Assalamualaiakum...
Entry kali ni ialah sambungan untuk entry sup tersedap di Bagan Datuk.
klik sini untuk baca
Jadi kalau ke Bagan Datuk ni apa yang ada? Ha ni nak share nih...
Dulu Bagan Datuk ni cuma pekan kecil je. Kalau orang luar datang pun mungkin nak memancing kat jeti je. Tapi sekarang dah ada perubahan. Pekan Bagan Datuk dah ada taman permainan ataupun tempat riadah untuk seisi keluarga. Tapi mungkin sesuai datang watu petang lah kot sebab dah redup sikit. Aku datang ni pukul 10 lebih, memang panas lah.
|
ni la dataran Bagan Datuk |
|
Jeti Bagan Datuk |
Lanskap sekitar jeti ni dah berubah. Cantiklah berbanding dulu. Kalau anda kaki pancing, boleh lah cuba untuk memancing kat jeti ni. Aku tak pasti kat sini ada perkhidmatan bot atau tak kalau nak memancing. Maybe ada tapi kena tanya orang tempatan lah. Di sekitar jeti ni pulak dah ada dataran. Ada taman permainan kanak-kanak dan juga stall peniaga. Aku rasa petang baru ada orang meniaga ni. Ada juga beberapa kedai makan kat sekitar jeti ni.
|
Taman permainan kanak-kanak |
Selain tu, ada juga disediakan kawasan lapang dan permainan kereta bateri untuk budak-budak tu. Macam-macam jenis ada. Sewanya berapa aku tak pasti sebab tak tanya. Tapi kalau datang bawak keluarga memang meriahlah kat sini. Waktu petang kalau ada angin laut lagi best. Sambil biarkan anak-anak bermain, bolehlah tangkap gambar pemandangan muara sungai.
|
ni la kapal yang ada taman permainan atas dia tu |
|
10 pagi - 10 malam |
|
pemandangan dari atas kapal menghadap laut |
|
ada gelongsor panjang atas ni |
Satu lagi tarikan kat sini ialah taman permainan berbentuk kapal. Saiznya kecik sikit dari kapal kat Melaka tu. Masuk adalah percuma dan atas kapal ni adalah beberapa permainan untuk kanak-kanak. Ada juga gelonggsor panjang. Selain itu, ada jugak diletakkan gambar-gambar lama beserta sejarah Bagan Datuk. Bagus juga macam tu kan? So bagi aku tempat ni sesuailah untuk keluarga datang beriadah especially kalau ada kanak-kanak.
|
seronok dia main benda ni |
|
macam kapal perang zaman dulu-dulu |
|
Add caption |
|
kapal lanun ke ni |
Jadi kalau kebetulan ada datang ke area Bagan Datuk, bolehlah datang ke jeti ni. Kalau waktu malam mungkin lebih cantik suasananya sebab ada lampu-lampu. Tapi kalau semata-mata dari jauh nak datang ke sini mungkin tak berbaloilah. Sebab aku tak nampak apa-apa maklumat mengenai cara nak ke Pulau Sembilan yang cantik dan viral tu. Yang ada cuma peta Bagan Datuk dan jarak ke Pulau Sembilan serta sedikit gambar. Tapi aku rasa kalau ada perkhidmatan ferry atau bot ke Pulau Sembilan tu mungkin jeti ni akan lebih meriah.
Sekian.
P/s: Diharap para pembaca boleh klik iklan yang dipaparkan sebagai tanda sokongan kepada penulisan blog ini. Terima kasih.
Aku juga baru buat channel di Youtube pada Julai 2020. Harap para pembaca boleh bantu dan support aku dengan klik butang like dan subscribe channel aku tu. Search Akmal Adli di youtube atau
klik di sini
Terima kasih sekali lagi.
Saya orang Perak pun x pernah pergi. Nak kena pergi ni.
ReplyDeleteAda kelapangan boleh la pergi..santai dengan family
ReplyDelete