Ais Kepal Plan B Ipoh

Assalamualaikum...

Entry kali ni sebenarnya kesinambungan untuk entry Sarapan Telur Goyang Dataran Dato Sagor tempohari. Lepas breakfast tu, wife aku bawak Yana ke satu tempat hipster famous kat Ipoh iaitu Plan B. Tempat ni tak jauh pun dari Dataran Dato Sagor tu. Kena melintas jalan sikit je. Plan B ni ramai orang datang untuk sesi fotografi sebab area ni nampak klasik & unik. Kadang-kadang kalau sekali pandang nampak macam apa je, tapi bila tangkap gambar jadi cantik...hahaha

ni adalah contoh gambar yang smart..hehe
So apa yang bestnya kat sini? Plan B ni ada banyak tempat-tempat hipster sebenarnya. Tapi majoriti shoplot kat sini run by chinese lah. Tapi belum sampai tahap nak jadi China Town lagi lah macam Petaling Street tu. Kat sini selain bergambar dan tengok barang-barang cenderahati, kiteorang telah singgah di kedai yang menjual ais kepal. Nama kedai tu ialah Bits & Bobs. Ais kepal ni satu benda yang klasik la kan, tapi setelah di'hipster'kan, harganya mahal jugak. Yana yang nak try, aku tak nak pun tapi Jimmy telah pun membelanja diriku untuk makan ais kepal ni...hehehe


kecik je kedai dia 

bahagian depan kedai
Ada banyak pilihan flavour kat sini, yang aku punya ni tak tau flavour apa sebab Yana yang beli. Nampak macam kecik tapi jenuh juga nak habiskan. Then, kalau makan ais kepal ni tak boleh la nak santai sangat sebab dia balut dengan kertas minyak je. Kalau lambat nanti ais tu mencair,susah pulak nak minum dari kertas tu. Kat depan kedai ni ada la disediakan tempat duduk untuk menikmati ais kepal ni. Kat sini bukan ada ais kepal je, ada juga ais potong dan ais krim.

menu yang ada kat sini


kalau dia pakai mesin yang pusing pakai tangan tu lagi klasik aku rasa
Lepas dah settle ais kepal, kiteorang pun berjalanlah menyelusuri lorong di plan B ni untuk cari spot bergambar. Tak dinafikan memang cantik. Tak hairan lah kalau tempat ni jadi tumpuan para pengantin baru untuk sesi outdoor photoshoot. Tapi masa aku kahwin dulu wife aku tak nak pergi sini sebab dah macam biasa sangat tempat ni. So kiteorang bergambar kat sekolah dia dan cafe hipster kawan dia je. Nasiblah free je...hahaha. By the way kalau korang nak buat sesi photoshoot kat Plan B ni kenalah contact manager dia dulu. Kalau sambil jalan-jalan tangkap gambar pakai handset je takpelah.hehe

ni la dia ais kepal yang telah di hipsterkan




ni gambar Arfa bersama bebiri yang memutih..tapi dia tidur pulak

Sekian.


#hipsteripoh
#asalhipsterjemahal
#akuinginkembaralagi

p/s: Diharap para pembaca dapat klik iklan yang dipaparkan sebagai tanda sokongan kepada penulisan blog ini. Terima kasih.
Aku juga baru buat channel di Youtube pada Julai 2020. Harap para pembaca boleh bantu dan support aku dengan klik butang like dan subscribe channel aku tu. Search Akmal Adli di youtube atau klik di sini
Terima kasih sekali lagi.


Comments

Popular posts from this blog

Travel Ke Hat Yai : 3 Hari 2 Malam

Nasi Kandar Deen Maju Jelutong

Laksa Lubuk Kuala Kangsar