Nasi Kandar Ketegaq Sungai Petani

Assalamualaikum...

Lama benar rasanya tak update blog ni. Nasib baik ingat lagi yang aku memiliki sebuah blog..hahaha (hambar kan?) Ok lah untuk entry kali ni aku nak share pasal satu makanan famous orang utara iaitu nasi kandar. Tapi kali ni bukan kat Penang tapi kat Sungai Petani, Kedah dan aku telah pergi ke sebuah restoran iaitu Restoran Nasi Kandar Ketegaq. So apa yang menarik dan lainnya nasi kandar kat sini?
ni la kedainya warna kuning
Untuk pengetahuan, nasi kandar kat Kedah ni famous dengan nasi kandar citarasa melayu. Konsepnya masih sama iaitu nasi yang dicampur dengan pelbagai kuah cuma rasa dia sedikit berbeza. Perbezaaan paling ketara ialah nasinya berwarna kuning. Sekali tengok memang cantik dan menyelerakan.hehe


antara lauk yang ada kat sini
Bagi aku warna kuning nasi tu tak memberi efek kepada rasa pun, maybe sekadar warna untuk menarik perhatian aje. Kat sini ada pelbagai jenis lauk dan antara lauk yang di recommend oleh warganet ialah dia punya sotong dan juga ayam bawang. So aku dan wife cubalah ambil 2 lauk ni. Kuah pulak macam biasa kuah campur banjir..hehe.

portion memang banyak..saiz lauk puas hati
Untuk lauk sotong, ada 2 jenis saiz iaitu sederhana dan besar. Aku ambil yang sederhana je sebab risaukan harganya. Tapi tak lah kecil sangat, boleh tahan besar juga yang aku makan ni boleh share 2 orang. Dan harganya cuma RM11.50.  Bagi aku tak lah mahal sangat berdasarkan harga sotong di pasaran. Rasanya boleh tahan sedap dan tak liat sangat untuk sotong bersaiz besar. Tapi aku memang nak recommend ayam bawang kat sini. Rasa dia lain macam. Dia macam ayam goreng tapi macam dah digoreng berempah bersama bawang kot. Tak tau nak explain macammana tapi memang sedap. Bukan sekadar ayam gorenglah senang cerita. Saiz ayam pun besar juga memang boleh share 2 orang. Kalau makan sorang memang puas hati.
ayam bawang tu memang sedap

lauk sotong yang bagi aku taklah terlalu mahal
So kalau ada peminat nasi kandar yang datang ke Sungai Petani, Kedah cubalah cari kedai Nasi Kandar Ketegaq ni dan cuba ayam bawang dia. Memang sedap. Kalau tengok komen pelanggan kat FB dia pun memang menu ni yang famous. Cuma bagi aku kuah dia agak cair dan kurang rasa berempah, tak macam kuah nasi kandar kat Penang tu. Tapi walaupun macam tu masih masuk kategori sedaplah. Kalau nak lagi sedap, datang makan masa lapar. Konfem licin pinggan tu...hehehe
kira ok lah harga ni kan

Arfa kepenatan sampai tidur
Sekian.

p/s: Diharap para pembaca dapat klik iklan yang dipaparkan sebagai tanda sokongan kepada penulisan blog ini. Terima kasih.
Aku juga baru buat channel di Youtube pada Julai 2020. Harap para pembaca boleh bantu dan support aku dengan klik butang like dan subscribe channel aku tu. Search Akmal Adli di youtube atau klik di sini
Terima kasih sekali lagi.


Comments

Popular posts from this blog

Travel Ke Hat Yai : 3 Hari 2 Malam

Nasi Kandar Deen Maju Jelutong

Laksa Lubuk Kuala Kangsar