Posts

Tempat Makan Popular Gerik - Restoran Ikan Bakar KEBUN

Image
 Hi, Assalamualikum, rasa lama betul tak update, semenjak musim-musim Covid ni, jarang lah sikit nak berjalan. Tapi sebab memang aku suka berjalan maka untuk mengakhiri tahun 2020 yang penuh cabaran ini, aku dengan wife aku decide untuk bercuti dengan tema ‘Eco-tourism’. Musim Covid pun tak habis lagi, jadi kami tak mahu lah tempat yang famous & ramai orang, tambah aku ada anak kecil. Percutian kali ini juga aku bawa parents mertua aku, jadi golongan vulnerable ni kita kena lah jaga.  Pada kali ini, destinasi yang kami pilih adalah Gerik, Perak. Ha ada ke benda menarik dekat Gerik ni? Kalau nak tahu, Gerik ni terletak di dalam daerah Hulu Perak, daerah terbesar dalam negeri Perak. Banyak benda menarik sebenarnya di Gerik ini, Kalau dari Ipoh hanya mengambil masa dalam satu jam setengah ke dua jam, ikut speed masing-masing lah.hahaha.  parking yang luas Port pertama yang aku nak suggest adalah kedai untuk makan tengahari. Siapa yang teringin nak makan-makan dengan pilihan lauk y

Nasi Kandar Ketegaq Sungai Petani

Image
Assalamualaikum... Lama benar rasanya tak update blog ni. Nasib baik ingat lagi yang aku memiliki sebuah blog..hahaha (hambar kan?) Ok lah untuk entry kali ni aku nak share pasal satu makanan famous orang utara iaitu nasi kandar. Tapi kali ni bukan kat Penang tapi kat Sungai Petani, Kedah dan aku telah pergi ke sebuah restoran iaitu Restoran Nasi Kandar Ketegaq. So apa yang menarik dan lainnya nasi kandar kat sini? ni la kedainya warna kuning Untuk pengetahuan, nasi kandar kat Kedah ni famous dengan nasi kandar citarasa melayu. Konsepnya masih sama iaitu nasi yang dicampur dengan pelbagai kuah cuma rasa dia sedikit berbeza. Perbezaaan paling ketara ialah nasinya berwarna kuning. Sekali tengok memang cantik dan menyelerakan.hehe antara lauk yang ada kat sini Bagi aku warna kuning nasi tu tak memberi efek kepada rasa pun, maybe sekadar warna untuk menarik perhatian aje. Kat sini ada pelbagai jenis lauk dan antara lauk yang di recommend oleh warganet ialah dia punya soto

Restoran Ramly Burger Setaraf Jenama Antarabangsa

Image
Assalamaualaikum... Entry kali ni aku nak share pengalaman makan di fast food milik bumiputera iaitu Restoran Ramly Burger. Kali ni aku singgah di RnR Semanggol. Restoran Ramly Burger ni tak banyak sangat, kebanyakannya ada di Lembah Kelang dan juga hentian RnR lebuhraya lah. Siapa yang tak kenal jenama Ramly ni kan? Tapi untuk restoran ni maybe ramai yang belum cuba. So apa yang ada kat sini? ni dekat RnR Semanggol arah selatan Konsep restoran ni lebih kurang sama dengan fast food yang lain. Order di kaunter, bayar dan ambil makanan. Cuma ada beberapa menu yang akan dihantar ke meja pelanggan. Menu apa yang ada kat sini? Semestinya burger, fries dan nugget tapi ada juga menu lain macam chicken chop, lamb chop dan menu nasi. Menu ni boleh pilih ala carte atau pun set. kaunter sama macam kat fast food lain Jadi aku telah mencuba beberapa menu iaitu burger daging, burger oblong ayam, burger ikan, fries, cheezy wedges, dan juga nasi serai untuk Arfa. Untuk burger, harganya s

Mr Steak House Ipoh : Kedai Western Ipoh Yang Ada Steak Premium

Image
Assalamualaikum... Hai gais..rasa macam lama tak update blog, banyak kerja lah pulak awal tahun ni..hehe. Walaupun sibuk tapi hobi makan-makan masih diteruskan... So untuk kali ni aku nak share satu restoran western yang famous jugak kat Ipoh ni, namanya Mr Steak House. Berdasarkan nama tu mesti korang dah tau apa menu dia kan? Tapi apa yang ada kat sini lebih dari jangkaan aku. ni la restorannya..boleh waze lokasi tak jauh dari kem askar Aku ingatkan kat sini menu dia ada western je, rupanya ada juga set nasi, burger, pizza dan yang special adalah daging premium macam daging wagyu tu. Tapi tak taulah gred berapa cuma harga dia ikut set, bukan ikut berat. paling mahal ialah wagyu tomahawk RM179 ni menu set nasi ni menu burger & pizza Tapi sebabkan aku level marhaen, aku tak orderlah yang premium tu...hahaha..InsyaAllah ada rezeki lebih nanti aku cuba. So kat sini aku telah mengorder steak combo dan juga  set nasi ikan keli. Steak combo ni ada daging lembu,

Ikan Bakar Tanjung Dawai : Warung Mak Njang Ikan Bakar Warisan

Image
Assalamualaikum.... Hai gais..Pernah dengar nama Tanjung Dawai? Mungkin tak sepopular Pantai Merdeka sebab ada jadi tajuk lagu kumpulan Jinbara iaitu Cinta Pantai Merdeka...hehe. Sebenarnya Tanjung Dawai ni dekat je dengan Pantai Merdeka tu kalau naik bot. Macam menyeberang sungai aje. So, apa yang ada kat sini? ni la kedainya meja ada banyak dan luas Tanjung Dawai ni area Sungai Petani, dan kawasan laut la sebenarnya. Kalau nak dapatkan hasil laut macam ikan kering, ikan bilis dan lain-lain boleh lah datang ke sini. Selain tu yang popular kat sini ialah ikan bakar lah apa lagi. ada pondok juga untuk makan belakang tu laut Ada banyak pilihan kedai makan sebenarnya, tapi kali ni aku singgah di Warung Mak Njang Ikan Bakar Warisan. Boleh tahan popular juga kedai ni. Lokasi dia tepi jalan aje dan belakangnya laut. Kedai ni agak besar dan banyak meja, jadi sesuailah kalau datang dengan family yang ramai. Cuma kalau time ramai orang jadi sesak juga. ada ketam, sotong