Famous Cheesy Hot Chicken & Mix Platter : Brotherhood & Co Shah Alam

Assalamualaikum...

Sekali lagi blog ini menyajikan anda dengan port makan best di area Shah Alam. Kali ni tempatnya ialah di Seksyen 7 berdekatan dengan Jakel. Ha area sini banyak tempat makan dan sangatlah sesak di waktu petang. Kalau drive kereta manual memang tension sikit lah..hahaha

Ramai orang makan sini
Jadi untuk entry kali ni aku n wifey telah cuba makan di satu kedai western iaitu Brotherhood & Co. Tempat ni agak famous la aku rasa sebab ramai orang makan kat sini. Aku pun tau kedai ni lepas tengok review dari channel Laparpo. Masa mencari parking, aku tengok banyak kedai makan area sini ada jual ayam goreng cheesy yang ala-ala korea tu. Adakah benda ni tengah trending di kalangan penduduk Shah Alam? Kira tak susah la nak cari benda ni, kalau kat tempat aku benda ni masih kategori rare lagi sebab susah nak jumpa orang jual....hahaha.

Ni kira hot stuff la kat sini
Sesampainya aku kat Brotherhood & Co ni memang ramai orang. Nasib je la kalau datang tu ada meja kosong, kalau takde tu kenalah tunggu. Aku pun dapat ngam-ngam je meja kecik, ok lah sebab aku berdua je. So benda yang aku order kat sini ialah mix platter dan juga cheesy hot chicken tu lah. Sebab nampak gambar dalam menu tu macam sedap je..hehe. Tengok orang lain pun ramai yang makan ayam ni. Tapi kat sini adalah juga menu western yang lain. Selain tu ada juga menu nasi macam nasi ayam bakar & nasi ayam / keli penyet.

Ni menu nasi

ada juga kopi Saigon yang katanya sama rasa seperti di Saigon
Untuk mix platter ni, harganya RM29.00. Ada ayam, kambing, meatball, fries, wedges & coleslaw. Aku rasa ok la untuk 2 orang makan. Bagi aku ayam & kambing dia biasa je macam tempat lain, tapi meatball dia sedap. Memang kuat rasa daging dia. Tapi overall sedap la sebab sos black pepper dia sedap. Cuma agak kering, so aku minta tambah sos black pepper tu lagi semangkuk. Baru la sedap aku mencicah ayam & kambing tu. Kambing tu lembut ada beberapa slice tapi agak nipis.

Mix platter RM29.00



Menu kedua ialah ayam cheesy hot chicken sebab ni antara yang famous kat sini. Aku order 3 ketul je sebab takut tak habis. Ayam ni 3 ketul RM5, 6 ketul RM10 dan 15 ketul RM12. Ayam ni adalah bahagian kepak dan juga drummet tu. Bagi aku ayam ni boleh tahan sedap la sebab sos cheese dia banyak dan itu yang bagi sedap. Kalau takde cheese ni maybe dia jadi ayam goreng tepung yang biasa je. Lepas tu rasa pedas tu pulak dia tabur serbuk cili macam ayam uncle bob tu. So bagi aku menu ni boleh buat sendiri kat rumah, sedap atau tak tu bergantung pada jenama tepung goreng & jenama sos cheese tu je. Tapi kalau setakat nak rasa sekali dalam masa dua bulan tu baik beli jelah.

ayam ni umpama kudapan..hehe
Bagi aku tempat ni best la, makanan sedap & happening sebab ramai orang. Tapi kalau sesak sangat pun tak best juga sebenarnya sebab bising & nak duduk lama-lama tu kesian pulak kat orang yang menunggu. Tapi sini antara post makan yang best la. Deco dia pun cantik takdelah obvious sangat kehipsturannya.. Rasanya sini ramai students Uitm datang untuk dating kot. Yelah budak-budak sekarang dating tempat macam ni la, warung tak berapa layan. Nasihat aku gunakanlah duit PTPTN tu elok-elok....



Sekian.

#westernshahalam
#mewahhargastudent
#akuinginkembaralagi

p/s: Diharap para pembaca dapat klik iklan yang dipaparkan sebagai tanda sokongan kepada penulisan blog ini. Terima kasih.
Aku juga baru buat channel di Youtube pada Julai 2020. Harap para pembaca boleh bantu dan support aku dengan klik butang like dan subscribe channel aku tu. Search Akmal Adli di youtube atau klik di sini
Terima kasih sekali lagi.


Comments

Popular posts from this blog

Travel Ke Hat Yai : 3 Hari 2 Malam

Nasi Kandar Deen Maju Jelutong

Laksa Lubuk Kuala Kangsar