Assalamualaikum...
Selamat berpuasa semua...Entry kali ni aku nak share sikit pengalaman makan nasi kandar kat Penang di bulan Ramadan. Tapi malam la bukan siang...Kali ni aku pergi try Nasi Kandar Beratur dekat sebelah Masjid Kapitan Keling. Ni antara yang famous juga dan kedai ni buka waktu malam je. Dia tulis start pukul 10.00 malam.
|
Dia tulis buka pukul 10 malam. |
|
Bukti kedai ni antara yang famous kat Penang ni. |
Al-kisah, aku ke Penang nak shopping raya. So petang tu aku ke Design Village dulu, lepas tu pergi Ikea Batu Kawan untuk beli karipap. Tu la juadah berbuka aku n wifey sebab nak save perut makan nasi kandar nanti. Kami berbuka dalam kereta je dan terus ke Masjid Negeri Pulau Pinang untuk solat Maghrib, Isyak & Terawih sekali. Masjid ni meriah la bulan Ramadan ni, masa aku sampai tu orang kat situ tanya dah makan ke kalau belum pergi ambil. Memang ramai yang berbuka kat masjid ni aku tengok. Then masa terawih pulak, wife aku kata ada urusetia masjid yang jaga budak-budak dari buat bising atau main-main. Diorang bagi aktiviti kat budak-budak ni so takdelah lari sana sini kan. Then Arfa pun urusetia tu tolong jagakan sebab dia dah nangis masa wife aku nak Terawih tu. Bagus betul pengurusan masjid ni.
Ok lepas Terawih aku terus shoot ke Nasi Kandar Beratur tu. Walaupun kena beratur juga tapi tak panjang. Maybe sebab bulan puasa orang dah kenyang masa berbuka kot. Macam biasa lauk kat sini lebih kurang sama je macam kedai nasi kandar lain. Aku pulak order yang simple je, nasi kuah campur, ayam goreng, bendi & telur masin. Wife aku pulak lauk timun dgn ayam ros. Konsep kat sini kena bayar dulu sebelum makan. Air nanti masa kat meja baru orang datang ambik order.
|
kena beratur juga |
|
lauk memang banyak pilihan |
Bagi aku nasi kandar kat sini sedap juga, tapi rasanya belum sampai level Deen Maju Jelutong yang aku makan dulu. Kuah kat sini kurang rasa berempah & pedas rempah tu pun kurang sikit. Atau adakah kalau nak sedap kena makan dengan sambal kelapa tu? Sebab aku tak ambik pulak sambal tu. Tapi ayam dia memang besar. Nasi dah habis tapi ayam tak habis lagi. Dulu aku pernah dah makan kat sini tapi beli bungkus, tu macam lagi sedap je. Atau adakah deria rasa aku kurang efektif kali ni?hahaha..
|
saiz ayam dia memang besar |
By the way, nasi kandar kat sini still salah satu pilihan untuk dicuba lah. Lauk dia pun banyak. Kalau sapa suka telur sotong atau telur ikan boleh datang sini. Aku suka juga makan benda tu tapi harganya boleh guna untuk isi minyak kereta...hahaha
Sekian.
|
Ni kat Masjid Kapitan Keling sebelah Nasi Kandar Beratur tu |
p/s: Diharap para pembaca dapat klik iklan yang dipaparkan sebagai tanda sokongan kepada penulisan blog ini. Terima kasih.
Aku juga baru buat channel di Youtube pada Julai 2020. Harap para pembaca boleh bantu dan support aku dengan klik butang like dan subscribe channel aku tu. Search Akmal Adli di youtube atau
klik di sini
Terima kasih sekali lagi.
Comments
Post a Comment