Restoran Ramly Burger Setaraf Jenama Antarabangsa

Assalamaualaikum...

Entry kali ni aku nak share pengalaman makan di fast food milik bumiputera iaitu Restoran Ramly Burger. Kali ni aku singgah di RnR Semanggol. Restoran Ramly Burger ni tak banyak sangat, kebanyakannya ada di Lembah Kelang dan juga hentian RnR lebuhraya lah. Siapa yang tak kenal jenama Ramly ni kan? Tapi untuk restoran ni maybe ramai yang belum cuba. So apa yang ada kat sini?

ni dekat RnR Semanggol arah selatan
Konsep restoran ni lebih kurang sama dengan fast food yang lain. Order di kaunter, bayar dan ambil makanan. Cuma ada beberapa menu yang akan dihantar ke meja pelanggan. Menu apa yang ada kat sini? Semestinya burger, fries dan nugget tapi ada juga menu lain macam chicken chop, lamb chop dan menu nasi. Menu ni boleh pilih ala carte atau pun set.

kaunter sama macam kat fast food lain
Jadi aku telah mencuba beberapa menu iaitu burger daging, burger oblong ayam, burger ikan, fries, cheezy wedges, dan juga nasi serai untuk Arfa. Untuk burger, harganya sedikit mahal dari burger jalanan tu tapi dagingnya lebih tebal. Tapi taklah semahal burger kat McDonald atau Burgerking. Cuma dari segi sayur tu kurang sikit cuma ada salad dan mayonis. Dari segi rasa ok lah tak banyak beza dengan burger Ramly yang kita biasa makan. Tapi paling puas hati ialah cheezy wedges sebab harganya murah tapi kuantiti kentang dan sos cheese tu memang banyak. So bagi aku burger kat sini ok lah kena dengan harganya. Selain tu kat sini juga ada sediakan sos black pepper selain sos cili dan sos tomato. Aku rasa fast food lain takde kan?

sos black pepper

packaging yang menarik dan berkualiti

daging burger tebal

ni menu yang aku cuba

sayur je agak kurang
Satu lagi kelainan kat sini ialah ada jual produk frozen jenama Ramly lah. Ada antara produk kat sini aku tak pernah nampak kat pasaraya lain contohnya daging salai, daging kambing perap, lasagna dan banyak lagi. Untuk harga pulak aku tengok maybe tak banyak beza dengan harga di pasaraya cuma akan jadi lebih murah kalau kita mendaftar jadi ahli. Tapi malangnya kat sini tak boleh daftar. So tak dapatlah aku jadi ahli.

lasagna ada kat sini

daging burger

ni aku tak pernah nampak kat pasaraya

meatball pun ada


daging salai & kambing perap ni tak pernah jumpa kat pasaraya

air mineral pun ada
Jadi kalau korang singgah kat mana-mana RnR yang ada Restoran Ramly ni, bolehlah singgah dan cuba. Aku kurang pasti kat mana yang ada tapi kalau kat Perak ni ada kat RnR Semanggol arah selatan lah. Aku harap restoran ni akan berkembang maju dan lebih banyak cawangan dibuka. Aku yakin akan mendapat sambutan.

Sekian.

p/s: Diharap para pembaca dapat klik iklan yang dipaparkan sebagai tanda sokongan kepada penulisan blog ini. Terima kasih.
Aku juga baru buat channel di Youtube pada Julai 2020. Harap para pembaca boleh bantu dan support aku dengan klik butang like dan subscribe channel aku tu. Search Akmal Adli di youtube atau klik di sini
Terima kasih sekali lagi.

Comments

  1. Macam mana nak jadi agen ramli,,untuk bukak ramli

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pon tertanya2 jugak,,adakah 100k-200k untuk jadi ejen bukak ramli,,nak bagaiman untuk urusan tersebut,,adakah ramli ada bukak untuk kerjasama..

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Travel Ke Hat Yai : 3 Hari 2 Malam

Nasi Kandar Deen Maju Jelutong

Laksa Lubuk Kuala Kangsar