Sisters Crispy Popiah : Popiah Basah Yang Crispy??

Assalamualaikum..

Berdasarkan tajuk entry kali ni boleh brain tak popia basah tapi crispy? hahaha. Baru-baru ni aku telah ke Kuala Lumpur sebab ada urusan. Lepas dah settle aku pun telah memergikan diri ke food court Sogo. Sebenarnya wife aku yang nak pergi sebab dia nak makan popia ni lah. Popia ni kiteorang dah pernah makan dulu, dan harga dia dulu murah la jugak..sekarang ni biasalah kan yang turun cuma hujan je, harga semua naik..hahaha

ni lambang kiosk ni..dulu dia stall sekarang kiosk je murah sikit sewa kot
Naik je ke food court Sogo, pusing-pusing mencari kedai popia ni sebab dulu stall dia kat area lain, sekarang dah tukar jadi kiosk je. Kalau cari memang akan jumpa lah Sisters Crispy Popiah ni. Apa yang best dengan popia ni? Aku rasa sebab saiz dia yang besar dan isi dalam dia ada something yang crispy. Berapa harga popia ni? Harga dia untuk popia standard ialah RM4.30 seketul. Tu dia harga popia ni la yang paling mahal aku beli setakat ni...hahaha. Tapi kalau beli banyak dia makin murah & ada set combo jugak.


Yang dalam bekas besar tu maybe lobak putih jeruk..tapi aku agak je la..hehe
Sisters Crispy Popiah ni boleh tahan famous dan ada kat mall besar je. Kat sini bukan ada popia biasa je, ada juga bermacam jenis filling lagi tapi harga dia lagi up la kan. Untuk yang standard ni pun kalau beli 2 ketul dah kenyang. Dia akan potong kepada 5 bahagian. Tapi popia ni dia tak sapu sos kat bahagian luar dia dan inti dia agak kering. Kalau beli popia ni dia akan bagi 1 set chopstick dan boleh mintak extra. Maybe chopstick ni la yang buat harga popia tu mahal..hahaha

Ni antara menu yang ada...chopstick tu boleh minta extra untuk simpan kat rumah.
Jadi popia dengan harga yang setanding nasi ayam ni sedap ke tak? Bagi orang yang minat popia basah mungkin sedap la. Tambah pulak dia dah pelbagaikan jenis filling tu, nak inti ayam & daging pun ada. Sediakan je duit...hehehe. Bagi aku yang bukan peminat popia ni kira boleh tahan la rasa dia. Tapi isi dia tu padat dengan sayuran dan juga campuran crispy filling macam udang kering, hirisan tauhu dan kekacang ala-ala kriuk kriuk mee goreng segera jenama Mee Sedap tu...

share je lah sebab harga pun macam harga ayam tandoori..hehe
Jadi kalau korang nak rasa kelainan popia dengan rasa yang lebih urban boleh la try popia ni kat food court Sogo. Tapi harga dia pun level urban jugak lah. Nak tau kat mana lagi ada cawangan popia ni boleh klik di sini untuk ke website Sisters Crispy Popiah ni. Sesekali cuba apa salahnya kan...


Sekian.

#urbanstreetfood
#popiahbasahtapicrispy
#akuinginkembaralagi

p/s: Diharap para pembaca dapat klik iklan yang dipaparkan sebagai tanda sokongan kepada penulisan blog ini. Terima kasih.
Aku juga baru buat channel di Youtube pada Julai 2020. Harap para pembaca boleh bantu dan support aku dengan klik butang like dan subscribe channel aku tu. Search Akmal Adli di youtube atau klik di sini
Terima kasih sekali lagi.



Comments

Popular posts from this blog

Travel Ke Hat Yai : 3 Hari 2 Malam

Nasi Kandar Deen Maju Jelutong

Laksa Lubuk Kuala Kangsar