Nasi Katok Ayam Bumbu Cabe

Assalamualaikum...

Ha rare tak nama makanan ni? Sebenarnya ini menu Indonesia dan aku makan pulak dekat Sarawak. Hehe. Aku pergi ni pun sebab trip company, merasa jugak aku & rakan-rakan sekerja melangkaui Laut China Selatan. Dalam pukul 3.00 petang, kiteorang pun sampai di airport Sarawak. Time tu bas dah tunggu untuk bawak kiteorang ke Sarawak Waterfront. Lebih kurang 40 minit jugak nak sampai. Kiteorang diberi masa dalam 2 jam untuk jalan-jalan kat sini.

Menunggu lebih dari 6 jam sebelum dapat naik flight.
Tempat pertama yang kiteorang cari ialah kedai makan. Nampaknya ada mall kat area sini, namanya Plaza Merdeka. So kiteorang pun makan kat foodcourt walaupun ada je restoran fast food. Pusing-pusing tengok menu mencari kelainan, maka aku dan beberapa orang kawan telah mengorder nasi yang agak unik. Namanya Nasi Katok Ayam Bumbu Cabe. Ha rare kan? Sebenarnya ni stall makanan Indonesia. Nasi ni macam ayam penyet je sebenarnya, ada ayam goreng berserta sambal, sambal hijau, timun, sejenis daun yang digoreng tepung dan tempe goreng. Daun goreng tepung tu aku tak tau daun apa,tapi macam pernah makan je. Cuma nasinya agak kehijaun dan macam dimasak dengan sayuran yang dah dipotong halus. Macam nasi ulam pun ada. Rasanya? Boleh tahan sedap juga. Cuma sambal dia tak pedas seperti yang disangka. Kalau ada sup kosong maybe boleh lagi sedap. Kalau orang suka makan sayur atau ulam suka la makanan macam ni. Kalau jenis tak makan sayur tu memang susah nak makan sebab nasi tu pun dah siap di masak bersama sayuran yang aku tak tau sayur apa. Tak sempat nak interview cashier tu.hahaha

Menu yang ada bermula RM6.90 hingga RM23.00

Pelbagai jenis nasi

Ni lah dia Nasi Katok Ayam Bumbu Cabe tu
Selain ayam goreng, ada juga ayam bakar dan juga ikan terbang. Dahsyat betul kan? Sebenarnya tu ikan talapia merah goreng je. Ada juga beberapa jenis nasi kat sini yang aku tak tau cemana iaitu nasi tutuq, nasi liwet, nasi pelangi dan nasi timbel. Hahaha. Air pulak kat foodcourt ni agak mahal. Maybe sebab ada 1 stall je jual air. Aku order air teh bunga je pun, dah dekat RM3.00. Dah la dalam cawan plastik pasar malam tu je. Kalau aku tau baik beli air kotak je.


Berjalan dari mall ke waterfront
Lepas tu baru jalan-jalan di Waterfront tu. Apa yang ada? Kat situ ada aktiviti naik river cruise untuk tengok pemandangan sekitar Sungai Sarawak ni. Boleh juga jalan kaki atau naik Jambatan Darul Hana. Jambatan ni betul-betul kat depan Dewan Undangan Negeri Sarawak. Bangunan ni cantik juga binaan dia. Orang kata kat area sini boleh beli cenderamata dan juga kek lapis. Tapi aku tak jumpa pulak. Maybe tak explore keseluruhan, sebab 2 jam je masa. Nak makan, solat & tangkap gambar lagi. Mana sempat!! Sebelum naik bas untuk ke hotel, aku sempat membeli kebab yang berharga RM5.00. Yang aku beli ni kebab campur ayam & daging. Tapi kebab kat sini pendek je, roti dia pun agak petak. Nasib baik isinya banyak, puas hati la juga. Cuma sos dia aku rasa kurang masyuk sikit. Kalau dia guna sos yang aku dah biasa makan kat semenanjung  maybe akan lebih sedap.hehehe

Dewan Undangan Negeri Sarawak

Bawah Jambatan Darul Hana


Berehat sebab kenyang bukan sebab penat..hehe
Kalau ada bajet lebih boleh naik river cruise
Kiteorang stay kat Damai Beach Resort, betul - betul tepi pantai. Cantik juga pantai ni dan ada air terjun yang mengalir dari Gunung Santubong terus masuk ke Pantai Damai ni. Satu pemandangan yang unik kan? Nak tau lagi ke mana aku & rakan-rakan pergi? tunggulah entry yang seterusnya. Saja je aku pecahkan supaya banyak entry...hehehe
Pantai Damai


Air terjun ni terus masuk ke laut

Di sebalik tabir sebuah gambar yang nice

Ini adalah gambar masa sarapan di hotel...hehe
Sekian.

#jalanjalansarawak
#tripcompany
#akuinginkembaralagi

p/s: Diharap para pembaca dapat klik iklan yang dipaparkan sebagai tanda sokongan kepada penulisan blog ini. Terima kasih.
Aku juga baru buat channel di Youtube pada Julai 2020. Harap para pembaca boleh bantu dan support aku dengan klik butang like dan subscribe channel aku tu. Search Akmal Adli di youtube atau klik di sini
Terima kasih sekali lagi.


Comments

Popular posts from this blog

Travel Ke Hat Yai : 3 Hari 2 Malam

Nasi Kandar Deen Maju Jelutong

Laksa Lubuk Kuala Kangsar