Boba Milk Yang Halal : Secret Recipe Boba Series

Assalamualaikum...

Hai semua! 2019 ni tiba-tiba telah menjadi viral sejenis minuman yang ada boba ni. Aku rasa benda ni dah lama, dulu orang panggil bubbles. Cuma sekarang ni yang feymes perisa brown sugar tu. Di sebalik fenomena yang tak tahu lah sampai bila boleh bertahan ni, muncul pulak satu isu iaitu halal ke air ni? Sebab kebanyakan yang tengah up sekarang ni brand dari Taiwan macam Xin Fu Tang, The Alley, Tiger Sugar, JLD Dragon dan banyak lagi. Harga pulak boleh tahan lebih RM10.00.

Aku sebagai penggemar rancangan food review kat Youtube pulak tengok ramai channel food review try minum. Makanya aku pun terjebak lah juga nak try...hahaha. Tapi yang aku try ni adalah boba yang konfem halal iaitu dari Secret Recipe. Ha diorang pun nak test market lah tu. Tapi setahu aku boba series dari SR ni takde kat semua store dia. Kalau nak tau kat mana yang ada boleh cek kat sini klik di sini untuk senarai .

kalau kat luar SR tu ada signboard ni maknanya adalah jual tu
Untuk boba series dari SR ni ada 8 flavours dan harga pulak semua bawah RM10.00. Ha ok lah tu kan takdelah mahal sangat. So setelah menyiasat, aku telah ke SR di Ipoh Garden untuk try air ni. Maybe sebab ramai yang tak tahu, takdelah ramai sangat sampai kena beratur panjang macam kat KL tu. So air yang aku order ialah Boba Brown Sugar Milk Tea saiz besar dengan harga RM8.50. Aku tak order yang flavour milk sahaja sebab macam tak minat je.


ada 8 flavours kat sini. Harga pun bawah RM10 je
So cemana rasanya? Bagi aku biasa je air dari SR ni. Teh dia macam teh ais tapi kurang manis, tapi bila sedut sekali dengan boba tu baru la rasa manis yang kuat & ada pahit yang tak terlalu kuat. Maybe tu rasa brown sugar tu kot. Aku cuba kacau-kacau tapi still air tu tak berapa manis, means betul-betul boba tu jelah yang manis. So kalau nak sedap minum tu kena sedut sekali boba tu & kunyah. Baru rasa manis tu kuat. Boba tu pulak kenyal-kenyal macam jelly. Dari segi saiz dengan harga pulak aku rasa berbaloi juga sebab cup dia tinggi juga. Yang aku tengok brand lain tu lagi mahal tapi cup dia kecik je. Tapi tak tahulah kalau rasa dia lagi sedap dari yang ni.


Besar juga kan? ni untuk saiz large RM8.50 je
So bagi aku air ni biasa je, sekali try pun jadilah takdelah sedap dia level nak minum hari-hari. So kalau korang nak try minum tapi was-was dengan status halal, boleh la try yang dari Secret Recipe. Tapi banyak je brand lain yang dah ada sijil halal & murah. Bezanya cuma sedap dengan tak jelah. Tapi sedap ni ikut selera masing-masing, bukan semua orang sama.

#bobamilkhalal
#bobabrownsugar
#secretrecipebobaseries


p/s:Diharap para pembaca blog ni boleh klik iklan yang dipaparkan sebagai tanda sokongan kepada penulisan ini. Terima kasih.
Aku juga baru buat channel di Youtube pada Julai 2020. Harap para pembaca boleh bantu dan support aku dengan klik butang like dan subscribe channel aku tu. Search Akmal Adli di youtube atau klik di sini
Terima kasih sekali lagi.




Comments

Popular posts from this blog

Travel Ke Hat Yai : 3 Hari 2 Malam

Nasi Kandar Deen Maju Jelutong

Laksa Lubuk Kuala Kangsar