Asam Pedas Yang Sedap Di Melaka : Asam Pedas Selera Kampung

Assalamualaikum..

Hai para pembaca semua... Entry kali ni maybe aku simple sebab tak banyak gambar sempat diambil. Tapi tempat ni memang recommended lah sebab bagi aku memang sedap. hehe

ni la kedainya
Tempatnya ialah kat Bandar Hilir, Melaka. Ala seberang jalan je dengan Menara Taming Sari tu. Nama restoran ni ialah Restoran Asam Pedas Selera Kampung. Ramai orang juga kat sini. Special kat sini mestilah Asam Pedas dia dan kalau datang Melaka kenalah cuba Asam Pedas kan?

ramai orang waktu lunch
So menu aku harini ialah nasi putih dan asam pedas ikan pari. Seketul harganya RM10. Kat sini untuk hidangan asam pedas dia dah siap letak dalam piring kecil. So pilihlah nak yang mana. Ada juga asam pedas daging dan lauk masakan kampung yang lain. Tapi aku nak rasa asam pedas je.

ni la menu aku...simple tapi sedap
Dari segi rasa memang sedap, maybe tempat lain ada juga yang sedap lagi tapi ni antara kedai yang sedap dan famous la. Apa buktinya? Sebab aku tengok banyak gambar selebriti dan orang yang famous ada makan kat sini. Tuan kedai tampal kat dinding sebagai kenangan dan bukti lah tu. Kedai ni juga jadi pilihan rancangan Jalan-Jalan Cari Makan tu.
aku tengok sultan johor pun pernah makan kat sini
Makan asam pedas ni simple je kalau nak sedap, nasi putih dengan ulam lepas tu sambal belacan. Memang layan lah. Jangan campur banyak sangat lauk nanti hilang rasa asam pedas tu.hehe. So sapa-sapa datang Melaka nak cuba asam pedas bolehlah datang kedai ni. Harga pun takdelah mahal sangat. Sekali sekala datangkan? Kalau hari-hari kopak jugak poket..hahaha

ni la harganya...sekali sekala mahal takpe kot..
Sekian. Maaf hanya sedikit gambar sempat di snap sebab lapar dan keadaan kedai yang agak sesak.

p/s: Diharap para pembaca boleh klik iklan yang dipaparkan sebagai tanda sokongan kepada penulisan blog ini. Terima kasih.
Aku juga baru buat channel di Youtube pada Julai 2020. Harap para pembaca boleh bantu dan support aku dengan klik butang like dan subscribe channel aku tu. Search Akmal Adli di youtube atau klik di sini
Terima kasih sekali lagi.


Comments

  1. Aku kene rm94 udang galah tiga ketul, asam pedas telur ape tah, pastu sayur petai.hahaha.. last aq pegi kedai nie...

    ReplyDelete
    Replies
    1. udang galah tu yang mahal kot...better tanya dulu sebelum ambik

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Travel Ke Hat Yai : 3 Hari 2 Malam

Menarik Di Batu Kurau : Lata Sempeneh

Bercuti Di Bukit Tinggi, Pahang : 2 Hari 1 Malam Di Colmar Tropicale