Assalamualaikum....
Adakah korang suka beriadah sambil menikmati keindahan alam semula jadi? Jika ya, entry kali ni aku nak share satu port air terjun yang belum diteroka. Maksudnya kawasan ni belum ada pembangunan, secara tidak langsung tiadalah juga pencemaran.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhjHU25X5fsM3jfoFwzoVrfs4AUnqEKTMZGr7laGYncCYZxErZ28JGnZfrpulqQ-UTLltYqMkpCCdJeRX2m2ecEUBkxxftzrngdXz_puzlsDUgmaRxBiMkoDE9LWy3-LL5V7y1kT-m9dbLL/s400/WhatsApp+Image+2019-06-15+at+12.44.13+PM+%25281%2529.jpeg) |
Ni la signboard lorong nak masuk Lubuk Gajah ni |
Mana tempatnya? Ha kat Daerah Selama, Perak lah. Tempat ni hanya orang tempatan je tau sebab papan tanda pun takde. Specifically, tempat ni terletak kat Kg Sungai Siputeh. Kalau ternampak lorong kecil bernama Jalan Lubuk Gajah, boleh la masuk situ atau tanya orang kampung. Kalau waze belum tentu jumpa lagi..hahaha
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj4GZTXYNvi_VJ-4EdzFM9P9_oAmzXJNEAelMM7OyhFNDenSs129CMRq6eYRMM3YWYRJ3BwqIMJWlklNsLXAnSAFZvRRTdMcsRloIDnIFocKquJ5rXcy2Zv6PjiQiwgPNho2eqcbRQKM8Bj/s400/1.jpeg) |
Luas kan kawasan nak mandi dia...main kayak pun boleh ni kalau ada |
Apa yang bestnya tempat ni? Yang best ialah kawasan mandi dia yang luas dan tak banyak batu. Ada yang cetek dan ada yang dalam tapi tak dalam sangat. Boleh la nak berenang-renang. Tepian sungai pun boleh jadi tempat berkelah. Kat tengah sungai pulak ada dataran berbatu semulajadi. Sekeliling pulak ada pohon hijau melambai serta view gunung-ganang. Memang cun tempat ni. Ada juga tandas awam disediakan dan juga kedai makan tepi sungai ni. Banyak juga menu kat kedai ni. Kalau datang takde bawak makanan terus je makan kat sini. Murah pulak tu.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgp3iDA5wIB383kb-RxxvbeaPQQbuE3MppHHTJs_CNDKJXwFDaiWuaaCc6Y4IqWIpCMA1dzeV-zdv6XuvtgNAdn93jfPJKmTLSvU5IiPfKOp3z7eBDugvBuKPNZ0qHoSFQ9tEyHHNRrRrEv/s400/2.jpeg) |
View gunung-ganang |
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj0T7RjlmDqj_UHNgi1Ty2b9eiWJl4_2Wqb8QZ8jmXEIfGdyqpEV1_udmvJRnGWIyKvnpORzjJ0gKTXVBGScNUNGgLhMrF-2W6aQWjYyehM1IBYepLrmQCO3FFKN70JoqUM7U2RFQRiC3A2/s400/7.jpeg) |
Pepohon rimbun yang meredupkan |
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgpP7nA6stfyKEnf25r04NNEcsVn2UUPYSGDjj_EAqYbO0eGL-K217r1JZVJ_sidejy75sjCmj546rVIRTUqb1jTwOgZhOrRjLGV0Ld-Uncm_AIu_1dQGL6z7uEDKvuF5cHtd1VAI2e02ou/s400/4.jpeg) |
Boleh picnic tepi-tepi ni |
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiGNDglP-r8ci_CTDlG3rJA6ISiw26EVk2o1PxiUeqIvm_y7WtZUMbKldgqBvm20GemiImnUhX-W1RFQGrLY1CvMqhGwHpLVCjFKMGj9sgT8a1ExMAbIKhw-WjC4PuxDYWZEUz0O8sdeLDf/s400/3.jpeg) |
Tandas pun ada disediakan |
Aku datang sini dengan kawan aku sebab ada kerja, dia lah yang perkenalkan tempat ni sebab dia memang orang sini. Lepas kiteorang dah mengusha-usha area sini, apa lagi order makan la. Aku order mee kari dengan milo tabur, kawan aku kue tiaw sup dengan milo tabur juga. Milo tabur RM3.00, mee & kue tiaw tu RM2.00 je. So total makan 2 orang RM10.00 je. Murah la tu kan. Menu lain ada juga macam goreng-goreng tu.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg_Fq8KYFeF6m_IMfLFKoxKHcK9dvlGTkX48ge0A_3QCybyRvBibT2grzr-_8Nt3AeS1jE3HuU8Flv8mCMCw5M0k0WYvxDc-JISG0DKUC3i5o6T22XbMNRCDT_tWWZTUo8K_BSu4qwxghJw/s400/13.jpeg) |
Banyak juga menu kat sini |
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhX44wBa7RGvNuCgphCWbvSoWmojGfPoYxuJnAIyQ85qsTEbPRaMAbrXg9F0JyJw0mUUp4pliNpuU_kHSLqnqVPQ4P9G0WmZItrq3Has2OIZ4Sc2_ZimigYUJ5IywQNgDuoqyCJuuHdfq8z/s400/16.jpeg) |
Konsep ala-ala di rimba |
Bagi aku tempat ni memang menenangkan. Kalau ada khemah ke atau bawak kerusi malas memang boleh tertidur tepi sungai ni. Orang pun tak ramai kalau ada pun orang tempatan je. Sebagai orang yang ada visi, aku rasa tempat ni boleh naik kalau dimajukan dan dipromosikan. Buat chalet atau tempat untuk team building. Tapi tu lah segalanya memerlukan wang walaupun wang bukan segalanya. Tapi kalau dah maju & ramai pengunjung, harap kebersihan dan kesemulajadiannya tak terusik la.Tapi tempat ni memang boleh maju. Seriyes!!
Sekian.
#menarikdiselama
#akuinginkembaralagi
p/s: Diharap para pembaca dapat klik iklan yang dipaparkan sebagai tanda sokongan kepada penulisan blog ini. Terima kasih.
Aku juga baru buat channel di Youtube pada Julai 2020. Harap para pembaca boleh bantu dan support aku dengan klik butang like dan subscribe channel aku tu. Search Akmal Adli di youtube atau
klik di sini
Terima kasih sekali lagi.
Buat yang pake Permata Bank, coba lihat nih Setelah Cek Saldo Bank Permata Lakukan 8 Hal Ini
ReplyDelete