Family Day Di Ulu Yam : Desa Kaloi Farmhouse

Assalamualaikum...

Selamat Hari Raya Aidilfitri...Maaf Zahir dan Batin.

Untuk entry pertama di Bulan Syawal 2019 ni, aku nak share pasal satu tempat bercuti yang agak feymes di Ulu Yam, Selangor iaitu Desa Kaloi Farmhouse. Ha area Hulu Selangor ni sebenarnya banyak tempat menarik sebab kat sini banyak air terjun semula jadi.

pandangan atas banglow
ada 6 buah chalet kat sini..tepinya ada anak sungai depannya kolam ikan
anak sungai tepi chalet
surau yang agak open..ada tempat ambil wuduk sekali
Sebenarnya aku ke sini sebab ada family gathering belah wife aku. So tempat ni menjadi pilihan selepas mengambil kira dari segi facilities & harga. Tempat ni memang sesuai kalau nak lari dari kesibukan kota (ayat ni klise kan), family gathering, camping, picnic, nak buat reunion pun boleh. Lokasi pun tak jauh dari pekan Batang Kali. Kami datang ke sini pada hari raya ke-4.

kolam pancing
Kami sampai sini lewat sebab jalan jem jadi rugi beberapa jam lah sebab check in pukul 2 petang. Sampai je kat pintu masuk, dah boleh nampak banyak pokok durian, kolam ikan dan juga kandang rusa. Durian tu kalau kena musimnya owner bagi makan free. Masa aku datang ni takde yang berbuah la pulak...huhuhu. Kat sini ada sebuah banglow yang boleh muat 20 orang. Ada 3 bilik tidur, 3 bilik air, dapur lengkap dengan oven dan peti ais, astro, ruang makan dan fully aircond. Kat tepi rumah pulak ada port untuk bbq dan beranda. Bahagian depan rumah ada surau dan kawasan lapang. Selain tu ada juga chalet yang sesuai untuk 2 orang kat tepi kolam ikan. Aktiviti pertama kami petang ni ialah explorace. Walaupun mula agak lambat sebab ramai yang nak makan dulu.Maka bertebaranlah kami menyelesaikan soalan-soalan yang belum mencapai level aras tinggi tapi kena buat group cheers...hahaha. Sapa pemenangnya nanti aku bagitau..hehehe.


kawasan lapang ni sesuai untuk buat aktiviti

explorace sedang berjalan
kandang rusa

Arfa baru bangun tidur

Mandi kolam

kalau berani boleh lah cuba kayuh bot ni



Hasil tangkapan ikan
Lepas selesai explorace maka bermulalah aktiviti bebas. Ada yang berehat kat rumah, memancing ikan, dan juga mandi kolam. Kalau nak memancing boleh sewa pancing RM25 untuk 3 jam. Kalau dapat ikan 2 ekor adalah free yang seterusnya kena bayar ikut berat. Kalau guna pancing sendiri boleh berapa lama pun tapi ikan kena bayarlah. Kalau dah dapat tak boleh lepas balik. Ada 2 kolam untuk memancing yang aku tengok ada ikan talapia, seputih dan juga patin.Ikan tu besar-besar juga aku tengok. Satu kolam lagi tak boleh memancing sebab dalam tu ikan kelah. Tapi kalau nak boleh beli. Kolam mandi pulak sesuai untuk kanak-kanak sebab tak dalam sangat. Cuma kondisi kolamnya tidaklah secantik kolam hotel, tapi boleh lah nak mandi seronok-seronok. Nak bagi makan rusa pun boleh, banyak juga rusa kat sini. Kita nak makan rusa pun boleh, harganya RM85 sekilo tapi aku tak sure daging rusa ni sentiasa ada atau tak.

berehat kat beranda
ruang tamu
pemanggang macam kat restoran




Lepas malam menjelma, aktiviti kami ialah bbq. Kat sini senang nak buat bbq sebab tempat pemanggangnya dah disediakan. Yang bagusnya sebab pakai gas so tak perlulah menunggu nak bakar arang. Menu kami malam ni ialah sosej, ayam dan juga kambing. Tak lupa juga bihun goreng yang diimport dari Ipoh (order kat katering pastu bawak sendiri). Lepas semua dah kenyang, tibalah sesi mengumumkan pemenang explorace dan penyampaian hadiah. Nak tahu pemenang no 1 silalah tengok gambar di bawah..hehe. Lepas tu dah settle tidurlah apa lagi. Yang lelaki tidur bersusun kat ruang tamu. Lagipun kat sini memang ada disediakan toto, selimut & bantal extra. Suasana malam kat sini cantik juga sebab banyak lampu.

sesi penyampaian hadiah
ni la group menang nombor 1...beliau merupakan penulis blog ni..hahaha
Hadiah disampaikan oleh atuk iaitu Hj Samin

tidur kat ruang tamu
Hari seterusnya pun aktiviti bebas. Paginya kami bersarapan nasi lemak home made untuk memaksimumkan penggunaan dapur...hahaha. Lepas sarapan ada yang nak pergi mandi kolam lagi, ada juga yang nak mandi sungai. Sungai ni tak jauh sangat tapi luar kawasan lah. Jalan kaki je tapi berpeluh la juga...hehehe.

Para chef yang menyediakan makanan



Meriah dengan makanan
Mandi kat sungai yang walking distance tapi berpeluh kalau jalan kaki
Arfa 1st time pijak pasir tu
Tengahari sebelum check out, kami semua berkumpul untuk bersalam-salaman dan bermaaf-maafan sempena Syawal yang mulia ini. Tak dilupakan juga sesi fotografi keluarga sebagai kenang-kenangan. Jadi sapa-sapa terutamanya yang kat area KL tu kalau nak bercuti boleh la datang sini. Boleh la rasa suasana kampung dan ladang. Nama pun farmhouse. Kalau nak maklumat lebih lanjut atau lebih banyak gambaran pasal tempat ni boleh cek kat blog Desa Kaloi Farmhouse (klik di sini)  atau cek FB diorang (klik di sini).

Gambar kenang-kenangan family Haji Samin

Sekian.

p/s: Diharap para pembaca dapat klik iklan yang dipaparkan sebagai tanda sokongan kepada penulisan blog ini. Terima kasih.
Aku juga baru buat channel di Youtube pada Julai 2020. Harap para pembaca boleh bantu dan support aku dengan klik butang like dan subscribe channel aku tu. Search Akmal Adli di youtube atau klik di sini
Terima kasih sekali lagi.


Comments

Popular posts from this blog

Travel Ke Hat Yai : 3 Hari 2 Malam

Nasi Kandar Deen Maju Jelutong

Laksa Lubuk Kuala Kangsar