Sup Tersedap Bagan Datuk : Awal Pagi Makan Soto, Pecal & Satay

Assalamualaikum...

Nampaknya entry kali ni adalah mengenai sarapan. Jauh betul aku pergi sarapan kali ni.hehe. Bagan Datuk ni taklah terkenal sebagai tempat pelancongan sangat. Tapi ada sesuatu aku nak share. First ialah sup. Ya, Bagan Datuk ni sebenarnya feymes dengan sup soto dikalangan penduduk setempat. Aku pulak dah lama tahu sebab dulu selalu pergi makan. Sup soto ni pulak bukan kedai atau restoran tapi warung yang dibuka kat pasar je.

Ni la pasar Selekoh..dulu takde bumbung tu
Kali ni aku pergi hari sabtu pagi, pasarnya terletak di Selekoh (ni nama tempat). Dulu-dulu biasanya aku pergi awal, pukul 8 dah sampai sebab awal tu orang tak ramai lagi. Kali ni aku sampai lambat sikit dalam 9.30 dan memang nasib baiklah betul-betul tinggal 2 mangkuk je sup soto tu untuk aku & wife. Orang selepas aku semua pulang hampa. Ha nampak tak betapa ramai orang yang menginginkan sup soto ini.hehehe

Ada jual ubi

Aku tak pasti sup ni ada di setiap pasar atau tak tapi yang aku tahu kalau hari sabtu pasarnya di Selekoh, kalau hari ahad pasarnya di Pekan Bagan Datuk. Ada beberapa peniaga ni dan ada dua jenis iaitu sup soto ayam dan daging. Rare nya sup ni dihidangkan dalam mangkuk design lama ala-ala mangkuk cina. Harga pulak RM4.50 semangkuk. Agak mahal kalau nak kira portion dia yang agak kecil tapi rasa dia memang win. Bagi aku, rasa sup daging lebih sedap dari sup ayam tapi terpulanglah citarasa masing-masing. Untuk warung ni dia asing, satu pakcik tu jual sup daging je, makcik sebelah dia pulak jual sup ayam je. Yang aku biasa pergi ialah kat Wak Din, sup dia ada sup daging je. Tapi boleh je nak duduk kat mana-mana dan order sebab sebelah-menyebelah je. Cuma tempat duduk limited lah.

ni la sup soto tu...

Hirisan daging yang agak banyak dan lembut

aku makan satay & sup soto daging
Rasa sup ni memang sedap, beza dengan sup utara. Kalau sup utara tu kuah dia agak pekat pastu warna pun agak gelap tapi sup kat sini kuahnya jernih. Walaupun jernih tapi masih penuh dengan rasa. Lepas tu hirisan daging atau ayam tu banyak jugalah. Selain sup, ada juga pecal, satay dan ketupat nasi. Pecal & satay pun sedap juga. Satay dia memang isi je takde lemak. Satay 0.60 sen secucuk. Sambil makan kalau nak minum kat makcik jual sup ayam je ada jual air cup macam air mata kucing & cendol. Tapi kalau nak air lain belilah kat tempat lain lepastu bawak kat warung ni. Ha rare jugaklah sarapan atau makan pagi dengan sup soto, pecal, ketupat nasi dan satay. Selalunya satay ni petang atau malam yang ramai orang jual kan?

macam ni la tempat duduknya


cubalah sup daging kat Wak Din ni
Bukti sup kat sini sedap ialah dia cepat habis. Yang kedua ialah aku first time bawak wife aku datang sini, dia pun cakap sedap. Hehehe. So kalau korang datang ke Bagan Datuk especially weekend, bolehlah datang cuba sup ni sama ada di pasar Selekoh atau pasar di Bagan Datuk. Cuma kena datang awal pagilah supaya boleh duduk dengan selesa. Kalau datang pukul 9 tu biasanya ramai orang, silap-silap dah habis. Lepas habis makan tu boleh lah beli barang dapur ke, beli ulam-ulaman ke, beli ikan ke sebab Bagan Datuk ni dekat juga dengan laut. Tapi aku tak beli barang sangat lah, sebab memang datang semata-mata nak makan sup aje..hehehe

kerepek pisang tanduk yang sedap ni masuk kategori murah la RM15 je

beli roselle sepinggan RM2 aje


Sekian.

P/s: Diharap para pembaca boleh klik iklan yang dipaparkan sebagai tanda sokongan kepada penulisan blog ini. Terima kasih.
Aku juga baru buat channel di Youtube pada Julai 2020. Harap para pembaca boleh bantu dan support aku dengan klik butang like dan subscribe channel aku tu. Search Akmal Adli di youtube atau klik di sini
Terima kasih sekali lagi.




Comments

  1. perghhh bukan biasa2... ssh nk cri sup yg betui2 sedap... ate jauh benor le pulak...hahah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sup & satay untuk sarapan layan jugak..cubalah..he3

      Delete
  2. Kesedapan soto mmg x dinafikan. Lg satu yh sedap, mee + bihun goreng + kuah pecal. Perrgghh......terangkat. siap tapau bw balik kl

    ReplyDelete
  3. Dulu tahun 80an..Gerai Arwah Wak Nan kat Cabang Lastik di Jeti Bagan Datuk, soto dia paling mantap..bom nuklear lalu pun buat tak tau jer..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Travel Ke Hat Yai : 3 Hari 2 Malam

Menarik Di Batu Kurau : Lata Sempeneh

Bercuti Di Bukit Tinggi, Pahang : 2 Hari 1 Malam Di Colmar Tropicale