Warteg Ipoh : Set Ramadan Berbaloi

Assalamualaikum...

Salam penghujung Ramadan 2019 kepada semua pembaca.

Untuk penutup entry bulan Ramadan ni, aku nak share satu port berbuka puasa yang boleh tahan best jugak kat area Ipoh. Nama kedai ni ialah Cafe Warteg. Untuk lokasi tu kita guna je lah teknologi seperti waze..hahaha

Ni bahagian depan 
Cafe ni dia tak la hipster sangat aku rasa, dia macam simple but nice. Tak crowded dengan decoration. Walaupun tak luas tapi susunan meja tak sempit sangat so selesa juga. Tempat ni sebenarnya popular untuk peminat king crab, lobster & shellout. Tapi untuk Ramadan ni ada beberapa set yang sesuai untuk rakyat marhaen macam aku ni. Set mahal pun ada especially king crab tapi fulus kena ramailah sikit. Korang boleh tengok menu kat Instagram diorang atau klik di sini


simple je kan..tak crowded dengan decoration
Sebenarnya aku pergi ni teman wife aku nak berbuka dengan kawan-kawan dia. Aku ikut je diorang suggest tempat ni. Untuk bulan puasa, kena booking sehari awal sebab almost tiap hari penuh. Kalau bukan bulan puasa maybe tak perlu booking kot. Boleh tengok nombor whatsapp kat IG cafe ni. Sesampainya kami kat sini, makanan dah pun disediakan. So, tunggu waktu berbuka je lah.


kuih-muih dan buah-buahan
Kiteorang datang berempat, so set yang sesuai dan tak mahal sangat ialah family set untuk 4 orang ataupun set E. Set ni ada 4 nasi putih, 1 ikan siakap, kangkung belacan, ayam pedes, tomyam seafood, telur bistik, kuih-muih melayu,buah dan free flow air. Harganya cuma RM70.00. Ha kira ok dan berbaloi la tu kan? kuih,buah & air tu boleh ambik banyak mana pun. Siakap pulak order yang 3 rasa. Besar juga ikannya. Untuk tomyam pulak lagi best sebab ada ketam,udang,sotong,lala dan juga kepah. Buah ada tembikai & oren pastu untuk kuih-muih ada 2-3 jenis kuih traditional. Air pulak ada air sarsi & teh o panas. Nak ais tambah sendiri.




ni la menu untuk family set for 4 pax
Dari segi rasa macam mana? Bagi aku rasa dia ok sedap cuma belum masuk level padu. Maybe lebih kurang sama macam makan kat kedai-kedai thailand tu. Cuma bagi aku harga tu dengan portion yang dia bagi memang berbaloi. Especially isi tomyam tu memang puas hati. Untuk ayam pedes tu dia macam ayam masak sambal tapi warna dia sedikit hijau. Tapi tak pedas sangat. Ok lah budak-budak pun boleh makan.

tengok tu isi tomyam dia
So secara total, dari segi harga dan portion memang bagi aku sangat berbaloi lah. Kalau pergi berbuka kat kedai thailand pun harga lebih kurang tu juga tapi mana dapat buah, kuih & free flow air kan...tapi kalau korang dapat bonus raya banyak, boleh lah order set yang ada king crab atau lobster.
hahaha

bergambar ni adalah wajib sebagai bukti aku memang datang sini..hahaha

Sekian...Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin.


p/s: Diharap para pembaca dapat klik iklan yang dipaparkan sebagai tanda sokongan kepada penulisan blog ini. Terima kasih.
Aku juga baru buat channel di Youtube pada Julai 2020. Harap para pembaca boleh bantu dan support aku dengan klik butang like dan subscribe channel aku tu. Search Akmal Adli di youtube atau klik di sini
Terima kasih sekali lagi.




Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Travel Ke Hat Yai : 3 Hari 2 Malam

Nasi Kandar Deen Maju Jelutong

Laksa Lubuk Kuala Kangsar