Kuih Keria Viral Melaka : Kuih Keria Antarabangsa Limbongan Hjh Rahmah

Assalamualaikum..

Hai gais..mesti ramai yang dah tau kat Melaka ni antara makanan famous dia ialah kuih keria kan? Maka aku pun nak cubalah kuih keria ni. Negeri lain ada jugak kuih keria tapi sebab aku dah ke Melaka so try yang kat sini lah.

ni la kedainya
Banyak jugak orang jual kuih keria ni tapi anatara yang famous ialah Kuih Keria Antarabangsa Limbongan. Ha sini memang viral. Masa aku datang ni aku ingatkan salah tempat sebab tak ramai orang pun. Ada la 4-5 orang tengah beratur tunggu kuih tu. Takkan dah tak famous dah?

terletak di sebelah masjid
Rupanya bila aku datang dekat, ada 1 line panjang customer dia tengah beratur kat dalam kedai. Adui kena beratur jugak lah nampaknya. Owner kedai sediakan kerusi panjang kat dalam kedai supaya orang yang beratur boleh tunggu sambil duduk. Panjang jugak beratur dan aku tunggu dalam 20 minit jugak la.


ni semua tengah beratur kat dalam kedai
Kenapa beratur lama? Aku rasa pelanggan yang ramai tu satu hal lah, tapi nak menunggu kuih tu siap digoreng tu yang lama. Kalau dah siap goreng tu sekejap je dia packing walaupun barisan panjang. So kalau nasib baik datang time kuih dah tersedia dalam talam tu sekejap je la beratur. Tapi kalau datang time dia tengah goreng maka lamalah nak tunggu. Sebab dia goreng masa tu jugak, memang kuih dia panas-panas lagi lah.

dari luar macam tak ramai orang

ada juga laksa
Jadi sedap ke kuih keria yang viral ni? Bagi aku memang sedap dan lembut kuih dia. Tapi bagi aku kalau nak beratur lama tu untuk beli seringgit dua macam tak berbaloi pulak. Beli banyak baru puas hati. So untuk sapa-sapa yang datang ke Melaka carilah kuih keria ni. At least try sekali jadilah. Next time kalau sanggup nak beratur lagi bolehlah datang lagi..huhu..Tapi memang masuk kategori sedap kuih keria ni. Ada juga laksa kat sini tapi aura kuih keria ni lagi kuat rasanya..hehe

harga kuih dah disediakan..senang nak kira

ni la kuih keria antarabangsa limbongan tu
dalam kedai ada motor antik
Sekian.

p/s:Diharap para pembaca boleh klik iklan yang dipaparkan sebagai tanda sokongan kepada penulisan blog ini. Terima kasih.
Aku juga baru buat channel di Youtube pada Julai 2020. Harap para pembaca boleh bantu dan support aku dengan klik butang like dan subscribe channel aku tu. Search Akmal Adli di youtube atau klik di sini
Terima kasih sekali lagi.


Comments

Popular posts from this blog

Travel Ke Hat Yai : 3 Hari 2 Malam

Menarik Di Batu Kurau : Lata Sempeneh

Bercuti Di Bukit Tinggi, Pahang : 2 Hari 1 Malam Di Colmar Tropicale