Harap para pembaca boleh bantu dan support aku dengan klik butang like dan subscribe channel aku tu. Search Akmal Adli di youtube atau klik di sini
Terima kasih sekali lagi.


Comments

  1. Patut cuba ayam madu dia dgn ikan keli madu tu. Ikan keli madu jarang ada kat kedai nasi kandar lain, even kat Penang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ok lain kali sy cuba...sebab biasanya makan nasi kandar mmg dgn ayam goreng kuah campur aje

      Delete
  2. Dan try cuba ayam rendang tu bte tu bukan ayam rendang lahh๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚itu ayam pedass sumpahhh sedapppp

    ReplyDelete
  3. Kurma kambing dia sedap...malam ni nk p hahhahaa

    ReplyDelete
  4. X nak review nasi kandar haleem dkt pekaka ke

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Travel Ke Hat Yai : 3 Hari 2 Malam

Nasi Kandar Deen Maju Jelutong

Laksa Lubuk Kuala Kangsar