Mr Steak House Ipoh : Kedai Western Ipoh Yang Ada Steak Premium

Assalamualaikum...

Hai gais..rasa macam lama tak update blog, banyak kerja lah pulak awal tahun ni..hehe. Walaupun sibuk tapi hobi makan-makan masih diteruskan...

So untuk kali ni aku nak share satu restoran western yang famous jugak kat Ipoh ni, namanya Mr Steak House. Berdasarkan nama tu mesti korang dah tau apa menu dia kan? Tapi apa yang ada kat sini lebih dari jangkaan aku.

ni la restorannya..boleh waze lokasi tak jauh dari kem askar
Aku ingatkan kat sini menu dia ada western je, rupanya ada juga set nasi, burger, pizza dan yang special adalah daging premium macam daging wagyu tu. Tapi tak taulah gred berapa cuma harga dia ikut set, bukan ikut berat.

paling mahal ialah wagyu tomahawk RM179

ni menu set nasi

ni menu burger & pizza
Tapi sebabkan aku level marhaen, aku tak orderlah yang premium tu...hahaha..InsyaAllah ada rezeki lebih nanti aku cuba. So kat sini aku telah mengorder steak combo dan juga  set nasi ikan keli. Steak combo ni ada daging lembu, ayam, onion ring, wedges, potato bun dan juga coleslaw. Set nasi mula-mula nak ikan bawal tapi habis pulak. Untuk set ikan keli ni dapat ikan 2 ekor, sup, sambal merah dan hijau, hirisan telur dadar dan timun. Banyak lagi set nasi ni ada udang, sotong, daging, puyuh, talapia dan macam-macam lagi lah.

nampak macam medium well kan daging tu?hehe

ayam tu pun besar jugak



Untuk steak, daging dia boleh tahan tebal tapi still lembut. Tak susah nak kunyah. Cara masak daging ni aku rasa level medium well tapi tak nampak sangat sebab dibanjiri kuah black pepper yang sedap. Daging ayam pulak macam chicken cop tu tapi boleh tahan besar dan tebal. Side dish tu biasalah tapi bagi aku kuah dia memang ngam dengan rasa marinate daging tu. Yang aku order ni ada cheese so hilang sikitlah rasa black pepper tu. Tapi memang puas hati berbaloi dengan harga dia.

ni set nasi ikan keli

ada 2 jenis sambal tapi aku lagi suka yang merah
Untuk set nasi pulak, aku suka sambal merah dia. Sambal hijau sedap juga tapi yang merah tu lagi kuat rasa dia dan tak pedas sangat. Ikan keli pulak dapat 2 ekor memang puas hati kalau makan sorang. Panas-panas pulak kan. Aku tengok ramai jugak yang datang sini makan set nasi ni.

macam ni la suasana restoran ni
Bagi aku tempat ni ok la suasana dia pun tak sesak sangat sebab ruang besar dan susunan meja tak rapat sangat. Makanan pun sedap dan banyak pilihan. No wonder la restoran ni jadi pilihan rancangan Jalan-Jalan Cari Makan TV3. So sapa yang datang Ipoh boleh lah cuba makan kat sini. Kalau banyak duit bolehlah cuba wagyu tomahawk tu..hehehe



Sekian.

p/s: Diharap para pembaca dapat klik iklan yang dipaparkan sebagai tanda sokongan kepada penulisan blog ini. Terima kasih. 
Aku juga baru buat channel di Youtube pada Julai 2020. Harap para pembaca boleh bantu dan support aku dengan klik butang like dan subscribe channel aku tu. Search Akmal Adli di youtube atau klik di sini
Terima kasih sekali lagi.


Comments

Popular posts from this blog

Travel Ke Hat Yai : 3 Hari 2 Malam

Nasi Kandar Deen Maju Jelutong

Laksa Lubuk Kuala Kangsar