Menarik di Kuala Kangsar : Cendol Lempor

Assalamualaikum....

Hai guys...rasa macam lama tak update blog, sebabnya adalah agak sibuk walaupun bukanlah kerja gaji juta-juta...hehe. Entry kali ni aku nak share pasal satu port makan cendol yang famous di area Kuala Kangsar iaitu Cendol Pulut Lempor. Lempor tu nama tempat ni tau bukannya lempor yang bermaksud baling tu..hahaha

Kalau dari Kuala Kangsar hala ke Manong mesti nampak signboard ni
Kedai ni bukan la betul-betul kat Kuala Kangsar, tapi kat Kampung Lempor Tengah, Manong. Ha kena menghala ke Manong la baru jumpa kedai ni. Kedai ni tepi jalan je so tak susah nak cari. Kat sini menu dia tak banyak, ada beberapa jenis cendol, beberapa jenis air, nasi ayam, mee, bihun, laksa & soto. Dia macam ala-ala warung la.

Ni antara menu yang ada kat sini
Waktu operasi kedai ni buka tiap hari kecuali jumaat. Mula buka pukul 11.00 pagi sampai 6.30 petang. So memang sesuai lah kalau nak pekena time panas terik kan..Tapi kat sini redup sebab dikelilingi pokok. Pastu kalau ada angin bertiup sepoi-sepoi bahasa memang nyaman lah.

Keliling kedai banyak pokok yang meredupkan suasana
Sebenarnya aku ke Pekan Manong sebab ada program, jadi lepas tu aku & rakan sekerja singgah la sini. Disebabkan dah kenyang makan masa program tu, kiteorang just minum cendol je. Ada yang order cendol biasa, ada order cendol pulut & kacang merah. Ada sorang je yang order laksa sebab favourite dia laksa. Dia kata sedap laksa kat sini.




So bagi aku cendol kat sini sedap juga. Tak terlalu manis sangat. Masa dia hantar pun cendol tu putih je, kena kacau dulu bagi gula melaka dia naik baru ngam. Tapi nice jugak la kalau nak lepak santai. Cuma kalau orang betul-betul nak lalu Manong ok la datang sini. Kalau saja-saja dari Kuala Kangsar nak datang sini boleh tahan jauh juga. Maybe dalam 20 minit nak sampai sini.

ni cendol pulut kacang

ni cendol biasa
Secara overall, cendol yang aku makan kat sini nice la. Walaupun aku penah makan cendol kat tempat lain yang lagi sedap. Tapi kat sini taste melayu la sebab selain cendol ada makanan melayu. Kalau pergi cendol mamak biasanya ada mee rebus dengan rojak je...hehehe.

semua pakai baju korporat sampai rumah...sayang sangat kat company la tu..hahaha


#cendollempor
#lemporbukanbaling

p/s:Diharap para pembaca blog ni boleh klik iklan yang dipaparkan sebagai tanda sokongan kepada penulisan ini. Terima kasih.
Aku juga baru buat channel di Youtube pada Julai 2020. Harap para pembaca boleh bantu dan support aku dengan klik butang like dan subscribe channel aku tu. Search Akmal Adli di youtube atau klik di sini
Terima kasih sekali lagi.


Comments

Popular posts from this blog

Travel Ke Hat Yai : 3 Hari 2 Malam

Nasi Kandar Deen Maju Jelutong

Laksa Lubuk Kuala Kangsar