Burger Bakar Cheese Banjir Murah Ipoh : Restoran Bintara, Ampang

Assalamualaikum...

Hai semua..Kali ni aku nak share dengan anda satu tempat makan yang boleh kata best juga kat Ipoh ni. Namanya ialah Restoran Bintara. Lokasinya kat Ampang, Ipoh. Bukan Ampang KL tau..Nak senang tempatnya ialah di belakang Restoran Naina Ampang yang famous dengan naan cheese tu...klik sini untuk baca

Ni lah tempatnya..betul2 belakang Di Naina Ampang
Ok restoran ni konsep dia macam food court. Ada banyak stall kat sini so memang sesuai kalau bawak family yang ada pelbagai citarasa. Ada roti john, yong tau fu, sizzling, western, makanan berkuah & macam-macam lah. Panjang pulak nak taip satu-satu..hehe..Konsep kat sini anda duduklah kat meja mana-mana. Pergi order kat stall yang anda minat tu lepas tu bagitau nombor meja je.So apa yang aku makan kat sini? Ada satu stall kat sini dia jual burger bakar cheese leleh. Aku tengok ramai jugak yang makan burger kat sini. Maybe sebab harganya murah kot? Jom tengok berbaloi ke tak apa yang aku order ni..


Ada banyak stall kat sini..pilihlah yang anda suka
Secara specific, stall burger kat sini namanya Burger Patty Bakar Tapah Road.Kat sini ada banyak jenis burger. Aku pulak order set dulang ataupun couple set yang ada 2 biji burger cheese banjir, meatbal & fries. Burger pulak aku pilih burger daging grill & juga ayam crispy cheese leleh. Harganya pulak ialah RM20.00 je satu set..Ha murah kan?Mungkin termurah dalam kelasnya...hahaha

Ni set talam yang ada kat sini (sumber:fb Burger Patty Bakar Tapah Road)

Menu burger kat sini
Ni la yang aku order tu..nampak menyelerakan kan?
Dari segi portion dia memang puas hati. Roti pakai roti burger yang biasa je tapi fries banyak, meatball ada 4 biji, daging & ayam tebal. Sos pulak melimpah. Cuma dari segi rasa tu bagi aku biasa je. Patty daging dia memang home made cuma rasa daging tu tak kuat sangat. Meatball tu aku rasa dari patty yang sama dengan daging burger tu. Yang bagi penambah rasa ialah sos cheese dengan black pepper tu yang boleh tahan sedap juga. Kalau makan dengan chicken chop mybe sedap juga kot. So secara keseluruhan bagi aku burger kat sini belum masuk kategori sedap melampau lagi la..dia sedap yang biasa-biasa je. Tapi dari segi harga & portion dia memang puas hati. Yelah makan 2 orang cuka RM20 memang konfem kenyang. Tapi ada lagi beberapa jenis burger lain yang lagi mahal.


Boleh tahan tebal juga patty daging dia
So aku rasa tu jelah pendapat aku tentang burger kat sini. Tapi kalau tak suka makan burger banyak je makanan lain. Jika anda nak tahu, datanglah sendiri...hehe

Arfa tu selalu ikut tapi dapat tengok je lah..hahaha



#burgerbakarcheeselelehipoh
#burgerbakarmurahipoh

p/s: Diharap para pembaca dapat klik iklan yang dipaparkan sebagai tanda sokongan kepada penulisan blog ini. Terima kasih.
Aku juga baru buat channel di Youtube pada Julai 2020. Harap para pembaca boleh bantu dan support aku dengan klik butang like dan subscribe channel aku tu. Search Akmal Adli di youtube atau klik di sini
Terima kasih sekali lagi.



Comments

Popular posts from this blog

Travel Ke Hat Yai : 3 Hari 2 Malam

Nasi Kandar Deen Maju Jelutong

Laksa Lubuk Kuala Kangsar